Hukum Memakai Inai Berwarna-warni!

Maria Firdz
21
Hukum Memakai Inai Berwarna-warni! | Naik sekolah je, lepas raya... makin meriah tengok tangan anak-anak murid ni... pakai inai penuh dijari... dan ada yang bercorak... padahal tu dah langgar peraturan sekolah... kalau ikutkan sesetengah sekolah memang langsung tak benarkan pakai inai... 

Inai boleh dipakai tapi jangan lukis atau corakkan... tapi ssatu hari, aku tengok, inai warna pink dan ada yang warna oren pelik... aik... inai ke ni>>??? macam pewarna aje... sekali dia kata inai... aku tanya balik... halal ke??? diam terus... jadi apa hukum pakai inai warna warni ni...

Hukum Memakai Inai Berwarna-warni!
Sumber: google images

Jika dulu inai hanya terdapat di dalam warna oren kemerahan iaitu warna semulajadi daun inai, namun hari ini terdapat pelbagai warna seperti hitam, merah terang dan merah jambu di pasaran. Menerusi entri ini, bolehkah kita memakai warna inai kuku seperti warna cat kuku yang biasa dipakai oleh orang kafir?

Inai halal dipakai oleh wanita

Tidak ada salahnya anda mengenakan inai pada kuku selagi bahan-bahan dalam pembuatan inai bertepatan dengan syarak halal. Biasanya, inai terdiri daripada daun inai dan beberapa campuran lain semulajadi. Kemunculan inai segera pelbagai warna yang kini mudah didapati di kebanyakan pasaraya menjadikan inai buatan sendiri semakin ketinggalan.


Sebenarnya, hukum memakai inai bagi wanita adalah harus tetapi jika warna inai adalah selain dari warna oren kekuningan, kebanyakan ulama mengharamkannya. Seperti kata Ibn Umar ra: “Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami).

Hukum pakai inai

Ada juga ulama berpendapat wanita boleh mengenakan inai kuku warna apa sekali pun malah Nabi menyuruh memakai inai. Dari Aisyah ra,       “Nabi melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, apakah ini tangan lelaki atau perempuan, maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi pun bersabda,” jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dgn inai).” (Abu Daud, 4166) dan anNasa’iy (5092).

Namun, pemakaian inai biarlah bersebab seperti untuk menyembuhkan sakit kuku atau tujuan majlis perkahwinan. Akan tetapi, berdosa jika niat hanya mahu menayang dari segi kecantikan seperti mengukir mengikut dalam upacara keagamaan hindu.

Mudah saja untuk memakai inai yang dibenarkan. Pastikan inai yang anda pakai atau beli boleh telap air. Jika inai yang dipakai terdiri daripada daun inai, za'faran, kunyit, daun teh, perahan limau dan sebagainya maka ia adalah sah. Jika kandungan inai mempunyai bahan seperti minyak maka ia adalah haram. Wallahualam!
Sumber: Karangkraf

Pakailah inai yang original... selamat dan halal... baunya pun wangi dan warnanya cantik serta tahan lama... 

Catat Ulasan

21Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. hmpr nk beli aritu tp bla fikir semula... mls la plak hehee

    BalasPadam
  2. salam. sy tak gemar berinai :))

    btw nice sharing sis :))

    BalasPadam
  3. Ouh...sally tak tau pun kak...ingatkan boleh je pakai...sally pun tak minat sangat benda-benda mcm ni...

    BalasPadam
  4. terima kasih atas perkongsian bermanafaat ini

    BalasPadam
  5. first time dgr inai mcm2 colour..hehe ketinggalan saya rupanya..tp pakai inai yg ori lg byk khasiatnya.. selain menjaga kecantikan kuku juga..

    BalasPadam
  6. Lama dh x pki inai...kita pon x ajar anak2 pki inai...aritu ada org share kt fb pki inai tiruan..yg letak sabun axion...kuku jd mengelupas...takut tgk..

    BalasPadam
  7. tak suka sngt pakai inai ni. nmpak mcm kurang bersih. keke

    BalasPadam
  8. dulu masa nak kahwin ada hati nak ukir inai
    pastu mak marah, kata berdosa ikut agama lain
    ikut aje cakap mak =)

    BalasPadam
  9. eh dah macam pewarna kuku je kan kalo warna warni ni cuma dia guna nama inai untuk menghalalkannya..

    BalasPadam
  10. dulu suka sangat pakai inai..sekarang dah kurang,.nak tunggu kahwin nnti bru rajin pakai kot.hehe

    BalasPadam
  11. Kita suka pakai inai..macam sihat je kuku...

    BalasPadam
  12. Malas nak berinai.
    Kalau bawak tido inai yang basah tu confirm kene muka.
    Warna2 kuku ni lagi lah x berkenan.
    Hitam dah jadi Gothic - berdosa pulak tu.

    BalasPadam
  13. Dah lama tau x boleh ukir2 ni sebab ikut agama Hindu..tapi napelah ramai yang buat jugak.
    Kat tv dah banyak kali dibincangkan kott..

    BalasPadam
  14. betul tuj..seeloknya pakai inai yg ori

    BalasPadam
  15. harap perkongsian ni dapat dimanfaatkan

    BalasPadam
  16. Saya kalau pakai inai daun tu,, asyik nak sumbat jari dlm hidung je sbb suka bau wangi tu, hahaha

    BalasPadam
  17. saya suka pakai inai jugak tapi sejak jadi mak2 ni dah jarang pakai. suka inai daun dari inai bekas tu

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !