Maria Firdz - Lifestyle Blogger: Trend
‏إظهار الرسائل ذات التسميات Trend. إظهار كافة الرسائل
‏إظهار الرسائل ذات التسميات Trend. إظهار كافة الرسائل

يناير 19، 2020

Betul ke cerita tu?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Share info boleh jadi pembohong

عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Daripada Hafsh bin ‘Ashim, dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW baginda bersabda, “Cukup seseorang dikatakan dusta, jika dia menceritakan segala apa yang dia dengar.” (HR. Muslim no. 5). Status: Hadis Sahih

share info

Betul ke cerita tu?

Pengajaran:

1.  Dusta ialah memberitahu kepada orang ramai satu berita atau satu cerita yang tidak benar. Apabila dia membaca atau dia mendengar sesuatu maklumat, tanpa siasat dan tanpa bukti, dia terus menyampaikan kepada orang lain malah mungkin ada tambah menambah, bagi menyedapkan cerita.

2.  Setiap kita perlu berhati-hati sebelum kita menceritakan atau menyebar sesuatu maklumat yang diterima. Ambil sikap tawaqquf (diam hingga ada dalilnya) itu lebih baik dari berlumba-lumba menjadi orang pertama yang menyampaikan.

3.  Imam Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim ketika menjelaskan hadis ini menyatakan: Seseorang boleh dikatakan berdusta, apabila segera menceritakan khabar yang diperolehi, kerana berita yang didengar boleh jadi ditokok tambah.

4.  Media sosial hari ini sering menyebarkan maklumat yang berbeza daripada yang asal.

Contohnya petikan ucapan, video atau gambar mungkin juga diedit dan disebarkan yang boleh menimbulkan kontrovesi. Lalu di olah dan diulas dengan gambaran yang berbeza daripada cerita asal  atau keseluruhan ucapan.

Oleh sebab itu apa yang didengar atau sesuatu yang ditulis boleh jadi benar, boleh  jadi tidak.

Jika seseorang menceritakan atau menyebarkan setiap apa yang ia dengar atau setiap apa yang di terima seperti menerusi whatsaap, telegram, FB dan sebagainya, maka ia telah berdusta kerana memberitakan sesuatu yang sebenarnya mungkin tidak terjadi atau tidak benar.

Kalaupun benar mungkin boleh jatuh kepada mengumpat kerana sengaja membuka aib orang lain serta membuka ruang kepada maki hamun dalam komen nitezen.

Ingatlah Firman Allah:

يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ 

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya (tabayyun), supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan (al-Hujurat: 6)

sharing is caring

Tabayyun


5.  Imam al-Syaukani berkata;“Yang dimaksudkan dengan ‘tabayyun’ adalah memeriksa dengan teliti, berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sesuatu peristiwa dan khabar yang datang, sehingga menjadi jelas dan terang baginya.”

6.  Tidak semua berita yang benar itu boleh disebarluaskan jika ia boleh menimbulkan salah faham, keresahan juga kekacauan kepada masyarakat. Kata Abdullah bin Masud RA dalam Muqaddimah Sahih Muslim: 

مَا أَنْتَ بِمُحَدِّثٍ قَوْمًا حَدِيثًا لَا تَبْلُغُهُ عُقُولُهُمْ إِلَّا كَانَ لِبَعْضِهِمْ فِتْنَةً

“Tidak boleh engkau menceritakan (suatu berita) kepada sekelompok orang, berupa berita yang tidak boleh mereka fahami malah akan menjadi sumber kerusakan (keresahan atau kekacauan) kepada mereka.”

7.  Berhati-hatilah apabila menyebar atau share sesuatu maklumat. Latihlah diri agar tidak terus share info yang diterima. Moga kita tidak menjadi pendusta. Justru diam itu lebih baik daripada menyebarkan cerita.

Kredit : telegram.me/hadisharian_ikram


Sekarang ni mudah sangat nak sebarkan berita. Macam baru ni, kecoh pasal influenza A, tu kat group-group habis dok kongsi berita hangat. Sampaikan hal mati pun boleh buat fitnah... Aduhaiii.. 

Nak jadi yang pertama sangat la kononnya.. tu yang cepat-cepat kongsi kan.. 

Semak la dulu sebelum nak share tu... Kalau berita ni, rujuk je Facebook Portal berita yang sahih macam Berita Harian Online, Harian Metro Online dan sebagainya. 

Jangan main share je... Apa tah lagi kalau bab islam pun sama.. kalau hadis pun kena semak juga... kot-kot berita palsu.. lagi besar dosanya tuh... 

Sama-sama beringat la ye..

Tak pasti tak perlu kongsi.. Pandai-pandai la orang nak cari berita tu... Google kan ada... 

يناير 16، 2020

Selesai sudah Tuntut RM30 e-Wallet Touch n Go

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bermula 15hb January 2020, bermula lah sesi menuntut duit RM30 dari kerajaan melalui e-Wallet.

Semua sistem e-Wallet terlibat... Tapi untuk pengguna... Boleh tuntut salah satu je..

Tak boleh tuntut semua...

Claim RM30 e-Wallet


Selesai sudah Tuntut RM30 e-Wallet Touch n Go

Semalam dah buat permohonan... Kena tunggu 5 hari bekerja untuk diproses masuk dalam e-Wallet.

Jadilah RM30 pun.. Banyak sangat dah tu... Kalau dok kat bandar.. Lalu lalang kat tol dah boleh jimat juga tu.

Pemberian e-Wallet ni adalah program kerajaan melalui bajet 2020.

Jadi, yang ada apps Touch n Go, yang ada apps Boost, Grabpay Dan sebagainya... Boleh buat tuntutan...

Claim RM30 e-Wallet

MF ada satu je apps e-Wallet.. Iaitu Touch n Go... Memang best la juga... Senang dan cepat.. Yang best dapat rebat tol bagi tol yang terpilih.

Dan banyak kegunaan lain e-Wallet ni... Senang dan mudah...

Jadi, kita tunggu 5 hari.. Tengok dapat ke tak claim RM30 tu...

Claim RM30 e-Wallet

Dan duit tu kena dihabiskan dalam tempoh 3 bulan... Sampai 14 Mac 2020... Kalau tak, e-Wallet tu akan expired Dan tak boleh guna dah...

So, nak buat apa RM30?.. haha.. Boleh buat macam-macam... MF cuma plan nak buat topup Internet je.. Haha.. Jadilah kan.. Jimat dah duit gaji RM30 kalau dapat e-Wallet ni...

Cara nak tuntut e-Wallet 

1. Download aplikasi Touch n Go e-Wallet. 
2. Isi detail dan register. 
3. Sahkan identiti... Yang ni memerlukan gambar IC dan gambar kita selfie. 
4. Kat muka depan apps ni dah ada banner pasal tuntutan e-Wallet... Just click dan follow je arahannya. 
5. Tunggu 5 hari untuk pengesahan permohonan. 
6. Kalau dapat... Terus je masuk nanti dalam e-Wallet kita. 

Senang je kan.. 

Sekian... 

Sekian... 

نوفمبر 22، 2019

Hukum Wanita Pergi Melancong Tanpa Mahram

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hukum Wanita Pergi Melancong Tanpa Mahram | Bermusafir dan berhijrah sesuatu yang digalakkan dalam Islam. Kerana banyak kebaikannya antaranya dapat mendekatkan diri kita kepada Allah melalui pengalaman dan merasai kebesaran Allah melalui penciptaan alam semesta.

Bermusafir atau melancong hukumnya harus. Tapi dengan zaman moden sekarang apa lelaki buat, wanita nak buat sama. Jadi, ramai wanita juga suka melancong zaman sekarang.

Bagi lelaki tiada masalah untuk melancong kerana lelaki ni secara fizikalnya kuat dan dari sudut lain sukar menjadi fitnah. Tetapi wanita ni lain. Allah jadikan wanita ni lembut, sopan dan auratnya pun banyak sebab wanita ni cantic dan mudah jadi fitnah.

Jadi, apa hukum wanita bermusafir atau melancong? Tambah-tambah melancong tanpa mahram atau tanpa teman pula.

Hukum Wanita Pergi  Melancong Tanpa Mahram

Hukum Wanita Musafir Tanpa Mahram

Haram

Hadith sahih telah melarangnya, seperti yang disabda oleh Nabi Muhammad SAW, Maksudnya:

"Jangan seorang wanita bermusafir melainkan bersama dengan mahram. Dan jangan bersendirian seorang lelaki dengan seorang wanita melainkan bersama wanita itu mahramnya.” Tiba-tiba seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku akan keluar untuk berperang, dan isteri-ku pula hendak pergi menunaikan haji.” Lalu Rasulullah S.A.W. menjawab: “Pergilah kamu bersama isteri-mu (menunaikan haji).” (Muttafaqun alaihi).

Dalam sepotong hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang lain, nabi Muhammad SAW dilaporkan bersabda, maksudnya:

Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk keluar tiga hari ke atas melainkan bersama-samanya bapanya atau saudara kandung lelakinya atau suaminya atau anak lelakinya atau mana-mana mahramnya. (di dalam riwayat lain, ada dinyatakan satu hari satu malam, dan dua hari dua malam)

Kedua-dua hadith di atas ialah sebahagian daripada beberapa hadith yang melarang wanita daripada keluar berjalan tanpa mahram.

Ulamak menyatakan pengharaman itu adalah mutlaq tanpa penentuan berjalan jauh atau pendek, sekejap atau panjang, berseorangan atau secara berkumpulan dengan wanita tanpa mahram yang lain. Dalam kebanyakan kitab-kitab fiqh muktabar lama, jumhur ulamak menyatakan hukum HARAM.

Huh! Macam ketat sangat kan dalil ni. Dan ini jadi dilemma orang perempuan sebab kadang wanita ni travel dengan sebab belajar jauh dan seumpamanya.

Tapi, jangan kalut rebut… ada lagi penjelasan lain.

Harus

Ada juga pandangan yang menyatakan sekiranya terjamin keselamatan dan fitnah kepada si perempuan sepanjang perjalanannya, maka ianya dibenarkan. Itupun sekiranya perjalanan itu merupakan perjalanan yang perlu sahaja, bukan perjalanan tanpa tujuan.

