Otak kanan berfungsi mengawal segala apa yang berkaitan dengan hal-hal
kreatif. Jika Anda berjumpa dengan seorang yang pada pandangan Anda amat
kreatif, orang itu sebenarnya lebih banyak menggunakan otak kanan. Fungsi
otak kanan berkaitan dengan:
- Imaginasi
- Berfikir
secara kreatif
- Irama
- Khayalan
- Emosi
- Ilham
- Intuisi
(gerak hati)
- Warna
- Muzik
- Apa saja
aktiviti-aktiviti kreatif.
Orang-orang berjaya adalah orang-orang yang kreatif.
Mereka membangunkan potensi otak kanan, dalam masa yang sama tak mengabaikan
peranan otak kiri. Pendek kata, mereka menggabungkan fungsi otak kiri dan otak
kanan semaksimum mungkin untuk membolehkan mereka mencapai kejayaan.
Mereka melakukannya lebih dari yang biasa. Kesannya,
mereka menjadi pendahulu dalam bidang masing-masing, walaupun ada orang yang
sama potensi dengan mereka dalam bidang serupa.
Jadi, jika Anda menyedari apa bakat Anda dan apa
kebolehan Anda, usah berhenti menggilap potensinya. Usahalah dengan
bersungguh-sungguh. Push to the limit.
P/S: nnt saya share fungsi otak kiri lak ek...
owh..slalu ttukar fungsi ngn otak kiri..huhu...kreatif otak kanan rupenye..hehe
BalasPadam