8 jenis makanan yang boleh menyebabkan alahan (alergic)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

8 jenis makanan yang boleh menyebabkan alahan (alergic) | Pernah tak, makan makanan tertentu tapi rasa lain macam... Sesetengah orang makan ok, tapi kita makan ada kesan sebaliknya pula. Itulah tanda kita ada alahan dengan makanan tertentu.

MF sendiri ada alahan kepada beberapa jenis makanan tertentu... Terutama makanan laut dan kadangkala kacang soya.

Banyak jenis makanan yang boleh menyebabkan kita alami alahan... Tapi 8 jenis ni adalah yang biasa dan ramai orang alah.

8 jenis makanan yang boleh menyebabkan alahan (alergic)

Antara makanan yang biasanya menyebabkan alergi adalah:


1. Telur

Setakat ni MF sekeluarga takde alahan telur... Alhamdulillah.. sebulan 4 papan telur untuk kami sekeluarga. Tapi anak saudara MF pernah ada alahan ni. Alhamdulillah bila dah besar tak alah dah..

2. Susu lembu

Anak MF yang ketiga pernah alami alahan susu lembu... Bila minum terus muntah dan naik gatal satu badan. Jadi, setahun juga dia minum susu soya.. Lepas setahun dah tak alah dah.

3. Legum (kacang soya dan kacang tanah)

MF ada alahan kacang soya. Badan jadi berangin dan kadang kala pening dan sakit kepala.

4. Kekacang (kacang badam, kacang gajus, kacang pecan, kacang pistasio, kacang walnut)

Alhamdulillah takde alami alahan kekacang... semua jenis kacang boleh makan.

5. Ikan

Setakat ni takde alah makan ikan. Semua jenis ikan boleh makan. Tak kira ikan laut atau ikan darat.

6. Hidupan laut yang bercangkerang (udang, ketam, sotong, kepah, kerang, tiram, siput dan sebagainya)

MF ada sedikit alah dengan makanan laut jika dimasak tak bersih sempurna. Sebab tu kalau nak makan makanan laut, MF kena masak sendiri... baru tak gatal.

7. Bijirin (gandum, oat, barli, jagung)

Alhamdulillah, takde alami alahan kepada bijirin.. semua jenis bijirin boleh makan setakat ni.

8. Makanan lain (epal, ubi kentang, lobak merah, seleri, kiwi, pisang, avocado, betik dan sebagainya).

Sayuran dan buah tertentu ada juga alah.. MF tak boleh makan sayur kubis, kacang panjang dan beberapa jenis sayur yang banyak air... Berangin satu badan nanti...

Tanda alahan:

1. Selsema
2. sakit tekak
3. gatal
4. ruam
5. sakit perut
6. muntah
7. sesak nafas
8. sakit dada...

Kalau korang ada tanda lain macam atau tanda seperti diatas, elakkan lah.. jika melarat, jangan teragak-agak pergi hospital sebab ada orang boleh jadi kritikal hingga membawa maut.

Post a Comment

2 Comments

  1. Alhamdulillah so far makan semua okay cuma ada masa je makan seafood jadi gatal-gatal.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. liez suami dan anak2 tak jenis alahan.. semua kami bedal hihi
    Tapi kesian yang ada alahan.. byk kena pantang mkn kannn

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^