Majlis Fatwa Al-Azhar Mesir berpegang kepada pendapat ini. Menurut mereka, sebahagian ulamak mazhab Maliki dan yang Shafi’e membolehkan perempuan untuk bermusafir tanpa mahram sekiranya ada keperluan dan jalan yang akan ditempuhinya serta tempat yang akan didatanginya terjamin keselamatannya.

Ini berdasarkan kepada sepotong hadith sahih Bukhari yang diriwayatkan oleh ‘Adiy bin Hatim:

Jika kamu panjang umur, nescaya kamu akan melihat wanita berjalan beresndirian dari Hirah (sebuah kawasan di Iraq) hingga melakukan tawaf di Ka’bah (Makkah). Dia tidak takut sesuatu pun melainkan Allah (dalam perjalanan itu)
Walaupun hadith ini lebih merujuk kepada hadith ramalan akhir zaman, akan tetapi sebahagian ulamak mengeluarkan hukum yang menyatakan kebenaran kepada wanita untuk bermusafir tanpa mahram.

Syarat musafir tanpa mahram

Syaratnya ialah, ada keperluan yang hampir sama hukumnya seperti haji, atau sekurang-kurangnya keperluan mendesak untuk berjalan tanpa mahram, dan terjamin keselamatan semasa di dalam perjalanan dan di destinasi permusafirannya.

Contohnya musafir kerana belajar. Biasanya institut pengajian tinggi sama ada di peringkat sekolah atau universiti letaknya jauh dari rumah. Kadang-kadang memerlukan pelajar wanita keluar bermusafir tanpa mahram untuk pergi ke kelas, tempat pengajian, kursus-kursus dan seumpamanya. 

Sekiranya pelajar wanita itu menaiki pengangkutan awam, maka ianya dibenarkan sebab kita tau syarikat pengangkutan awam tu mempunyai jaminan keselamatan kepada penumpangnya.

Kalau perlu menaiki kenderaan atau berjalan kaki, dibenarkan juga dengan syarat memang diketahui umum bahawa perjalanan ke destinasinya itu adalah selamat daripada kekacauan dan fitnah, dan pelajar wanita itu juga bersungguh-sungguh mematuhi undang-undang keselamatan ketika dalam perjalanan, dan memaklumkan perjalanan mereka kepada mahram mereka.

Perkara ni samalah Fatwa Negeri Johor.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor bertarikh 11 Jun 2001 memutuskan keharusan seorang wanita berziarah tanpa ditemani mahram.

Keputusan jawatankuasa itu menggariskan keharusan wanita bermusafir untuk berziarah selepas dipastikan terjamin keselamatannya, sudah mendapat keizinan suami atau mahram (jika ada), bersama dalam keadaan menghimpunkan ramai penumpang seperti kapal terbang, kereta api atau bas.
Perjalanan wanita itu juga hendaklah tidak menimbulkan fitnah, keraguan serta lain-lain syarat lagi.

Oleh itu, fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor itu adalah contoh hukum bagi wanita bermusafir tanpa mahram diharuskan selari dengan kehendak dan keperluan serta pemakaian adat umat Islam pada masa kini.

Ok, jelas hukum diatas. Tapi persoalannya, jika melancong atau travel sahaja tanpa keperluan mendesak, boleh ke pergi sendiri? Saja-saja melancong je… Boleh ke pergi tanpa teman.

OK, ini jawapannya:

Hukum Wanita Pergi  Melancong Tanpa Mahram

Hukum Wanita Pergi  Melancong Tanpa Mahram

Sekiranya tiada keperluan, maka wanita perlu mengelakkan diri daripada berjalan tanpa mahram supaya tidak terjebak dengan larangan di atas.

Pandangan Majlis Fatwa al-Azhar ini turut disokong oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dan ditulis di dalam Ensiklopedia Feqh Islam.

Syarat wanita yang ingin keluar melancong

Sebahagian mereka meletakkan syarat, iaitu perlu wanita tadi bergerak keluar bersama-sama dengan kumpulan wanita yang lain yang mana secara adatnya akan terjamin daripada kekacauan dan fitnah.


Kesimpulan

Jelas dengan hukum di atas. Hukumnya harus wanita bermusafir dengan tujuan tertentu dengan syarat terjamin keselamatan dan jauh dari fitnah.

Namun, untuk melancong, Wajib ada teman dan mesti bergerak dengan kaum wanita lain. Maknanya tak boleh lah pergi sorang-sorang tanpa teman. Mesti berteman.

Hukum ni jelas dalam Islam. Bukan apa, kadang wanita sekarang terlalu berani sampai kan segalanya nak buat sendiri. Takut juga pengaruh drama.. Bergaduh dengan laki, bawa diri seorang diri ke luar negara. Mana tahu kan…

Sedangkan hidup kita ni penuh hukum yang perlu kita patuhi sebagai seorang hamba…

Hukum ini adalah sebagai memberikan perlindungan dan penghormatan kepada wanita, dan bukannya satu diskriminasi gender atau meletakkan wanita di taraf yang rendah. 

Kesan fitnah ke atas wanita adalah berbeza dengan kesan fitnah ke atas lelaki, justeru banyak undang-undang perlindungan dikenakan ke atas wanita berbanding lelaki.



Apa pun pesan MF kepada wanita yang suka travel, jaga adab, akhlak dan paling utama jaga AURAT kerana itu antara point utama untuk jadikan travel kita dikira ibadah oleh Allah... 


Sekian, semoga bermanfaat.

يوليو 18، 2019

Budaya Menganjing

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Menganjing adalah istilah baru zaman sekarang... Lebih kurang sama makna dengan maksud memerli atau mengejek.

Budaya ni nampak macam biasa, sebab dah jadi budaya... Tapi sebenarnya, budaya negatif ni wajib dielak dalam budaya kita sebagai orang Islam sebab hukumnya berdosa.


Macam mana dikatakan Menganjing tu?


"Saiful, saiful... Kawan kita Amir nak kahwin dah bulan depan. Dia jemput kau datang kendurinya"

- " Amir? Amir yang mana satu ni? Aku ramai kawan nama Amir lah..."

" Alahhh kau ni, Amir classmate kita dulu lah. Yang macam ni (sambil buat gaya mulut jongang kerana Amir itu jongang)."

- " Ohh, Amir tuu...hahaha" okay mekasih Ali, nanti aku datang. Kita gerak sekali la okay"

_______

Al-Muhakah, Umpatan Keji Yang Tersembunyi.

Biasa berhadapan dengan situasi diatas?

Situasi dimana kita nak menggambarkan/describe seseorang lalu kita meniru/melakonkan aib, keburukan atau kekurangan yang ada pada diri seseorang.

Dalam dialog diatas Ali membuat gaya gigi jongang untuk menggambarkan keadaan kawannya amir yang bergigi jongang.

Contoh lain;

Buat gaya berjalan seseorang yang tempang, meniru gaya cakap sengau, buat gaya gagap dan sebagainya untuk menggambarkan atau nak describe keadaan peribadi seseorang.

Perbuatan ini disebut Al-Muhakah. Ia adalah bentuk mengumpat tapi lebih keji & berdosa dari mengumpat.

Walaupun niat untuk describe seseorang, perbuatan ini tetap tidak dibolehkan. Dalam hadith riwayat Al-Tirmizi, Aisyah pernah decribe Safiyyah dengan buat isyarat tangan yang menunjukkan Safiyyah itu pendek orangnya dan Nabi membenci perbuatan itu.

Buat isyarat tangan sebegitu pun dilarang, apatah lagi kalau menggayakan kekurangan orang seperti yang selalu kita lihat hari ini.

Kenapa lebih keji dan berdosa dari mengumpat?

Kerana kita bukan saja bercakap mengenai aibnya malah menggayakan/melakonkan pula aib tersebut di hadapan orang lain hingga ia menjadi suatu bentuk penghinaan yang melampau. 

Apabila empunya badan mengetahui atau ternampak perbuatan itu terhadap dirinya, tentu dia lebih membenci aksi tersebut berbanding jika sekadar bercakap mengenainya.

Al-Muhakah ni dalam bahasa modennya boleh lah difahami sebagai "menganjing orang"

Selalu kita buat kan?

Semoga Allah ampuni salah silap kita jika telah melakukan keburukan ini dan moga kita lebih berhati-hati di masa hadapan.

*Tips:

Kalau kita nak describe seseorang, tak perlu mention aib diri dia. Cakaplah perkara yang mana kita suka jika orang lain cakap yang sama jika describe tentang diri kita.
_____

Kredit
Ustaz Ad-Dien Abdul Kadir via Page Jalan-jalan Cari Ilmu

Ada juga jenis perangai Menganjing ni kalau typo atau tersasul... Dijadikan bahan Menganjing sampai menghina dan merendahkan maruah orang lain.


Dan lebih malang kalau ada ahli agama yang turut ada perangai macam ni. 

Kita nak Menganjing kan orang, kita tanya balik.. Suka tak kita kalau orang anjing kan kita balik... 

Renungkan.... 

مارس 15، 2019

Salah Ke Reward Diri Dengan Pakaian Yang Mahal dan Barang Branded?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Salah Ke Reward Diri Dengan Pakaian Yang Mahal dan Branded? | Trend hidup sekarang, menayang kemewahan. Tapi bila ditegur katanya dengki pula... Hmmm...


Ada juga kata.. salah ke saya pakai pakaian dan barang mahal...Itukan reward diri saya sebab saya dah berjaya dalam bisnes saya... Salahkah?
Hmm... Ya kan... Salah ke...

Betul juga tu.. dia nak reward diri dia dengan pakaian dan barang mahal. sebab sebelum ni dia takde duit, jadi bila ada duit, salah ke dia reward diri dengan pakaian dan barang mahal?

Hmm... Ini jawapannya, MF nak kongsikan buat pembaca blog MF ni...


Sumber : Google images


Salah Ke Reward Diri Dengan Pakaian Yang Mahal dan Barang Branded?

