Ustazah Bidan Terjun



Semalam 25 Ogos 2011 Sekolah tempatku berkhidmat telah mengadakan satu majlis Khatam al-Quran untuk pelajar-pelajar yang telah berjaya menjalani majlis tadarus al-Quran di sepanjang bulan Ramadhan. Pelajar sesi pagi dan petang terlibat dan aku juga bertungkus-lumus mengajar dan bertadarus dalam masa yang sama berusaha untuk menghabiskan silibus sebelum aku bercuti panjang....

Aku agak terlewat sampai ke sekolah semalam.. lewat sepuluh minit je.. namun majlis telahpun bermula. Selepas thumb kedatangan, aku terus ke kantin berhampiran dgn pentas majlis berlangsung. Satu perkara yang mengejutkan aku ialah, persembahan nasyid oleh Panitia Pendidikan Islam... Ha??? Rasenye agenda ni tak da dalam tentatif sbb masa meeting minggu lepas, persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid jemputan dari sebuah sekolah di KL juga...

Namun, setelah habis majlis khatam, aku dan rakan2 ustazah beserta 4 orang pelajar pengiring, dijemput membuat persembahan nasyid. Dengan PA system yg bermasalah, lagu iringan tak kedengaran, lagu yang dinyanyikan agak bercelaru bunyinya... hentam sahajalah.. Lagu yang telah dipilih oleh seorg ustzah yg bertanggungjawab menguruskan majlis ni, telah memilih lagu "Lebaran Ini" yang dinyanyikan oleh Raihan. 

Walaupun, macam2 mslh timbul, dgn lagu yang tenggelam timbul, akhirnya selesai juga persembahan tu.. Aku terasa geli hati juga, dengan perut yg tengah memboyot boleh lagi menyanyi di atas pentas.. (^_^)...
Setelah selesai, barulah akak ni cerita, kumpulan nasyid jemputan tak dapat hadir. Namun, mereka bagitau pun last2 minit. Akhirnya pengetua minta juga adakan persembahan.. tulah dinamakan Ustazah bidan terjun... Namun, itulah majlis terakhir aku di atas pentas pada tahun 2011, kerana cuti panjang yang akan bermula esok...

Post a Comment

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama