GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Munakahat- Review Hak dan Tanggungjawab Suami Isteri

Salam...
Perkongsian ilmu rumah tangga atau ilmu munakahat... mungkin semua org dah tahu tapi sejauh mana kita faham tentang ilmu ni... Jom kita tengok n jengah ilmu2 yang berkaitan dengan alam rumah tangga, menjadi panduan untuk bakal2 pengantin, pengantin baru dan pengantin lama.. semoga, bumi Allah terus disinari dengan cahaya rahmat dan syurga Allah dipenuhi dengan pasangan yang soleh dan solehah hendaknya...

HAK DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI

Hak dan Tanggungjawab Suami
* Melaksanakan hak Allah
* Nafkah:
   => Makanan halal dan baik.
   => Pakaian bersih dan menutup aurat 
        (sila ambil perhatian suami2 diluar sana, adakah isteri2 anda menutup aurat dengan sempurna???)
   => Tempat tinggal yang selesa 
        ( x perlu umah banglo lagi mahal, biar kecil tapi penuh rahmat)
  => Perubatan.
* Mendidik dan membimbing isteri melakukan perkara makruf (baik) dan meninggalkan perkara mungkar.
* Melayani isteri dengan makruf
* Memberi perlindungan keselamatan.
   Firman Allah: 
   
Hak dan Tanggungjawab Isteri
* Melaksanakan hak Allah (solat, puasa, dll)
* Taat suruhan suami dalam perkara yang tidak bertentangan dengan syara'
  (kalau suami suruh isteri pakai baju yang menampakkan bentuk tubuh, tak wajib ikut)
* Melayani suami dengan makruf (baik).
* Menghias diri untuk suami.
  (Memang wajib mencari ubat atau kaedah moden, untuk menampakkn tubuh cantik tetapi mesti berniat untuk suami shja.)
* Memelihara maruah, kehormatan diri dan harta suami.

Hak dan Tanggungjawab Bersama
* Kasih sayang
* Bekerjasama
  (Bukan tugas isteri seorang dalam melaksanakan kerja2 dalam rumah tangga spt memasak, membasuh dsbnya, tetapi tanggungjwab bersama)
* Amanah
* Istimta' dan hubungan kelamin
  (Istimta' iaitu gurau senda dan sewaktu dengannya)
* Menghormati pasangan dan persemendaan.
* Merancang bersama bagi kesejahteraan keluarga
* Perbincangan/mesyuarat
* Mendidik anak-anak
* Mengurus rumah tangga
* Hak pesaka
* Sabit nasab kepada kedua ibu bapa
* Menjaga maruah suami isteri
  (Suami juga wajib menjaga maruah isterinya)

(Sumber: Modul Kursus Pra Perkahwinan JAJ)

0Ulasan