Hukum memakai pakaian yang cantik dan mahal adalah harus jika berkemampuan. Hammad bin Abi Hanifah pernah berkata bahawa Abu Hanifah suka memakai pakaian yang mahal dan indah kerana menzahirkan nikmat Allah ke atasnya dan memuliakan ilmu yang dimilikinya. (Lihat Istilah-istilah Fiqah dan Usul Empat Mazhab, hlm. 17)

Hal ini bertepatan dengan sebuah hadis Nabi SAW yang menasihatkan sahabatnya yang kaya seraya bersabda:

فَإِذَا آتَاكَ اللَّهُ مَالاً فَلْيُرَ أَثَرُ نِعْمَةِ اللهِ عَلَيْكَ ، وَكَرَامَتِهِ

Maksudnya: Jika Allah mengurniakan kepada kamu harta, maka perlihatlah kesan nikmat Allah ke atas kamu dan kemuliaannya. [Riwayat Abu Daud (4063)]

Berkenaan dengan selekeh dan tidak terurus diri adalah suatu keadaan yang tidak baik dan elok. Sepatutnya seseorang itu mampu menguruskan dirinya agar dilihat dalam keadaan yang baik dan sempurna penampilannya.

Daripada Jabir bin Abdillah R.A, beliau berkata:

أَتَانَا رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم فَرَأَى رَجُلاً شَعِثًا قَدْ تَفَرَّقَ شَعْرُهُ فَقَالَ : أَمَا كَانَ يَجِدُ هَذَا مَا يُسَكِّنُ بِهِ شَعْرَهُ ، وَرَأَى رَجُلاً آخَرَ وَعَلْيِهِ ثِيَابٌ وَسِخَةٌ ، فَقَالَ أَمَا كَانَ هَذَا يَجِدُ مَاءً يَغْسِلُ بِهِ ثَوْبَهُ

Maksudnya: Rasulullah SAW telah datang kepada kami, lalu Baginda melihat seorang lelaki yang tidak terurus di mana rambut kepalanya dibiarkan berterbangan lantas sabda Nabi SAW: “Tidakkah dia mendapat sesuatu yang boleh dia menguruskan rambutnya?” Kemudian Baginda melihat seorang lelaki yang lain dengan pakaian yang kotor lalu Baginda SAW bersabda: “Apakah orang itu tidak mendapati air untuk dia basuh pakaiannya?”

Riwayat Abu Daud (4062)

Pakai Barangan Branded dan Mahal

4 Syarat Nak Pakai Barangan Branded dan Mahal

Walaupun begitu, kami berpendapat pakaian yang mahal dan cantik boleh dipakai dengan beberapa dawabit atau garis panduan yang perlu difahami dan diikuti. Antaranya:

1. Bukan pakaian yang diharamkan terhadap orang lelaki seperti sutera. 

Rasulullah SAW bersabda:
لَا تَلْبَسُوا الْحَرِيرَ وَلَا الدِّيبَاجَ

Maksudnya: “Jangan kamu pakai sutera dan sutera dibaj”
Riwayat al-Bukhari (5426) dan Muslim (5521)

2. Jangan sampai kepada tahap membazir. 

Hal ini berdasarkan nas Ilahi:
وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا ﴿٢٦﴾ إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya: “Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” Surah al-Isra’ (26-27)

3. Bukan pakaian yang boleh membawa kepada sifat takabbur. 

Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ لَبِسَ ثَوْبَ شُهْرَةٍ فِي الدُّنْيَا أَلْبَسَهُ اللَّهُ ثَوْبَ مَذَلَّةٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Sesiapa yang memakai pakaian yang melambangkan kemasyhuran, nescaya Allah SWT akan memakaikannya pakaian kehinaan di hari kiamat.”
Riwayat Ahmad (5664), Abu Daud (4029),
al-Nasaie (9487) dan Ibn Majah (3607)

Pernah terjadi, seorang lelaki bertanya kepada Ibn Umar R.Anhuma, katanya: “Pakaian yang bagaimana boleh aku pakai?” Jawabnya: “Pakaian yang bukan menjadi kebanggaan orang-orang jahat dan tidak dicela jika kamu memakainya oleh ulama dan bijaksana.”

4. Janganlah pakaian tersebut menyerupai pakaian acara agama lain. 

Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Umar RA katanya:
رَأَى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَلَىَّ ثَوْبَيْنِ مُعَصْفَرَيْنِ فَقَالَ : إِنَّ هَذِهِ مِنْ ثِيَابِ الْكُفَّارِ فَلاَ تَلْبَسْهَا

Maksudnya: “Rasulullah SAW pernah melihatku memakai dua helai pakaian yang dicelup (bersifat menghampiri pakaian orang bukan Islam), lalu Baginda SAW berkata: Sesungguhnya pakaian serupa ini adalah pakaian orang-orang kafir, maka janganlah kamu memakainya.


Pendapat Mufti Wilayah Tentang Isu Ini

Kami berpendapat dari sudut fiqh aulawiyyat juga perlu diambil kira di saat mereka yang memerlukan bantuan lebih banyak lagi, maka mengelakkan dari memakai pakaian seumpama tersebut adalah lebih utama.

Jelas kan... Memang tak salah... tak berdosa pun... Tapi saat kita seronok merai dan menikmati rezeki dari Allah, sebaiknya kita utamakan sahabat dan rakan kita yang berkemampuan.

Kita ni sebelum kaya, kata "bila aku kaya nanti, aku nak tolong orang miskin dan kurang bernasib baik"

Tapi bila dah kaya... Pengemis pun dihalau macam kucing kurap...

Itu realitinya...


Bak kata Mufti, tak salah nak tayang, cuma takut apa yang kita exposed boleh mengundang cemburu dan dengki kepada orang lain... KIta tak tau, kalau dalam friendlist kita tu, ntah-ntah menyamun ke penyangak kan... Jadi, jangan salah orang jahat kalau kita sendiri yang mengundang orang jahat tu kepada kita...


MF cuma berkongsi dan berpesan kepada diri sendri dan semua...


مارس 13، 2019

Dosa Free Postage Dalam Iklan Bisnes Online

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dosa Free Postage Dalam Iklan Bisnes Online | Tetiba MF kembalikan isu bisnes online.

Sekarang rancak sangat perniagaan online ni... Dari umur budak sekolah rendah, hingga mak cik-makcik dah tahu pasal bisnes online.


Disebabkan kepesatan teknologi dan gaya hidup moden, bisnes dan jual beli nampak sesuatu yang biasa hingga orang tak pedulikan bab hukum hakam.


Memang banyak sangat MF nak tulis pasal ni... Banyak isu yang timbul... Tapi ramai orang Islam tak cakna sebab kelabu mata dengan duit dan kekayaan dunia.

Dosa Free Postage Dalam Iklan Bisnes Online

Dosa Free Postage Dalam Iklan Bisnes Online 

Kenapa Dosa Free Postage?

Salah ke, buat iklan free postage...

Sebenarnya hal ini hanya peniaga online je tahu... Dosa ke tak..


Sebagai peniaga, MF tahu sedikit selok belok berniaga..

Tahu lah kira untung rugi jualan sesuatu barang.

Sebenarnya... Kalau kita nak berikan kos penghantaran percuma itu tak melibatkan kos barang.

Contoh...

Harga barang kita jual RM100, setelah ditolak dengan modal kita ada untung dalam RM40 dari harga kos dan modal. Sebagai peniaga, kita nak bersedekah... So kita kira free postage je la tanpa menganggu kos barang.

Tapi ianya boleh jadi dosa Free Postage jika ianya terjadi begini...

Harga barang yang diiklankan  RM108 dengan ayat
"RM108 FREE POSTAGE"
tapi harga sebenar jualan ialah RM100 (yang ni penjual je la tahu, pembeli tak tau)

Yang salahnya ialah free postage tu...

Ubahlah free postage tu kepada ayat

"Termasuk harga pos" atau pun "termasuk kos pos".

Nampak macam sama... Tapi tak serupa..

Mungkin akan ada yang kata... Alah... Biasalah itu kan ayat marketing... Pembeli yang tak faham ayat marketing atau selok belok perniagaan akan tertipu dengan ayat "free postage".

Yes... Ayat berniaga tetap ada hukum yang diambil kira.


Sama juga lah.. Harga barang dengan free gift... Tapi sebenarnya... Kos free gift tu termasuk dalam harga barang tu.. Ini selalu la terjadi kat kedai online popular kat siaran televisyen kita... Tapi tak semua barang lah...

Dosa Free Postage Dalam Iklan Bisnes Online

Berlaku jujur dalam berniaga 

Berlaku jujurlah dalam berniaga... Tak salah.. Bahkan banyak manfaatnya.

Kita berniaga bukan semata-mata nak kaya tapi berkat itu yang lebih utama.

Kaya tapi rezeki kita dapat tak berkat.. Tak kan ke mana pun... Bahkan menjadikan kita jauh daripada Allah... Menjadikan hati kita mati dan sombong.. Nauzubillah...


Jadi, buat peniaga online... Selidik lah teknik dan marketing yang haruskah oleh hukum hakam Islam.
Mungkin kita jual nampak halal, tapi terselit rezeki yang haram atau syubhah... Dan akhirnya rezeki tu kita bagi keluarga kita makan pula yang jadi darah daging kita.


Banyak kan belajar ilmu Muammalat Islam... Ikut panduan Islam... Insha Allah... Kaya dunia dan di akhirat.. Insha Allah... 

فبراير 17، 2019

Ini Yang Best Dengan Makeup Stuff Dari Althea Ni

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ini Yang Best Dengan Makeup Stuff Dari Althea Ni | Make-up dan wanita tak dapat dipisahkan. Walaupun paling ringkas... Dengan hanya berbedak tipis dan dioles dengan lips balm... Itulah makeup. Mak MF yang dah berusia tu pun tetap oleskan bedak kalau nak jenjalan keluar makan kenduri tau. Lagikan kita yang muda ni.


MF biasanya make up biasa-biasa je... Cukup dengan bedak dan lipstick je... Sesekali tu kadang teringin juga nak cuba make up stuff yang lain..


Tengok orang try macam-macam kan.. Haha.. Nak ikut trend la juga...

Dalam dok tengok Althea... (Satu-satu apps khas untuk kecantikan diri MF install kat phone), Sekali Althea pun ada juga make up stuff yang nampak cantik dan menarik untuk dicuba...


