GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

AIR TANGAN ISTERI

Air tangan isteri mmg sinonim dengan masakan... namun sebenarnya air tangan isteri bukan tertumpu kepada memasak sahaja, namun segala jenis hal kerja rumahtangga macam...membasuh pakaian, menggosok pakaian melipat pakaian.. mengemas rumah... juga ditafsirkan sebagai AIR TANGAN ISTERI

Air tangan isteri pengikat kasih sayang dalam rumah tangga... itulah kata2 azimat yg tersemat kukuh di ingatanku.. pesanan seorg ibu kpd anaknya yg bergelar isteri org... pesanan ibuku utkku dan anak2 perempuannya yg lain setelah berumah tangga... Mak pesan.. jgn selalu beli makanan kat luar sbb nnt xde ikatan batin antara suami isteri... 

Kata2 itu sbnarnya aku amat akui hakikatnya, sbb dari air tangan isteri... sukar si suami dan isteri utk bergaduh besar. pergaduhan dan pertelingkahan mmg sinonim bila berumahtangga, namun perlu bijak menangani dgn rasional...

Air tangan isteri menyebabkan :
- suami tak akan makan luar sbb terpikat dgn air tangan isterinya...
- bila bergaduh besar pun akan mudah lembut sbb bila perut si suami lapar, ia akan pujuk isterinya yg merajuk.
- suami akan lebih sayang jika semua kerja rumah si isteri yg lakukan sendiri tanpa mengupah pengasuh atau pembantu rumah... jika perlu pembantu rumah, cukuplah sekadar membasuh pakaian atau mengemas rumah.. memasak biarlah isteri sendiri yg lakukan...

Air tangan suami mmg mengukuhkan ikatan suami isteri krna apa yg isteri lakukan hanya utk suaminya dan ikhlas kerana Allah.. sepasang suami isteri yg telah lama berkahwin, si suami akan risau jika suaminya keluar rumah lama2 sbb xde siapa nk masakkan utknya walaupun anak daranya ada utk memasak makan tengah hari...


2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