GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Salah Ke Reward Diri Dengan Pakaian Yang Mahal dan Barang Branded?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Salah Ke Reward Diri Dengan Pakaian Yang Mahal dan Branded? | Trend hidup sekarang, menayang kemewahan. Tapi bila ditegur katanya dengki pula... Hmmm...


Ada juga kata.. salah ke saya pakai pakaian dan barang mahal...Itukan reward diri saya sebab saya dah berjaya dalam bisnes saya... Salahkah?
Hmm... Ya kan... Salah ke...

Betul juga tu.. dia nak reward diri dia dengan pakaian dan barang mahal. sebab sebelum ni dia takde duit, jadi bila ada duit, salah ke dia reward diri dengan pakaian dan barang mahal?

Hmm... Ini jawapannya, MF nak kongsikan buat pembaca blog MF ni...


Sumber : Google images


Salah Ke Reward Diri Dengan Pakaian Yang Mahal dan Barang Branded? Persoalan yang kadangkala menyesak minda.

Hukum memakai pakaian yang cantik dan mahal

Hukum memakai pakaian yang cantik dan mahal adalah harus jika berkemampuan. Hammad bin Abi Hanifah pernah berkata bahawa Abu Hanifah suka memakai pakaian yang mahal dan indah kerana menzahirkan nikmat Allah ke atasnya dan memuliakan ilmu yang dimilikinya. (Lihat Istilah-istilah Fiqah dan Usul Empat Mazhab, hlm. 17)

Hal ini bertepatan dengan sebuah hadis Nabi SAW yang menasihatkan sahabatnya yang kaya seraya bersabda:

فَإِذَا آتَاكَ اللَّهُ مَالاً فَلْيُرَ أَثَرُ نِعْمَةِ اللهِ عَلَيْكَ ، وَكَرَامَتِهِ

Maksudnya: Jika Allah mengurniakan kepada kamu harta, maka perlihatlah kesan nikmat Allah ke atas kamu dan kemuliaannya. [Riwayat Abu Daud (4063)]

Berkenaan dengan selekeh dan tidak terurus diri adalah suatu keadaan yang tidak baik dan elok. Sepatutnya seseorang itu mampu menguruskan dirinya agar dilihat dalam keadaan yang baik dan sempurna penampilannya.

Daripada Jabir bin Abdillah R.A, beliau berkata:

أَتَانَا رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم فَرَأَى رَجُلاً شَعِثًا قَدْ تَفَرَّقَ شَعْرُهُ فَقَالَ : أَمَا كَانَ يَجِدُ هَذَا مَا يُسَكِّنُ بِهِ شَعْرَهُ ، وَرَأَى رَجُلاً آخَرَ وَعَلْيِهِ ثِيَابٌ وَسِخَةٌ ، فَقَالَ أَمَا كَانَ هَذَا يَجِدُ مَاءً يَغْسِلُ بِهِ ثَوْبَهُ

Maksudnya: Rasulullah SAW telah datang kepada kami, lalu Baginda melihat seorang lelaki yang tidak terurus di mana rambut kepalanya dibiarkan berterbangan lantas sabda Nabi SAW: “Tidakkah dia mendapat sesuatu yang boleh dia menguruskan rambutnya?” Kemudian Baginda melihat seorang lelaki yang lain dengan pakaian yang kotor lalu Baginda SAW bersabda: “Apakah orang itu tidak mendapati air untuk dia basuh pakaiannya?”

Riwayat Abu Daud (4062)

Pakai Barangan Branded dan Mahal

4 Syarat Nak Pakai Barangan Branded dan Mahal

Walaupun begitu, kami berpendapat pakaian yang mahal dan cantik boleh dipakai dengan beberapa dawabit atau garis panduan yang perlu difahami dan diikuti. Antaranya:

1. Bukan pakaian yang diharamkan terhadap orang lelaki seperti sutera. 

Rasulullah SAW bersabda:
لَا تَلْبَسُوا الْحَرِيرَ وَلَا الدِّيبَاجَ

Maksudnya: “Jangan kamu pakai sutera dan sutera dibaj”
Riwayat al-Bukhari (5426) dan Muslim (5521)

2. Jangan sampai kepada tahap membazir. 

Hal ini berdasarkan nas Ilahi:
وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا ﴿٢٦﴾ إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya: “Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” Surah al-Isra’ (26-27)