Bila dapat je kotak pink... Memang excited betul nak cuba...

Apa yang Terdapat di Dalam Althea Makeup Box?


althea, althea korea, althea makeup box, althea makeup, makeup murah, makeup korea, eye glitter, concealer murah, cream tint murah, lip tint cantik
Althea Makeup Box

Terdapat 4 jenis makeup yang terdapat di dalam Althea Makeup Box ini iaitu :

Ini Yang Best Dengan Makeup Stuff Dari Althea Ni

1. Althea Flawless Creamy Concealer 

althea, althea korea, althea makeup box, althea makeup, makeup murah, makeup korea, eye glitter, concealer murah, cream tint murah, lip tint cantik
Althea Flawless Creamy Concealer

MF tak pernah guna concealer ni, kira Althea Concealer ni pertama kali lah cuba dalam hidup. Pertama kali cuba... terus rasa jatuh cinta sebab ia tidak berapa melekit... Lembut pada kulit & terus flawless muka hokay! Nak guna dan apply pada muka pun senang sangat! Packaging pun comel dan kecil je... Senang nak sumbat dalam beg Makeup.

Ada 4 variasi warna iaitu mocha, honey, ginger & vanilla. Mudah dah nak cover yang mana patut dan buat shading pada hidung dan pipi...

2. Althea Watercolor Cream Tint 

althea, althea korea, althea makeup box, althea makeup, makeup murah, makeup korea, eye glitter, concealer murah, cream tint murah, lip tint cantik
Althea Watercolor Cream Tint


Althea Watercolor Cream Tint ni berbau wangi, sampaikan rasa macam makan je... dan sangat senang digunakan. MF suka Cream Tint Althea ni sebab ia long lasting, tapi bukanlah waterproof... Senang je nak bersihkan kalau nak ambil wuduk. Kalau nak nampak berkilat terus sapu je pada bibir. Kalau nak nampak macam natural, lepas sapu cream tint ni terus dap dap sikit dengan tisu. MF suka nampak natural... Tapi still color dia tak berubah.. Terus nampak natural tau. Semua color MF suka. Setiap hari pergi kerja tukar-tukar warna.. Ahakss...

3. Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea 

althea, althea korea, althea makeup box, althea makeup, makeup murah, makeup korea, eye glitter, concealer murah, cream tint murah, lip tint cantik
Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea


Ada 8 warna pada Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL ni dan semuanya cantik-cantik. Ada glitter pink & gold yang menawan... Boleh campur dan match kan dengan pelbagai warna. Ada warna natural serta warna dark yang pasti nampak sweet dan cantik. Guna eye palette ni pun senang je. Terus 'melekat' pada kulit... Memang senang nak apply...

4. Althea Spotlight Eye Glitter 

althea, althea korea, althea makeup box, althea makeup, makeup murah, makeup korea, eye glitter, concealer murah, cream tint murah, lip tint cantik
Althea Spotlight Eye Glitter

Ini kali pertama MF guna eye glitter. Senang je nak guna... Tapi paling penting mata rasa sejuk lepas pakai benda ni.. Haha...

Keseluruhannya... MF suka sangat dengan keempat-empat make up stuff dari Althea ni. Warna yang cantik... Senang nak apply... Bagi MF yang tak reti make up ni pun... Boleh guna. Cantik dan menjadi aje kata orang.

Berminat untuk mencuba Althea Makeup?

Boleh dapatkan Althea Makeup ini di << my.althea.kr >>. Best sebab semuanya murah-murah dan kualiti setanding jenama mahal... Memang puas hati...

Untuk maklumat lanjut serta pelbagai promosi menarik, layari :

Facebook : Althea
Instagram : @altheakorea

فبراير 07، 2019

9 Ciri Wanita Tercantik di Dunia

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

9 Ciri Wanita Tercantik di Dunia | Zaman sekarang wanita berlumba-lumba nak jadi cantik.

Apa sahaja produk atau kosmetik yang boleh menjadikan wanita cantik pasti akan laris dan sanggup dibeli wanita untuk kelihatan cantik.

Tapi tahu tak... Anda akan jadi cantik, bahkan paling cantik kalau ada 9 ciri ni.

Wanita paling cantik
Sumber: Google image 

9 Ciri Wanita Tercantik di Dunia


Inilah 9 Kriteria Wanita Cantik Menurut al-Quran dan Sunnah:
.
1. Sentiasa menjaga pandangan agar kelihatan sopan dan terpuji (surah an-Nuur 24:31)
.
2. Tidak bergaul bebas dengan kaum lelaki non mahram, kecantikan dipelihara tanpa dipertontonkan (HR. Bukhari)
.
3. Pembawaan diri sopan, tegas, dan bersahaja. (Surah al-Qoshos: 25)
.
4. Senantiasa bercakap dengan nada suara tidak di manja-manjakan dan tidak dilembut-lembutkan (surah al-Ahzab: 32)
.
5. Menjauh gaya tabarruj, penggayaan diri yang mengganggu fitnah lelaki hingga menarik kepada dirinya (surah al-Ahzab: 33)
.
6. Berpakaian membawa identiti wanita mukminah (surah al-Ahzab: 59)
.
7. Senantiasa bersih dan berbau segar.
Tidak memakai parfum (HR. Bukhari)
.
8. Tidak mengubah ciptaan Allah seperti pembedahan plastik, membuat tato, mencukur bulu kening, dan sebagainya.
(Surah an-Nisa: 19, hadits bukhari, muslim, abu daud, dan at-thirmidhi)
.
9. Tidak meniru penampilan kaum lelaki dari cara berpakaian, bercakap serta pembawaan diri (HR. Ibnu Abbas)

Macam mana... Dah faham tak macam mana nak jadi cantik.

Hitam atau putihnya kulit bukan penilaian untuk kelihatan cantik. Tapi akhlak, adab, dan nilai agama yang ada pada seseorang wanita itu menjadikan dia yang paling cantik.

Dah tau kan.. Jadi, jom usahakan diri kita untuk kelihatan cantik disisi Allah dan Rasul. Insha Allah banyak ganjarannya. 

يناير 26، 2019

Tergoda Betul Tengok 4 Koleksi Terbaru Baju Kurung SweetMuslimah Ni

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tergoda Betul Tengok 4 Koleksi Terbaru Baju Kurung SweetMuslimah Ni | Baju kurung tak lapok dek zaman. Sesuai dipakai semua majlis. 

Dalam dok mencari koleksi terbaru untuk padatkan almari baju... 😅, ternampak baju baru dari SweetMuslimah.com.



Tergoda Betul Tengok 4 Koleksi Terbaru Baju Kurung SweetMuslimah Ni

Kalau tengok 4 design terbaru... Adehhh... 😅.. Cair poket beb... Tapi sebab lawa.. Takde hal punya... 

Meh, MF kongsikan 4 koleksi terbaru dari SweetMuslimah ni... 


1. Baju Kurung Zahra

Baju ni baju PREORDER. Belum ready made... Tapi boleh tempah... 

Sekarang ni dibuka untuk tempahan... Dan harga special diberikan. 

BATCH #1(2~4 Jan 2019)
1 psg RM89 shj 
+ FREE POS
.
BATCH #2(9~11 Jan 2019)
1 psg RM99 shj 
+ FREE POS
.
BATCH #3(16~18 Jan 2019)
1 psg RM109 shj 
+ FREE POS


Semua Order Akan 
DiPOSLAJU
Seperti berikut:
Batch #1 : 10 Jan 2019
Batch #2 : 17 Jan 2019
Batch #3 : 24 Jan 2019

Ciri-ciri baju kurung ni... 
  • Tak jarang & senang gosok 
  • Wudhu and Nursing Friendly
  • Potongan silang dan hiasan butang (Top)
  • Cutting duyung (Skirt)
  • 100% JAMINAN kepuasan. Setakat ni takde yang komplen pasal baju kurung dari SweetMuslimah ni. 
Nota: Untuk koleksi ini, TIADA Return/Refund dan penukaran saiz


2. Kurung Raudhah

Ciri-ciri:
  • Material Soft Crepe
  • Material mudah gosok dan tidak mudah renyuk
  • Nursing Friendly & Wudhu Friendly
  • Peplum design-potongan bawah dada
  • Hiasan ruffle pada hujung lengan
  • Hiasan tiga kuntum bunga pada sebelah kanan baju
  • Pinggang kain separuh getah dan berzip
  • Kain bentuk A
  • Saiz S-XXL
  • 5 warna: Emerald Green, Baby Blue, Lavender, Mint, Cherry
.

3. KEBAYA NEESA

Ciri-ciri
  • 7 Pilihan Color.
  • Material. (COMO CREPE EMBOSS)
  • Potongan. (KEBAYA)
  • Zip sembunyi di dada. (BREASTFEED FRIENDLY)
  • Zip sembunyi di lengan. (MESRA WUDUK)
  • 3 Butang hiasan di lengan.
  • 4 Butang hiasan di hadapan baju.
  • Tiada dart di belakang.
  • Getah pinggang separuh. (KIRI DAN KANAN)
  • Zip sembunyi di pinggang dan mempunyai cangkuk.
  • Span di bahu.


4. Blouse MayRaa

Ni yang terbaru... Sebelum keluar baju kurung je.. Kali ni keluar blouse plak... Simple Tapi trendy... 

Ciri-ciri:
  • SIZE : S, M, L, XL, XXL
  • COLOR : 13 HOT COLOR
  • MATERIAL : COMO CREPE
  • MESRA WUDHUK
  • BREASTFEED FRIENDLY
  • DAT DI BAHAGIAN BELAKANG
  • MATERIAL YANG SELESA
  • TAK PANAS, LEMBUT DAN JATUH TERLETAK


>> "Order Disini!" untuk buat pesanan.

Selain tu, SweetMuslimah ada membuat Clearance Sales.
Rugi sangat jika tidak mendapatkannya.
Klik jer link ni dan buat pesanan >>>DI SINI<<<

يناير 16، 2019

Trending : #10yearschallege

Penuh wall di Facebook dan Instagram dengan #10yearschallege.


