GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Bisnes Kami: Mencecah usia setahun

Tiada ucapan dan bahasa indah melainkan melahirkan rasa syukur yang amat sangat ku panjatkan pada Ilahi... Bisnes kami dah hampir setahun... huhu.. macam tak percaya je.. kejap je masa berlalu... 


Bisnes apa kami buat??? tak nampak pun.. mungkin itu yg anda tertanya2 kan.. bisnes online, pembuatan sticker buatan tangan pertama di Malaysia.. hasil ilham dan daya kreatif suami tercinta.. Aku??? Hanya sebagai isteri yang menyokong penuh bisnes.. Bisnes yang tercetus lahir dari minat yang mendalam pasal make-up kereta... 

Bila dikenang semula, suamiku pernah kena bebel dgn aku, sbab bagiku membazir je, make-up2 dan tempek2 sticker kat kreta ni.. Tapi dia buat juga.. bermodalkan kurang daripada RM50... Aku bebellah sebabnya, waktu tu ekonomi keluarga kami belum kukuh lagi.. yang g buat make-up kereta mmg, kenalah kan.. Tapi rupanya, dari situlah tercetusnya idea dia.. Dia amik gambar kereta dia, pastu, dia share dekat Facebook,..design lining yang dia tampalkan.. dari situ, kengkawan dia tnya dan berminat nak buat.. 

Akhirnya, kini, bisnes tu semakin hari semakin ramai peminatnya, pembeli satu Malaysia. Kami tidak mengenakan cas pos.. sebab berapa sen sangat kos pos kan..dan kos pemasangan sticker juga PERCUMA. Design yang biasa kami buat, lining sticker untuk semua jenis kereta, logo, laptop dan label.. Tempahan secara online dan SMS... melalui email pun ada.. 

Alhamdulillah.. pendapatan secara part-time sahaja.. cukup untuk menampung keperluan sampingan kami.. Alhamdulillah... dan sepanjang 1st aniversary ni, ada hadiah istimewa kami sediakan sepanjang tempahan bulan Disember... Insya-Allah.. 

Ku doakan, suamiku terus tabah dan giat usahakan bisnes kami ni.. Aku sebagai pembantu dan memberi sokongan padu atas usahanya tu.. 

sapa2 yang berminat nak make-up kereta atau nak tempah logo, boleh ke:

p/s: sekarang ni aku dah tak bebel lagi dah.. hehehe

0Ulasan