GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Doa Khusus Elak Rogol dan Cabul: Amalkanlah

Salam awal Muharram.... seram je tajuk pagi ni kan.. terbaca2 artikel kat laman web tadi.. terjumpe ni.. Wahai wanita2 diluar sana.. jom sama2 kita hafaz dan amalkan.. biarkan doa ini, menjadi sebati dalam hidup kita insya-Allah.. 


Ni doanya:

Maksudnya: Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)


Maksudnya: Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Jom sama2 amalkan doa ini.. ingatlah doa ini makbul dan mujarab bersama-sama iman dan amal kita.. jika kita amalkan doa ni, tapi aurat dan hubungan kita dengan Allah tidak dijaga, amat mustahil nak mujarab. Dan sesuatu yg mustahil juga, baca doa ini, tapi aurat tak dijaga, berbaju sendat, berbelah di sana-sini... So, kita amalkan doa ini, dan juga perbaiki iman dan amal kita terutama hal berkaitan aurat.. insya-Allah Allah akan pelihara dan lindungi kita.. 

Sumber: kredit

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