Kuih Getas!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kuih getas...  Ada yang panggil kuih lidah kucing... Macam-macam nama orang panggil...  Tapi rasa dan resepi sama je...

Masa dok KL dulu,  selalu dapat makan kuih ni..  Sama ada kat kantin sekolah tempat MF kerja ataupun kat gerai jual nasi lemak dekat dengan rumah sewa kami...

Tapi,  lepas pindah Johor,  memang tak dapat dan tak jumpa pun kuih ni kat kawasan perumahan kami atau kat tempat kerja MF.  Yang ada kat Johor ni kuih karipap, donat, dan sesekali kuih keria..  Kuih kat tempat MF ni tak meriah mana la..  Sebab style orang Johor sarapan pagi dengan makanan berat seperti bubur nasi,  lontong,  nasi berlauk...  Memang tak kena dengan selera.  Kuih-muih ni ada tapi tak banyak.

Atas sebab tu,  tekad nak buat sendiri je kuih getas ni..  Mulalah meng'google' resipi. Sekali tengok bahan dan cara buatnya... Alahai.. Senang je..  Ingatkan susah sangat..


Setelah bertangguh  beberapa hari dari hari perancangan nak buat tu... Hari ni dapat buat bila en.somi pergi cari bahan-bahannya...

Mudah sangat bahan-bahannya:
2 cawan Tepung pulut
1 sudu besar Tepung gandum
1 sudu besar kelapa
1 sudu kecil garam
Air suam untuk menguli.

Cara membuatnya :
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam satu bekas...  Kemudian masukkan air suam sedikit demi sedikit dan gaul sehingga boleh jadi doh...

Kemudian,  bentukkan ikut sesuka hati...
Dah bentukkan,  bolehlah goreng hingga kekuningan..

Nak sedap,  kuih ni kena sira gula...

Cara buat sira gula...
2 sudu besar gula putih
Setengah cawan air kosong

Masakkan gula dan air hingga pekat dan bertali...
Masukkan kuih getas yang siap digoreng dan gaul sekata.  Kemudian angkat dan hidang..

Fuhh..  Lepas rasa teringin dan puas hati dapat buat sendiri...  Anak-anak pun suka makan kuih getas ni... Lebih sedap bila air tangan sendiri...

Kalau tahu mudah macam ni, buat aje sendiri..  Hehe... Lepas ni boleh buat sendiri... 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. salam..
    kalau kat terengganu kuih getas panjang 2

    BalasPadam
  2. X penah buat n xpenah rasa...tengok terliur la pulk hehehe

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^