Type Here to Get Search Results !

Beli Buku dan al-Quran Online di IMAN Shoppe

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Beli Buku dan al-Quran Online di IMAN Shoppe | Membaca al-Quran satu amalan sunat yang sepatutnya jadi rutin bagi kita umat Islam. Sebab banyak kelebihannya bila baca al-Quran. Bila dah jadi rutin, akan rasa tak best bila tak baca. 

Dari baca al-Quran biasa, kita upgrade pula baca al-Quran dan terjemahan. 
Kemudian, baca pula al-Quran dengan tajwid kan… Barulah ada kemajuan sebagai umat Islam tu. 

Namun, kadang-kadang mood kita nak baca al-Quran tu turun naik juga. Macam MF ni lah… Pernah juga rasa takde mood… biasalah nafsu dan syaitan tu sentiasa berlumba nak hasut kita kan. 

Cara untuk konsisten baca al-Quran setiap hari

Setelah difikirkan MF cari jalan untuk kekalkan mood yang positif untuk baca al-Quran. 

Terfikir nak beli al-Quran dan terjemahan baru… Sebab MF masih menggunakan al-Quran dan terjemahan yang MF beli masa belajar di universiti dulu. 

Al-Quran dan terjemahan tu memang style lama… Warna kertas pun dah naik kuning… Biasa saja… 10 tahun lalu takde lagi al-Quran berwarna warni… 

Jadi, memang terfikir nak beli al-Quran online… 

Dah niat tu ada dah… Nak buat survey tu yang ambil masa… 

Puas juga cari kat Shopee, Lazada… cari kat Google kedai buku online yang jual al-Quran dan terjemahan.

Bukan takde tapi banyak sangat nak pilih kalau kat Shopee Lazada tu… 
Beli Buku dan al-Quran Online di IMAN Shoppe


Kedai buku online

Akhirnya MF jumpa satu kedai buku online, IMAN Shoppe
Nama dah seakan-akan shopee pula tu… hehe… 

MF pun beleklah buku-buku kat situ… 
Yang bestnya, paparan muka depan ni dah menunjukkan apa yang MF cari… 
Terang-terang kat depan tu icon al-Quran. 

Beli Buku dan al-Quran Online di IMAN Shoppe


Teruslah survey pelbagai jenis al-Quran yang kat kedai buku online IMAN Shoppe ni. 

Harga murah, pilihan banyak dengan pelbagai saiz. 
Dua tiga hari juga belek… Bukan mudah nak beli buku online ni…. Sebabnya rambang mata. 

Selepas pilih punya pilih, MF berkenan dengan al-Quran dan terjemahan bersaiz A6 berwarna hijau mint. 

Tengok review dan screenshot paparan dalaman dia tu nampak menarik sangat. Memang ciri-ciri al-Quran dan terjemahan yang MF cari. 

Apakah ciri-ciri tu?
  • al-Quran dengan Rasm Uthmani
  • Ada terjemahan bahasa Melayu
  • Ada tajwid berwarna
  • Ada asbabun nuzul (penting untuk MF kongsi dengan murid MF dalam kelas)
  • Ada wakaf ibtida’ 
  • Yang penting ada cop rasmi dari KPDNKK. 
Beli Buku dan al-Quran Online di IMAN Shoppe


Tanpa fikir lagi teruslah add to cart. 
Tapi tak terus checkout, cari lagi buku untuk anak-anak pula… 
Typical mak-mak kan… sebab lama tak belanja buku untuk budak-budak tu… 

So, MF jumpa pula buku yang MF rasa menarik untuk anak-anak baca. 

Dah puas hati terus je checkout dan bayar online saja. 
Dalam masa sehari je, buku yang dipesan terus sampai. Pantas betul… 

Bila dapat barang online, kita excited kan… MF pun camtu.. Balik dari kerja, suami kata ada barang. Tahu dah, mesti al-Quran dari IMAN Shoppe ni… 

Tekaan betul… Tak sabar nak buka tengok. 
Alhamdulillah… memang puas hati betul. Comel je al-Qurannya, senang nak bawa ke mana-mana… ringan… Tapi tulisan al-Quran masih jelas dan besar ye… Yang kecik tu tulisan terjemahannya. Jadi, masih boleh baca dengan jelas. 

Buku untuk anak-anak pula, memang puas hatilah!
Tak salah pilih… 
Beli Buku dan al-Quran Online di IMAN Shoppe


Banyak kisah teladan dari al-Quran, dan hadis… Ada aktiviti juga seperti silang kata, origami dan macam-macam lagilah. Jadi anak-anak tak bosan bila baca buku ni. 