Biasalah... Benda-benda camni memang orang suka tiru.. Cabaran yang dikatakan mencabar sangat ni kan...


10 Years Challenge ni kita cabaran untuk lihat perbezaan 10 tahun tentang diri sendiri. 


Jika nak kata cabaran untuk lihat perbezaan tu, bohong sangat kalau takde beza ye dak... 

MF juga sangatlah berbeza...

10 years challenge

#10yearschallege

Sepuluh tahun dulu... 

Tahun 2009... 

MF seorang pelajar Universiti...

Single dan hati telah dimiliki... Hujung tahun yang sama telah di risik dan diberi tanda. 

Tapi tetap berdikari sendiri...

Masa tu hanya reti bertudung bawal dah tudung labuh bulat. 

Berat masa tu kurus sangat... BMI pun underweight. 

Baju saiz XS. 

Dalam proses ambil lesen memandu. 

Menetap di Johor untuk menuntut ilmu. 

Tapi rasa seronok... Walaupun jauh dari keluarga... Masih menjaga tatasusila dan maruah keluarga.

Masa ni belum jadi blogger... 

10 years challenge

10 tahun kemudian... 

2019...

Dah jadi suri hati Mr. MAMA untuk tahun yang kesembilan. 

Dah jadi ibu kepada 4 anak... 

Dah 8 tahun jadi tenaga pendidik di sebuah sekolah menengah. 

Dah 2 buah sekolah pernah memberi khidmat. 

Berat pun dah bertambah... BMI dah normal. 

Baju dah pakai saiz M.

Dah jadi pemandu wanita solo. Teman setia Vivi. 

Yang masih sama..menetap di Johor untuk memberi ilmu... 

Sekarang dah jadi blogger separuh masa... Dah 5 Tahun jadi blogger yang lebih serius... 

Itu je kot yang boleh MF nampak perbezaan untuk #10yearschallege.


Bagus cabaran begini... Dan jangan lupa.. Cabar diri juga...


Selama 10 ni...

 Adakah iman kita makin bertambah baik?

Adakah pakaian kita bertambah elok dan mengikut syariat?

Adakah ibadah kita bertambah hebat. 

Adakah akhlak kita mengikut sunnah?

Kita seimbang... Aspek fizikal... Dan juga spiritual... Jika semakin cantik rupanya paras.. Akhlak juga biarlah seiring cantik... 

Jika kurang teruskan untuk jadi lebih baik untuk 10 tahun akan datang jika dipanjangkan umur... Insha Allah... 

Dan paling penting... Semoga sepanjang 10 tahun itu... Allah redha dengan apa yang kita buat... Insha Allah... 

يناير 12، 2019

Waspada Dengan 10 Bahan Terlarang Ni Dalam Produk Kesihatan dan Kecantikan Anda!

Waspada Dengan 10 Bahan Terlarang Ni Dalam Produk Kesihatan dan Kecantikan Anda!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Waspada Dengan 10 Bahan Terlarang Ni Dalam Produk Kesihatan dan Kecantikan Anda! | Pernah tak kita tahu dan tanya diri kita tentang produk kesihatan atau kecantikan yang kita pakai setiap hari.

Kalau produk kesihatan, macam cendawan tumbuh... dan mudah didapati kat kiosk-kiosk kecil di pasaraya besar.

Produk kosmetik pula, kat kedai Eco RM2 pun dah ada jual.

Tapi pernah tak kita tahu, apa kandungan dalam produk-produk tu?

Mahal atau murah bukan soal barang tu selamat. Tapi andaikata ada 10 bahan ni dalam produk kesihatan dan kecantikan kita guna, baiklah buang aje... dan kalau baru nak membeli, elakkan...

sumber: google images

Waspada Dengan 10 Bahan Terlarang Ni Dalam Produk Kesihatan dan Kecantikan Anda!

Bahan-bahan dilarang didapati dalam produkboleh menyebabkan kesan mudarat yang membahayakan kesihatan jika digunakan tanpa pemantauan dan arahan profesional kesihatan. Berikut adalah sebahagian daripada bahan-bahan dilarang yang sering dikesan di dalam produk-produk kesihatan.

💊Acetaminophen / Paracetamol

Acetaminophen adalah juga dikenali sebagai Paracetamol. Ia boleh diambil untuk rawatan-sendiri (self-medication) tetapi apabila perubatan tradisional tidak diisytiharkan mengandungi acetaminophen/paracetamol, pengambilannya yang berlebihan tanpa disedari boleh membawa kepada kerosakan hati, kegagalan buah pinggang, koma dan akhirnya kematian.

💊Bisacodyl

Bisacodyl adalah ubat yang dimakan untuk merawat sembelit.Penggunaannya tanpa pengawasan boleh menyebabkan kekejangan perut, merasa mual, muntah-muntah, cirit-birit, hypokalaemia (tahap potassium yang rendah).

💊Chlorpheniramine

Chlorpheniramine adalah ubat dalam kategori anti-histamine. Penggunaanya tanpa pengawasan boleh menyebabkan kesan-kesan advers seperti pening, tekanan darah menurun, denyutan jantung yang tidak menentu, kekeliruan, kemurungan dan sawan adalah antara yang boleh terhasil dari penggunaan chlorpheniramine.

💊Dexamethasone & Prednisone

Dexamethasone dan Prednisone adalah kortokosteroid yang mana penggunaannya secara berpanjangan tanpa pengawasan boleh menyebabkan peningkatan paras glukosa dalam darah yang mengakibatkan kencing manis, tekanan darah tinggi, katarak, penyakit otot dan tulang, serta meningkatkan risiko jangkitan yang teruk. Penggunaan kortikosteroid dalam jangka panjang juga boleh mengakibatkan Cushing’s syndrome yang mana dicirikan dengan muka bulat atau moon face, serta kegemukkan pada bahagian badan dengan anggota tangan dan kaki yang kecil. Pengambilan dos steroid yang tinggi dalam tempoh yang lama menyebabkan pengguna mengalami gejala keletihan, sakit otot dan sendi, demam, kadar gula dalam darah rendah, tekanan darah rendah dan dehidrasi.

💊Hydroquinone

Hydroquinone adalah bahan yang lazimnya digunakan untuk merawat penyakit kulit. Bahan ini adalah dikawal di mana Hydroquinone adalah dilarang dalam produk kosmetik yang digunakan bagi penjagaan kulit. Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan boleh menyebabkan hipersensitiviti pada kulit, perubahan kepada warna kulit yang menyebabkan kulit secara beransur-ansur menjadi kehitaman, dan meningkatnya risiko kanser kulit.

💊Mercury

Tahap mercury yang tinggi atau pendedahan yang kerap boleh meyebabkan kulit kebas, sakit kepala, ruam, perubahan warna kulit serta kerosakan pada buah pinggang dan sistem
saraf. Anak damit dan kanak-kanak kecil boleh terdedah dengan kesan sampingan penggunaan mercury; yang boleh menggangu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau anak damit yang belum dilahirkan.

💊Phenylbutazone, Piroxicam & Diclofenac

Penggunaan Phenylbutazone, Piroxicam dan Diclofenac tanpa pengawasan boleh menyebabkan ulser peptik, pendarahan gastro-usus, loya, muntah-muntah, ruam kulit,
kabur penglihatan, edema, penyakit kuning dan kegagalan buah pinggang. Phenylbutazonejuga sering dikaitkan dengan kesan sampingan yang teruk seperti penyakit darah yang
serius.

💊Sibutramine

Sibutramine adalah agen pelangsing badan yang tidak lagi disarankan penggunaannya dalam rawatan obesiti kerana kesannya yang boleh memudaratkan jantung dan hati. Pengambilan sibutramine juga boleh menyebabkan kesan advers yang serius seperti tekanan darah tinggi, denyutan jantung yang tidak menentu dan sukar untuk tidur; dan dalam kes-kes yang paling teruk, ianya boleh menyebabkan kerosakan pada buah
pinggang dan hati.

💊Sildenafil, Tadalafil & Vardanafil

Sildenafil, Tadalafil atau Vardanafil adalah ubat yang digunakan untuk merawat mati pucuk yang mana pengambilannya memerlukan preskripsi doktor. Antara kesan-kesan sampingan apabila memakan ubat-ubat tersebut ialah merasa mual, muntah-muntah, muka kemerahan dan pening. Dalam kes-kes yang teruk, ia juga boleh menyebabkan peningkatan yang luar biasa dalam degupan jantung, kehilangan pendengaran secara tiba-tiba dan sawan.

💊Tretinoin

Tretinoin adalah bahan yang digunakan dalam ubat-ubatan yang memerlukan preskripsibagi merawat penyakit kulit dan ianya dilarang sebagai bahan di dalam produk kosmetik penjagaan kulit di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik). Penggunaan tretinoin yang tidak betul boleh menyebabkan kulit yang disapu menjadi kemerahan, mengelupas dan parut pada kulit.

🏥 Masih keliru? Pastikan produk mendapat kelulusan KKM dan rujuk profesional kesihatan sebelum menggunakan apa jua produk kesihatan atau kosmetik.

Sumber: Public Health Malaysia

Meh.. kita tulis nota kecil dan boleh semak bila nak beli sesuatu produk kesihatan dan kosmetik... Ambil langkah bijak dan selamat...

Memang kesannya tak nampak sekarang, tapi mungkin jangka masa panjang. 

ديسمبر 23، 2018

Berapa Banyak Masa Kita On Facebook? Ini Caranya Kalau Nak Tau!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Berapa Banyak Masa Kita On Facebook? Ini Caranya Kalau Nak Tau! | Setiap hari mesti tak lepas dari kita on Facebook kan... Kecuali lah Facebook kita ditutup kan...

Tapi kalau blogger, media sosial influencer atau online seller, pasti akan bukan Facebook setiap hari.

Hari-hari buka Facebook, tau tak berapa banyak masa kita boleh habis kat Facebook aje..

Sekarang ni boleh tengok dah.. Berapa banyak masa kita habis kat Facebook.

Caranya mudah je...

Kat sebelah kanan tu... Ada 3 garis tu.. Klik situ..

Lepas tu klik kat Setting & Privacy

Kemudian klik kat Your Time On Facebook.