3. Bukan pakaian yang boleh membawa kepada sifat takabbur. 

Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ لَبِسَ ثَوْبَ شُهْرَةٍ فِي الدُّنْيَا أَلْبَسَهُ اللَّهُ ثَوْبَ مَذَلَّةٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Sesiapa yang memakai pakaian yang melambangkan kemasyhuran, nescaya Allah SWT akan memakaikannya pakaian kehinaan di hari kiamat.”
Riwayat Ahmad (5664), Abu Daud (4029),
al-Nasaie (9487) dan Ibn Majah (3607)

Pernah terjadi, seorang lelaki bertanya kepada Ibn Umar R.Anhuma, katanya: “Pakaian yang bagaimana boleh aku pakai?” Jawabnya: “Pakaian yang bukan menjadi kebanggaan orang-orang jahat dan tidak dicela jika kamu memakainya oleh ulama dan bijaksana.”

4. Janganlah pakaian tersebut menyerupai pakaian acara agama lain. 

Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Umar RA katanya:
رَأَى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَلَىَّ ثَوْبَيْنِ مُعَصْفَرَيْنِ فَقَالَ : إِنَّ هَذِهِ مِنْ ثِيَابِ الْكُفَّارِ فَلاَ تَلْبَسْهَا

Maksudnya: “Rasulullah SAW pernah melihatku memakai dua helai pakaian yang dicelup (bersifat menghampiri pakaian orang bukan Islam), lalu Baginda SAW berkata: Sesungguhnya pakaian serupa ini adalah pakaian orang-orang kafir, maka janganlah kamu memakainya.


Pendapat Mufti Wilayah Tentang Isu Ini

Kami berpendapat dari sudut fiqh aulawiyyat juga perlu diambil kira di saat mereka yang memerlukan bantuan lebih banyak lagi, maka mengelakkan dari memakai pakaian seumpama tersebut adalah lebih utama.

Jelas kan... Memang tak salah... tak berdosa pun... Tapi saat kita seronok merai dan menikmati rezeki dari Allah, sebaiknya kita utamakan sahabat dan rakan kita yang berkemampuan.

Kita ni sebelum kaya, kata "bila aku kaya nanti, aku nak tolong orang miskin dan kurang bernasib baik"

Tapi bila dah kaya... Pengemis pun dihalau macam kucing kurap...

Itu realitinya...


Bak kata Mufti, tak salah nak tayang, cuma takut apa yang kita exposed boleh mengundang cemburu dan dengki kepada orang lain... Kita tak tau, kalau dalam friendlist kita tu, ntah-ntah menyamun ke penyangak kan... Jadi, jangan salah orang jahat kalau kita sendiri yang mengundang orang jahat tu kepada kita...


MF cuma berkongsi dan berpesan kepada diri sendiri dan semua...

8تعليقات

  1. Tidak salah untuk memberi ganjaran pada diri sendiri bila ada rezeki dan mampu..yang kurang tepat bila disebarkan secara terbuka sukarela..lebih baik orang tahu dan nampak sendiri kita ada,pakai dan mampu tanpa kita warwarkan takut menjadi riak pada diri dan menyebabkan iri hati pada orang lain.Kerana penerimaan orang berbeza-beza pasa satu-satu hal.

    ردحذف
  2. betul. tapi tak mampu lah pakaian branded kan. sekadar self reward makan2 je. hehe

    ردحذف
  3. salam kenalan. hebat blog awak ini......

    www.oohsenyum.com

    ردحذف
  4. Terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini MF.. In shaa Allah LZ akan sentiasa beringat..

    ردحذف
  5. nombor tiga tu kadang2 sukar dikawal. sebab soal di dalam hati.
    apa2 pun kita baik sangka saja.. sambil berangan ok aku pulak nak beli lepas ni ngeh3..

    ردحذف
  6. Tak salah nak reward diri sendiri tapi make sure guna duit sendiri, jangan sibuk nak show off, and jangan lebih-lebih

    Tapi kalau saya biasa reward diri dengan makanan je 😁

    ردحذف
  7. Saya setuju dengan syarat pakai baju mahal nombor 3. Kalau dah sampai tahap sombong, memang sia-sialah reward diri pakai mahal dan branded.

    ردحذف
  8. Ikut kemampuan kita. Susah jugak kalau ada manusia dengki ni. Show off biasa pun dah dikata riak. Macam macam kan.

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