GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

JANGAN MUFLIS AKHIRAT KERANA BAJU RAYA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

JANGAN MUFLIS AKHIRAT KERANA BAJU RAYA!

JANGAN MUFLIS AKHIRAT KERANA BAJU RAYA!

Sedih dengar keluhan para tukang jahit yang mengambil tempahan baju raya sempena hari raya lepas. Mereka berkerja siang malam menyiapkan tempahan bagai yang dijanji. “MALANGNYA” apabila tempahan siap mereka “DIZALIMI OLEH SESETENGAH PELANGGAN.” Mereka mengalami 2 situasi:

1) Pelanggan yang berjanji tidak datang mengambil baju yang ditempah. Akibatnya para tukang jahit mengalami kerugian dengan timbunan pakaian di premis mereka. Pelanggan yang melakukan tindakan ini sudah terpalit dengan sifat orang munafik. Perhatikan “AMARAN” Rasulullah SAW ini:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

Ertinya: Abu Hurayrah RA meriwayatkan Nabi SAW bersabda “Tanda orang munafik ada tiga, iaitu (1) Apabila bercakap dia (senang) berdusta, (2) APABILA BERJANJI DIA MUNGKIRI, (3) Apabila diberi amanah (untuk sesuatu urusan) dia khianati." (Sahih al-Bukhari & Muslim).

2) Pelanggan datang mengambil baju raya yang ditempah tapi "MENANGGUHKAN BAYARAN"  dengan berbagai alasan. Baju raya yang serba ranggi itu diperagakan dengan bangga ketika hari raya. Bahkan ada yang berkongsi gambar baju raya itu dalam Facebook, sedangkan si tukang jahit hanya mengesat peluh tanpa bayaran. Tambah parah apabila baju tersimpan dalam almari selepas raya bersama bayarannya.  Jika anda melakukan kezaliman ini, ingat ARAHAN nabi ini:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْطُوا الْأَجِيرَ أَجْرَهُ قَبْلَ أَنْ يَجِفَّ عَرَقُهُ

Ertinya: Abdullah bin ‘Umar berkata Rasulullah SAW bersabda “Berikan upah kepada orang yang diupah (pekerja) sebelum kering peluhnya (Sunan Ibn Majah).

Walaupun hadith ini dihukumkan lemah oleh para ulama hadith, maknanya sangat benar dan seiring dengan akhlak Islam. Gaya yang anda peraga pada hari raya adalah “HAK PELUH” orang lain. Jika ini sikap kita, agaknya adakah Allah terima letih, lapar dan dahaga kita dalam bulan Ramadhan yang lalu?

Apabila mendengar keluhan para tukang jahit itu, bimbang benar saya jika ada Muslim yang MUFLIS AKHIRAT HANYA KERANA BAJU RAYA. Segera saya ingati sabda Rasulullah SAW ini:

أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ فَقَالَ إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ

Ertinya: Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kalian siapakah orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: “Orang yang muflis dalam kalangan kami adalah orang yang tidak miliki dirham atau harta.” Rasulullah menyambung: “Orang yang muflis daripada umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat membawa pahala solat, puasa dan zakat. NAMUN DIA JUGA BAWA DOSA KEZALIMAN. Dia pernah cerca si ini, tuduh tanpa bukti si ini, MAKAN HARTA SI ANU, menumpahkan darah orang ini dan memukul orang itu. Maka sebagai tebusan atas kezalimannya, kebaikannya diberi kepada si ini, si anu dan si itu. Apabila kebaikannya habis dibahagikan kepada orang yang dizaliminya sedangkan kezalimannya belum tertebus, diambil pula kesalahan yang dimiliki oleh orang yang dizaliminya lalu ditimpakan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka.” (Sahih Muslim).

Kredit - Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim via telegram channel

Kalau tak mampu nak bayar, beli je yang dah siap.

Jika tak mampu juga, tak perlu pun baju raya... Sebab raya itu bukan dari pakaian yang baru... Tapi raya itu ialah berkat dan rahmat menyatukan silaturahim.

Sunah raya bukan pakaian yang baru tapi pakaian yang cantik... Tengok dalam almari, pakaian yang paling cantik... Itulah pakaian raya kita.. Tak semestinya baru. 

4Ulasan

  1. janganlah dok aniaya orang macam tu kan.Orang tu pun cari rezeki.Kalau rasa tak mampu,beli yang dah siap,yang tak membebankan diri sendiri.Tanya poket sendiri dan beli mengikut kemampuan.
    Pernah sekali terkena baju raya tak siap.Tak taulah nak marah macam mana.cuma redha jelah takde rezeki nak pakai baju yang ditempah tu di hari raya.

    BalasPadam
  2. Fuh... sib baiklah saya dgn famili beli je baju raya kat pasaraya. Terima kasih atas peringatan ini

    BalasPadam
  3. betul tu. jangan kerana kita, orang lain merasakan susah.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