Lepas klik situ, dapatlah tengok masa purata yang kita on Facebook.



Moga setiap masa yang terdetik di Facebook.  Beri manfaat untuk kita dan orang lain.

Gunakan Facebook dengan bijak dan berpahala.

Semoga bermanfaat. 

ديسمبر 01، 2018

Boleh Ke Pakai Maskara, Eyeliner dan Bulu Mata Palsu?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Boleh Ke Pakai Maskara, Eyeliner dan Bulu Mata Palsu? | Wanita, suka dengan kecantikan. Disebabkan nak kelihatan mukanya cantik, sanggup buat apa sahaja.

Ramai dalam kalangan wanita Islam sudah tahu tentang hukum berkaitan kening.

Haram cukur dan lukis kening.

Tapi dalam trend merias mata, masih ramai wanita pakai maskara, eyeliner dan bulu mata palsu.

Boleh ke pakai semua tu?

Kita tak buang dan ubah pun kan tapi cuma tambah dan cantikkan... Boleh ke?

hukum pakai Maskara, Eyeliner dan Bulu Mata Palsu

Persoalan ini dijawab oleh beberapa orang ahli yang pakar dalam agama berdasarkan dalil serta perbahasan ulama terdahulu.

Jawapanya:

Pemakaian bulu mata palsu adalah HARAM selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakaian rambut palsu:
“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Shahih al-Bukhari, no: 5934) 
Apa-apa perbuatan berhias diri dengan melampau maka ia DIHARAMKAN dalam Islam. 
Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk. 
Sesungguhnya tabarruj atau pemakai perhiasan yang berlebihan itu adalah amalan ZAMAN KAFIR JAHILIYYAH.

Jelas kan... Pakai bulu mata palsu haram... sebab kita tambah... macam kita pakai rambut palsu juga. Kalau dah pakai yang add on pun haram, apatah lagi trend zaman sekarang iaitu sambung dan tanam bulu mata palsu... lagilah haram kan... 

Apa pun dalam solekan kita kalau berlebihan, haram hukumnya... Apatah lagi solekan yang sampai merubah wajah asal seseorang.

Kenapa haram? sebab ada unsur penipuan...

Rupa sebenar lain... tapi ditutup dengan solekan jadi lain.

Muka asal berkerepot atau tak licin pun, tapi sebab solekan... nampak licin, muda je...

Kalau lelaki yang tengok.. nak kahwin.. lain jadinya.. dan memang pernah terjadi perkara ni,.. sampai bercerai akhirnya, sebab si lelaki rasa tertipu... 

Jadi, nak solek boleh... cukuplah bersederhana... jangan lebih-lebih sangat...
Natural tu lebih baik...

sebab ...

Allah jadikan kita cukup cantik...
Tambahkan akhlak yang cantik... akan bertambah cantik... insha Allah...

نوفمبر 30، 2018

Boleh Jadi Kaya, Tapi Jangan Sampai Jadi Hamba Kepada Kekayaan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Boleh Jadi Kaya, Tapi Jangan Sampai Jadi Hamba Kepada Kekayaan | Seram tengok zaman sekarang, orang berlumba nak jadi kaya raya.

Masa belum kaya... niat semua suci murni... Tapi bila dah kaya... orang miskin dipandang sipi...

Itulah realiti...

Islam tidak melarang kita jadi kaya... Tapi andai kekayaan kita tu menjadikan kita jadi hamba kepada kekayaan kita, lebih baik hidup sederhana.





عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعِسَ عَبْدُ الدِّينَارِ وَالدِّرْهَمِ وَالْقَطِيفَةِ وَالْخَمِيصَةِ إِنْ أُعْطِيَ رَضِيَ وَإِنْ لَمْ يُعْطَ لَمْ يَرْضَ

Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya; “Binasalah hamba wang: dinar dan dirham, hamba pakaian, dan dengan segala macamnya yang menarik, jika diberi dia merasa gembira, dan jika tidak diberi maka dia tidak merasa gembira.” (HR Bukhari No: 5955) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Orang Islam dilarang menghambakan diri kepada harta benda dunia kerana ia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada seseorang di akhirat kelak.

2.  Harta benda dunia yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada seseorang berbentuk wang ringgit dan sebagainya adalah cubaan untuk mengukur imannya terhadap Allah SWT. Oleh itu, hendaklah menggunakannya kepada perkara-perkara yang diperintah oleh Allah SWT dan RasulNya.

3.  Orang Islam dilarang terlalu gembira apabila menerima sesuatu nikmat dan jangan berdukacita apabila ditimpa musibah.

4.  Harta yang tercela ialah harta yang lebih daripada keperluan dan mengganggu daripada mengingati Allah SWT serta tidak digunakan untuk taat kepada Allah SWT.

Jika kita menjadi hamba kepada harta dan wang ringgit, ia akan membinasakan masa depan kita di sisi Allah. Jadikan harta didunia sebagai jambatan untuk ke akhirat.


Boleh jadi kaya, tapi jangan terlalu mengejar kekayaan hingga lupa Allah...

Tanda kita ni dah jadi hamba duit:
1. Siang malam kejar duit, cari rezeki katanya hingga lupa anak bini.
2. Tidak bersosial dengan orang sebab kerja
3. Tak cukup gaji yang ada buat parttime pula.
4. Hati jadi keras bila bab duit.
5. Tak kisah halal haram asalkan duit.
6. Habiskan duit untuk dunia bukan untuk akhirat.
7. Bermegah dengan duit dan kekayaan untuk dapat nama dan pujian.

Check lah diri sendiri kot kita dah jadi hamba duit...

Tak salah kaya dan berduit, asalkan fikirkan sumber dan ke mana nak salurkan duit bila kita ada duit.

Nak sedekah tak perlu tunggu kaya...
sebab kalau nak kaya, bersedekahlah...

Dah kaya jangan lupa zakat;
kerana itulah punca rezeki kita jadi berkat.

نوفمبر 18، 2018

Ini Sebab Kenapa Mufti Kata Bitcoin Itu Haram Dalam Islam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ini Sebab Kenapa Mufti Kata Bitcoin Itu Haram Dalam Islam | Bitcoin, dah lama dah muncul dalam system muamalat di dunia.

Kemunculan Bitcoin menimbulkan persoalan tentang hukum.

Bagi orang yang kisahkan pasal hukum, pasti akan kaji selidik, Tanya pakar ulama, cari dalil yang ada sebelum join Bitcoin.

Bitcoin ni apa?
Bitcoin ni mata wang digital. Tapi ada beberapa buah negara tak iktiraf pun Bitcoin ni sebagai matawang.

Tapi sehingga hari ni ramai yang join Bitcoin ni sebab nilainya yang sangat tinggi.

Orang Islam pun ramai dah join Bitcoin.

Tapi bagi yang memegang kepada hukum... Pasti nak tau hukum kan...

Setelah sekian lama tunggu, akhirnya Mufti Wilayah Persekutuan, keluarkan kenyataan rasmi tentang hukum Bitcoin.

Dalam artikel yang di tulis di web rasmi Mufti Wilayah memang panjang berjela lah... sebab siap dengan bukti, hadis dan segala pendapat dari pelbagai pihak.

Tapi, dalam entry ini MF akan cuba ringkas dan olah sebab bukan semua suka baca panjang-panjang kan.

Ini Sebab Kenapa Mufti Kata Bitcoin Itu Haram Dalam Islam

hukum bitcoin

KEDUDUKAN BITCOIN SEBAGAI MATA WANG

Persoalan samada bitcoin adalah sejenis mata wang atau tidak masih lagi diperdebatkan. Menurut The Economist, Bitcoin menepati 3 ciri-ciri mata wang:

  • sukar diperoleh
  • bekalannya terhad
  • mudah untuk dipastikan (verify).


Setakat kajian ini dilakukan, Bitcoin masih kekal sebagai mata wang kripto yang paling mudah dicairkan dan terbesar di pasaran dari segi aktiviti pengguna dan aktiviti pemaju.

Ia mempunyai jumlah dagangan harian melebihi USD 10 bilion dan penilaian pasaran USD 135 bilion (setakat 18 April 2018).

Dalam Islam, para sarjana meletakkan pelbagai ciri mata wang sama ada ciri fizikal, teknikal dan seumpamanya.

Contoh ciri fizikal ialah senang dibawa, dikira, ketahanan dan seumpamanya.

hukum bitcoin
sumber: google images
Namun ciri penting yang perlu ada sebagai mata wang ialah dua sifat utama:

1. Diterima umum:

Wang hendaklah diterima umum tidak kira dalam sistem ekonomi apa sekali pun bagi berfungsi sebagai alat tukaran.

Imam Malik berkata, andainya kulit dijadikan wang oleh sesuatu masyarakat, maka aku akan haramkan ia ditukar dengan emas secara bertangguh.

Oleh itu, dapat difahami di sini bahawa apa sahaja yang diterima umum sebagai mata wang, maka ia boleh dijadikan wang. Walaupun kulit kambing, bitcoin, garam dan gula. Wang kertas yang ada ketika ini diterima umum, walaupun cuma kertas dan ia disahkan oleh kerajaan.

2. Kestabilan nilai:

Sifat ini sangat penting kepada wang untuk menjalankan fungsi wang. Secara umumnya, nilainya yang stabil dan tidak mudah naik dan turun secara mendadak. Jika mata wang nilainya tidak stabil, maka ia tidak boleh berfungsi sebagai penyimpan nilai.


Risiko Bitcoin

Bitcoin (dan juga mata wang kripto yang lain) merupakan satu produk inovasi moden yang masih baru dalam pasaran, dan sudah pasti ia mempunyai risiko dan masalah yang masih belum diselesaikan hingga sekarang. Antaranya ialah:

1. Naik turun nilai yang sukar dikawal dan dijangka akibat spekulasi berlebihan para pelabur (fluctuation/volatility)

Sewaktu Bitcoin mula-mula diperkenalkan, nilainya tidak melebihi USD1, namun sejak itu ia mula mendapat populariti diseluruh dunia dan nilainya terus meningkat naik.

