Awet Muda

awet muda mmg idaman semua wanita... lelaki juga tak terkecuali. sbb tu lah mcm2 produk anti penuaan yg boleh dibeli dipasaran sekarang.. pelbagai jenama, pelbagai harga, kos dan kualiti... ada yg menggunakan bahan kimia dan ada yang menggunakan bahan semulajadi dan herba. Namun itu hanya tempelan shj.. sbnarnya terdapat petua org2 tua utk awet muda secara semula jadi.. tanpa perlukan sebarang solekan atau tempelan krim anti penuaan....

antara petuanya:

1) jangan ambil minuman berais dan sejuk sebab boleh melmahkan urat saraf. Minuman berais patut dielakkan sama sekali bagi wanita yg telah berkahwin dan pernah bersalin.

2) Jika ingin mengekalkan keserian wajah, amalkan dan sentiasa basahkan wajah dgn wuduk (sentiasa dalam keadaan berwuduk)

3) Untuk tegangkan kulit muka, amalkan membash wajah dgn air ramasan daun sirih... selain tegang, mata menjadi cerah, terang serta mengurangkan resdung muka.

4) Jangan selalu make-up kecuali jika perlu....

5) Wajib cuci wajah sebelum tidur...

6) Banyakkan zikir dan selawat

7) Untuk keserian wajah terutama bagi anak dara yg bakal menjadi raja sehari, amalkan minum air rebusan daun inai dan mandi dgn air rebusan daun inai...

8) Banyakkan makan sayur-sayuran hijau dan ulam-ulaman.... mak cakap "yang pahit itu ubat, yang manis itu racun"

Petua-petua ini adalah hasil perkongsian ilmu dgn org2 tua dikampungku...

Nak awet muda secara semulajadi.. jom kita amalkan bersama.... ^_^

Catat Ulasan

0 Ulasan