Breaking

31 Mei 2014

Resepi: Butter Cookies Mudah, Rangup dan Sedap!


Cuti-cuti sekolah... Buat apa lagi kalau tak habiskan masa dengan memasak... Masa untuk naikkan berat badan, waktu ni lah kan... Hehe... 

Semalam, waktu hujan redup-redup si adik ketiduran, mulakan projek mega... Buat biskut mentega atau butter cookies... 

Mudah sangat biskut ni... Guna bahan yang memang sedia ada je... 

Sukatan bahan-bahan yang aku guna ni, untuk satu tupperware yang macam dalam gambar tu... Korang nak banyak, lebihkanlah bahannya... 

# 1/2 buttercup
# 1/4 cawan gula castor
# 1 sudu kecil esen vanila
# 1 sudu baking powder
# 1 cawan tepung gandum
# 2 sudu besar tepung jagung

Cara-cara membuatnya:
1. Pukul buttercup dengan gula castor hingga warna keputihan (kembang).
2. Sementara tunggu adunan tu kembang, ayakkan tepung gandum dan baking powder.
3. Lepas adunan buttercup dan gula tu kembang, masukkan esen vanila.
4. Bila dah sebati, masukkan tepung yang siap ayak tadi sedikit demi sedikit.
5. Adunkan hingga sebati dan semuanya bersatu... Lepas tu baru masukkan tepung jagung dan gaul lagi sebati...
6. Dah sebati, buatlah bentuk apa yang disukai... Nak buh dalam paiping bag pun boleh... 
7. Hias ikut suka... Macam aku guna cip coklat je...
8. Bakar dalam oven, api atas bawah suhu 160 darjah celcius selama 15 minit... 

Dah masak, sejukkan dan boleh la makan... 
Sedap dan ranggup je... 

Selamat mencuba.. 

Psst: dah buat kali kedua... 

19 ulasan:

  1. senang jugak nie.. nk cube la nt.. thanx share resepi.. :)

    BalasPadam
  2. nampak sedap dan simple. nanti kalau ade kesempatan fyra try dan post yee.. :)

    BalasPadam
  3. Wahh.. sedap ni.. makan smbil menonton tv.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... Mmg sdap.. X sdar dh hbis dh..

      Padam
  4. Maria thanks sahre resipi nih...nti leh wat biskut raya..hehehe

    BalasPadam
  5. Thaaks share maria..nti akak nk try...leh buat biskut raya

    BalasPadam
  6. Baguslah Maria ni.
    Gunakan skill memasak yang ada dengan sebaiknya.
    Puas anak-anak makan.

    BalasPadam
  7. resepi ringkas dan mudah untuk dicuba....tunggu cuti sekolah hujung tahun nilah baru buat..

    BalasPadam
  8. cm sedap je..nk curik resepi skit..hehhehe

    BalasPadam
  9. boleh tunjuk resepi kat kakak suh buat ;D hehehe ni kudap2 depan tv kejap je habis .. http://ijahoney.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. Bole try ni bhn2 simple.. =)

    BalasPadam
  11. buttercup stgh apa?cup ke?

    BalasPadam
  12. Kalau takada guna castor boleh ganti dengan gula apa ek?

    BalasPadam
  13. Buttercup tu setengah macam mana ya?

    BalasPadam
  14. saya nak mencuba hari ini😊

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Tags