Bitcoin memulakan tahun 2017 dengan nilai USD 966, dan naik mendadak hingga merekodkan harga tertinggi dalam sejarah pada USD19,850 pada pertengahan Disember, ia tiba-tiba mengalami penurunan mendadak kepada USD12,000 hanya dalam masa beberapa hari.

Namun demikian sejak awal 2018, harga bitcoin mula menunjukkan sedikit kestabilan, dengan konsisten mengekalkan paras USD6000 sejak pertengahan 2018. Sejak tiga bulan belakangan pula, ia berada dalam lingkungan USD 6,300 hingga USD 6,700, menunjukkan tahap kestabilan tertinggi dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Namun ketidakstabilan ini tetap melahirkan kebimbangan bahawa fenomena Bitcoin ini tidak lain hanya seperti buih yang akan pecah pada bila-bila masa. Ketidakstabilan harga Bitcoin ini juga menumbuhkan minat kepada mata wang kripto alternatif yang lain seperti ethereum, litecoin dan XRP.

2. Risiko penggodaman terhadap sistem

Setakat kajian ini dilakukan, kes kecurian terbesar melibatkan bitcoin berlaku pada tahun 2014, apabila pusat dagangan terbesar ketika itu Mt. Gox telah kehilangan sejumlah 850000 bitcoin akibat penggodaman terhadap sistem komputer mereka, dengan nilai kerugian ketika itu berjumlah USD 480 Juta.

Sementara untuk kes terkini pula melibatkan Youbit, sebuah pusat dagangan bitcoin di Korea Selatan yang telah jatuh muflis pada Disember 2017 setelah hampir 4000 bitcoin milik para pelabur dicuri dalam satu siri serangan siber.

Sehingga kajian ini dilakukan, dianggarkan kira-kira 980 000 Bitcoin telah dicuri daripada bursa, dengan kerugian dianggarkan USD 15 Bilion menurut nilai semasa.

3. Dieksploitasi oleh penjenayah untuk kegiatan penggubahan wang haram dan mendanai aktiviti keganasan

Pada Januari 2017, Pusat Pelaporan dan Analisis Transaksi Keuangan (PPATK) yang merupakan satu agensi anti penggubahan wang haram Indonesia melaporkan bahawa Bahrun Naim, salah seorang penyokong Daesh menggunakan bitcoin untuk mendanai aktiviti keganasan kumpulan militan itu di Syria.

Sementara itu pada Disember 2017, sebuah mahkamah persekutuan di New York, Amerika Syarikat (AS) telah mendakwa Zoobia Shahnaz, seorang wanita warga AS kelahiran Pakistan atas tuduhan mendanai aktiviti pengganas Daesh menggunakan saluran bitcoin dan lain-lain mata wang kripto melibatkan dana berjumlah USD 85000.

Jabatan Keadilan (Department of Justice) (AS) dalam kenyataan sama menambah bahawa pertuduhan tersebut masih lagi di peringkat siasatan dan tertuduh belum bersalah selagi belum terbukti.

Namun disebalik kes-kes yang dilaporkan, beberapa pakar masih enggan membuat kesimpulan bahawa mata wang kripto sememangnya satu ancaman secara mutlak dari sudut membantu aktiviti keganasan.

Sebagai contoh, David Carlisle, seorang konsultan bagi Royal United Services Institute (RUSI) yang merupakan badan pemikir bebas tertua dunia dalam bidang pertahanan dan keselamatan antarabangsa menyebut bahawa masih belum jelas samada mata wang kripto akan menjadi sumber dana utama bagi aktiviti pengganas. Bahkan tanpa mata wang kripto sekalipun, mereka telahpun mempunyai banyak sumber kewangan lain yang tidak putus-putus.

Tambah beliau lagi, tanggapan bahawa mata wang kripto adalah satu ancaman besar dari sudut keselamatan memberi gambaran seolah-olah sistem kewangan konvensional sedia ada tidak mempunyai risiko dieksploit ke arah mendanai aktiviti keganasan.

4.  Kemunculan skim-skim pelaburan palsu berasaskan bitcoin dan mata wang kripto

Terdapat banyak skim pelaburan palsu yang menggunakan bitcoin sebagai tarikan kepada pelabur yang telah muncul selaras dengan perkembangan mata wang kripto tersebut sama ada di peringkat nasional mahupun global.

Antara contoh syarikat tersebut ialah Bitkingdom, Ethtrade Malaysia dan Ethtrade Limited, yang berdaftar di Hong Kong, dan syarikat-starikat ini telah tersenarai di dalam Bank Negara Financial Consumer Alert pada 23 Jun 2017.

Pandangan Badan Fatwa dan Sarjana Islam Berkenaan Bitcoin

Secara umumnya, para cendekiawan Islam telah berbeza kepada 3 pandangan dalam menentukan hukum bagi bitcoin ini sepertimana yang berikut:

1.  Pandangan Yang Mengharamkan

Terdapat badan fatwa dan sarjana Islam yang mengharamkan penggunaan bitcoin ini antaranya ialah:

i.  Darul Iftaa’ Misriyyah (Majlis Fatwa Mesir) [66]

Keterlibatan dalam urusan bitcoin adalah tidak dibolehkan dari sudut syarak kerana risikonya yang terlalu besar terhadap individu dan negara. Menurut Mufti Republik Mesir Syeikh Shauqi ‘Allam, bitcoin diharamkan berdasarkan kepada alasan-alasan yang berikut:

(a) Bitcoin tidak menepati syarat untuk diiktiraf sebagai mata wang.

(b) Ia mempunyai unsur jahalah, gharar dan manipulasi yang amat sukar dikawal.

(c) Ia tidak mempunyai nilai sandaran dan tidak dikawal selia mana-mana pihak berautoriti.

(d) Pengeluaran mata wang adalah hak mutlak pemerintah dan institusi kewangan rasmi sesebuah negara.

(e) Ia juga boleh menjadi saluran untuk kegiatan-kegiatan haram dan melanggar undang-undang seperti mendanai aktiviti pengganas (Daesh), penggubahan wang haram dan mengelak daripada membayar cukai (tax evasion).

(f) Ia adalah pelaburan yang berisiko tinggi dan boleh menyebabkan kerugian menyeluruh terhadap pelabur, serta pelabur juga tidak disediakan sebarang ganti rugi atas kerugian tersebut.

ii.  Syeikh Ali Qaradaghi (Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia)

Dalam satu temu bual dengan Aljazeera Mubasher Channel yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Aljazeera Mubasher Channel pada 4 Januari 2018, beliau menyatakan bahawa beliau masih belum berbuat sebarang ketetapan akan hukum bitcoin kerana faktor kesamaran yang masih menyelubungi isu ini dan keperluan untuk meneliti lebih lanjut sudut positif dan negatif mata wang digital ini. Beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang mengharuskan atau mengharamkan Bitcoin secara mutlak, dan beliau menggesa agar para ulama dan pakar ekonomi mengadakan satu pertemuan khas bagi mencapai satu kata sepakat berkenaan isu ini.

Sistem pengeluaran dan transaksi bitcoin dalam bentuk yang ada pada masa sekarang adalah tidak syar’ie, kerana ia amat terdedah kepada kegiatan-kegiatan haram dan salah guna oleh pihak tertentu, seperti penggubahan wang haram serta menggugat integriti sistem kewangan negara.

Tambah beliau lagi, kebanyakan mata wang kripto yang ada pada masa sekarang tidak menepati syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk sesuatu itu diiktiraf sebagai mata wang:

  • Medium pertukaran (medium of exchange)
  • Penyimpanan nilai (mahkzunan lil tsarwah atau store of value)
  • Ukuran kestabilan (Miqyas lil Qiyam)
  • Ukuran penerimaan umum (Mi’yar li Tadawul)


Menurutnya lagi, bitcoin boleh menjadi harus jika sekiranya penambahbaikan dilakukan terhadapnya dan ditetapkan beberapa dhawabit (parameter) dalam pelaksanaannya. Antara cadangan beliau adalah supaya kerajaan mengiktirafnya dan menjadikannya sebagai mata wang alternatif kepada mata wang sedia ada bagi melindungi para pelabur daripada sebarang kerugian, dan agar kerajaan boleh mengawal selia segala aktiviti berkaitan.

Beliau juga menasihatkan agar umat Islam mengelakkan penglibatan dengan bitcoin buat masa sekarang kerana risikonya yang terlalu besar. Bagi umat Islam yang telah terlibat dengan urusan bitcoin, mereka diminta agar segera menjualkannya, dan mereka berhak menyimpan nilai modal sewaktu membeli bitcoin dan menyedekahkan hasil keuntungan pelaburan bitcoin tersebut (capital gain) kepada mana-mana pihak yang memerlukan.

iii.  Wifaq al-‘Ulama (United Kingdom)

Menurut badan ini, bitcoin adalah tidak dibenarkan atas beberapa faktor, iaitu harganya di pasaran yang sangat tidak stabil, serta kaedah penempaan bitcoin (mining) yang mempunyai unsur perjudian.

iv.  Dr. Ahmad Sufyan Che Abdullah

Beliau secara peribadi menyatakan bitcoin dilihat satu alat baru yang tidak dapat dipastikan identitinya secara khusus sama ada ia berbentuk mata wang atau sebaliknya. Namun, dalam masa yang sama tidak dinafikan terdapat beberapa isu syariah terhadap mata wang ini seperti kadar spekulasi yang tinggi, mudah berlaku penyelewangan dan penipuan, tiada sandaran, tiada kawalan daripada pihak berautoriti dan sebagainya. Oleh itu, disebabkan faktor-faktor tersebut, beliau berpandangan bitcoin tidak diharuskan bagi menjaga kepentingan masyarakat awam.

2. Pandangan Yang Mengharuskan

Sebahagian sarjana lain pula mengharuskan penggunaan mata wang ini antaranya:

a. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar (Pengerusi Eksekufti Amanie Advisors) dan Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah BNM dan Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah SC)

Dalam satu pembentangan dalam program ‘Cryptocurrency, Blockchain & Distributed Ledger Technology: Synergizing Technology & Shariah’ di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 29 November 2017, beliau menyimpulkan bahawa Bitcoin adalah patuh syariah, namun depan mata wang kripto tersebut masih lagi tidak jelas. Beliau berpandangan pelaburan dalam Bitcoin adalah harus, dan keuntungan yang diperoleh dikenakan zakat. (yang main bitcoin wajib bayar zakat jika korang kata bitcoin itu harus dengan berpegang kepada pandangan ini)

Beliau telah menolak hujah kalangan yang tidak bersetuju dengan Bitcoin bahawa ia mempunyai elemen gharar (ketidakpastian / ketidakjelasan) kerana nilai yang sangat tidak stabil dan kemungkinan sistem mata wang digital itu sendiri akan runtuh (collapse) pada bila-bila masa.

Beliau berkata risiko (khatar), tidak mempunyai kesan ke atas hukum sesuatu perkara, dan ia harus dibezakan dengan gharar yang memberi kesan ke atas hukum. Risiko adalah perkara yang normal dalam setiap perkara sama ada pelaburan, perniagaan dan apa jua bidang.

Volatility bitcoin pula tidak boleh dijadikan ‘illah kepada pengharaman bitcoin dan ia tidak memainkan peranan dalam menentukan status Sharia-compliancy sesuatu perkara. Beliau memberi contoh emas, yang mana nilainya adalah sangat tidak stabil, namun ia tidak bermakna jual belinya perlu diharamkan. Langkah yang perlu diambil adalah memperkenalkan peraturan dan regulasi untuk mengawal kestabilan nilai dan mengurus transaksinya. Hal yang sama juga harus diperkenalkan untuk bitcoin.

Dalam satu artikelnya yang lain, beliau sekali lagi menegaskan bahawa mata wang kripto adalah patuh syariah dan memenuhi semua syarat mata wang yang digariskan, serta menyatakan naik turunnya nilai mata wang adalah perkara biasa yang ditentukan oleh aspek pasaran dan kepercayaan pengguna. Selain itu, beliau juga menulis bahawa mata wang ini sekurang-kurangnya boleh menjadi mata wang yang sah kepada mereka yang percaya kepada nilaiannya. Berkenaan risiko penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan bitcoin pula, beliau menjawab bahawa wang kertas juga terdedah kepada aktiviti pelanggaran undang-undang sebelum beberapa peraturan dan regulasi diperkenalkan bagi menangani masalah tersebut. Beliau percaya minda manusia akan mampu mengawal selia urusan kewangan berasaskan teknologi ini.[71]

b.  Dr. Zaharuddin Abd Rahman (CEO Elzar Shariah Advisory Sdn Bhd)

Dalam rancangan Bismillah Ad-Duha yang disiarkan Astro Oasis pada 23 Disember 2017 lalu, Dr. Zaharuddin telah menyebut beberapa perkara penting berkenaan isu ini. Beliau mengakui telah mencuba sendiri bitcoin ini bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang mata wang kripto ini.

Menurutnya lagi, elemen gharar tidak ditemui pada peringkat penciptaan dan penghasilan bitcoin itu sendiri, tapi ditemui sewaktu peringkat transaksi di bursa (exchange) di mana kita tidak boleh benar-benar memastikan transaksi itu benar-benar telah berlaku tanpa sebarang penipuan.

Seteleh melakukan penelitian, beliau mengatakan bitcoin boleh digunakan dalam urusan jual beli kerana ia menepati ciri-ciri mata wang yang digariskan oleh Islam, namun ia bukanlah satu legal tender iaitu mata wang yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara.

Beliau juga mengharuskan menyimpan Bitcoin sekadar untuk menyimpan nilai dan melawan inflasi, dan untuk dijual semula apabila memerlukan wang tunai pada masa hadapan, dan tidak harus disimpan sebagai satu bentuk pelaburan.

Beliau mengingatkan bagi sesiapa yang telah melibatkan diri dengan Bitcoin untuk membayar zakat simpanan apabila cukup haul, selain larangan daripada memperdagangkan Bitcoin kerana ia adalah satu bentuk mata wang yang dilarang daripada diperdagangkan dalam Islam.

Beliau turut menambah kepentingan kajian yang mendalam bagi sesiapa yang ingin melibatkan diri dengan bitcoin atau mana-mana mata wang kripto agar tidak terjebak dengan skim penipuan yang banyak muncul sejak akhir-akhir ini. Akhirnya beliau juga menjangkakan bitcoin akan menjadi lebih stabil pada masa akan datang.

c.  Mufti Muhammad Abu-Bakar

Berdasarkan kajian yang beliau lakukan bertajuk Shariah Analysis of Bitcoin, Cryptocurrency, and Blockchain, beliau cenderung untuk mengharuskan bitcoin dengan beberapa syarat:

Bitcoin hanya diharuskan di negara-negara yang tidak melarang transaksi bitcoin. Adapun jika undang-undang negara tersebut melarang, maka ia turut dilarang daripada sudut syariah.
Bitcoin haruslah dijual beli / digunakan sebagai satu mata wang menurut tujuan asal ia dicipta, dan bukannya sebagai satu aset pelaburan.
Beliau turut menasihatkan pengguna agar berhati-hati dengan sebarang skim penipuan yang cuba memperdaya pengguna dengan menjanjikan keuntungan berlipat ganda atas nama pelaburan bitcoin, serta risiko kerugian yang bakal dihadapi memandangkan ketidakstabilan nilainya di pasaran.

3.  Tawaqquf (belum memberi pandangan secara rasmi)

Terdapat juga pandangan ulama yang bersifat tawaqquf iaitu masih lagi belum memberikan ketetapan pada permasalahan kerana ingin mendapat gambaran yang lebih luas dan menyeluruh antaranya:

International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)
Dalam satu kertas kerja yang dibentangkan oleh Dr. Marjan Muhammad [75] di Persidangan Meja Bulat Mata Wang Kripto dan Sistem Kewangan Digital di Dewan Besar IKIM (28 Februari 2018), dikemukakan beberapa pandangan badan fatwa dan sarjana berkenaan isu bitcoin ini. Namun ISRA tidak melakukan sebarang pentarjihan ke atas mana-mana pendapat.[76]


Kesimpulan:


hukum bitcoin
sumber : google images


Mufti Wilayah menyimpulkan bahawa ada beberapa sebab Bitcoin ini haram buat masa ini:

1. Nilai yang tidak stabil.

Didapati mata wang ini tidak menepati ciri-ciri mata wang yang ditetapkan dalam Islam apabila ia tidak mampu menyimpan nilai secara konsisten. Meskipun masyarakat umum boleh menerimanya sebagai mata wang namun ketidakstabilan nilai pada mata wang ini boleh mengundang kemudaratan kepada pengguna pada masa akan datang.

2. Tidak diselia oleh badan yang berautoriti

Ketiadaan badan berautoriti yang mengawal selia mata wang ini juga boleh mengundang pelbagai perkara negatif seterusnya mampu mengganggu-gugat sistem mata wang rasmi dalam sesebuah negara.

3. Bitcoin sebagai aset pelaburan bukan mata wang alternatif

Berdasarkan pemerhatian terhadap amalan semasa, bitcoin lebih dilihat sebagai satu aset pelaburan, dan ia tidak menepati tujuan asal penciptaan bitcoin itu sendiri, iaitu sebagai mata wang alternatif kepada sistem mata wang fiat yang sedia ada.

4. Perlu ada sekatan kerana ada kemudharatan

Justeru, tindakan menyekat penggunaan mata wang ini adalah wajar berdasarkan kepada kaedah Sadd al-Zarai’ (menutup jalan yang boleh membawa kepada kemudaratan) agar ia tidak berlegar di kalangan masyarakat umum. Sesuatu yang asalnya harus boleh dicegah apabila ia ternyata boleh membawa kemudaratan yang lebih besar.

Pemerintah dan badan berautoriti juga berhak untuk menghalang sebarang transaksi bitcoin ini demi memelihara maslahah masyarakat umum. Perkara ini bertepatan dengan kaedah fiqh yang menyebut:

تَصَرُّفُ الْإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوطٌ بِالْمَصْلَحَةِ

Maksudnya: Tindakan seseorang pemerintah ke atas rakyat adalah berdasarkan kepada maslahah.

Tidak patuh syariah

Maka mata wang bitcoin dalam bentuk yang ada pada masa sekarang adalah tidak syar’iy kerana ia tidak menepati sepenuhnya ciri-ciri mata wang yang digariskan oleh Islam, dan ia mampu memberikan pelbagai ancaman terhadap kemaslahatan umum.

Hukum Boleh Berubah dari Haram kepada Harus Jika...

Namun begitu, hukum ini boleh berubah jika penambahbaikan dilakukan terhadap bitcoin samada dari sudut pengeluaran, pengawalan harga, sistem keselamatan di bursa dan regulasi untuk mengelakkannya daripada diekploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan hujahan ini juga, Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah memutuskan bahawa Bitcoin yang terdapat pada masa sekarang tidak menepati ciri-ciri mata wang yang telah ditetapkan oleh Islam, diputuskan bahawa Bitcoin mampu mengundang pelbagai kemudaratan terhadap sistem kewangan sesebuah negara. Oleh kerana itu, penggunaan Bitcoin yang ada pada masakini sebagai satu mata wang adalah dilarang bagi memelihara kemaslahatan umum.

Secara ringkas je ni... Bacaan Penuh dengan penjelasan yang padat dan teliti.. boleh baca di link ini:

http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/2773-bayan-linnas-153-hukum-penggunaan-mata-wang-bitcoin

Jangan malas baca.

Bagi yang hentam mufti... mohon istighfar bebanyak ye... sebab punya lama buat kajian dan selidik nak cari bukti dan dalil sebelum keluarkan artikel ni.

Tapi ada yang mengharuskan... Korang nak ikut yang tu... silakan... Tapi macam dalam artikel di atas... hasilnya wajib bayar zakat bila cukup haul dan nisab.

Jadi, jelas dan terjawab lah persoalan sebelum ni...

Jadi, korang nak join ke tidak...

Tepuk dada tanya iman...

Nak jadi kaya memang mudah... tapi fikirkan juga halal haramnya... sebab akan jadi darah daging kita... dan kesannya turut kena pada ibadah kita...

Fikir-fikirkan...