Memang puas hati sangat beli buku kat kedai buku online IMAN Shoppe ni… Memang MF rekomen sangatlah. 

Kat kedai IMAN Shoppe ni bukan ada al-Quran je… ada banyak lagi buku… ikut hati nak beli semua… haha… tapi sabar jap… tunggu bulan depan gaji, nanti kita beli lagi kat sini… Sebab…

Ni MF nak kongsi sebab apa best beli buku kat kedai buku online IMAN Shoppe ni… 

5 Kelebihan Membeli Buku di IMAN Shoppe

IMAN Shoppe merupakan kedai rasmi bagi rumah penerbitan IMAN Publication.
Kelebihan beli buku online di IMAN Shoppe:

1. Koleksi buku Islamik & motivasi dari penerbit tempatan dan antarabangsa.

Memang banyak buku-buku Islamik dan motivasi pelbagai genre dan bahasa dari penerbit tempatan kita dan juga antarabangsa contohnya buku Muqaddam, Iqra’  dan kamus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 

Banyak juga genre buku yang dijual kat kedai IMAN Shoppe ni macam buku kewangan, buku motivasi, buku untuk guru, buku untuk suami isteri dan sebagainya. Banyaklah juga… MF pun tak habis belek lagi tau sebab banyak sangat buku dia. 
Beli Buku dan al-Quran Online di IMAN Shoppe

2. Buku yang dijamin berbaloi dimiliki - sesuai dengan tagline 'Great content matters'

Bila MF dah beli ni, memang MF jamin sangat, berbaloi sangat beli buku kat sini. Memang best… Rasa macam pergi kedai buku secara real… Ralit belek buku-buku kat sini. 

3. Pelbagai promosi & diskaun serta penghantaran percuma

Bila beli online, memang kita sukakan promosi dan diskaun. ITulah yang ditawarkan oleh kedai buku online IMAN Shoppe ni. MF guna kod promosi, dapat diskaun banyak juga… Best sangat. 

4. Kumpul dan tebus mata ganjaran dengan IMAN Rewards. Boleh redeem gift card Shopee, Lazada dan lain-lain. 

Beli Buku dan al-Quran Online di IMAN Shoppe


Yang ni memang berbeza dari kedai buku online lain. Bila beli je, automatik boleh kumpul point. Pastu nanti boleh tebus dengan pelbagai ganjaran lain. Tu yang buatkan nak beli lagi buku lain pula bulan depan. Tak perlu dah nak fikir kat mana nak beli buku untuk anak-anak setiap bulan. Sambil beli, dapat balik ganjaran. Siapa tak nak kan. 

5. Ada sistem affiliate untuk dapat passive income dengan komisen.

Beli Buku dan al-Quran Online di IMAN Shoppe


Yang ni pun best. Sambil korang beli, dapat juga komisen bila korang kongsi link dengan orang lain. Dapat balik income dan ganjaran… 

Memang best lah beli buku kat Online bookstore Malaysia kat IMAN Shoppe ni. 

Korang kena tengok sendiri… 
Cuma MF takut kalau dah masuk website IMAN Shoppe tu dah tak jadi kerja lain. Dok belek buku je kerjanya. Bagi pencinta buku memang kira ketagih la masuk kedai buku online macam ni. 

Buat masa ni kedai IMAN Shoppe ni beroperasi sepenuhnya secara online.. Best juga kalau ada kedai buku secara nyata kan. Boleh bawa anak-anak sekali. Barulah boleh lahirkan generasi yang cintakan buku dan ilmu kan… kan… kan… 

Terima kasih sudi baca entry MF, beli buku dan al-Quran online di IMAN Shoppe.

Sekian, semoga bermanfaat. 



Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


Catat Ulasan

6 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. This is a good online store to know for all Muslims friends to buy Muslims relating books, thanks for recommending from your experience. I'm gonna sharing this with my Malay friends especially. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  2. Fatina pun suka beli buka dari Iman Shoppe. Banyak buku menarik. :)

    BalasPadam
  3. Mesti banyak lagi barang jualan iman. Nak pi jenggah2 shopee. Tq share

    BalasPadam
  4. Tak pernah dengar iman shope ni. Menarik. Best je semua buku dia

    BalasPadam
  5. Menarik ni. Nanti nak survey website. Nak tengok buku yang ada

    BalasPadam
  6. Banyak buku menarik kat website ni..dah lama tak beli buku baru

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Top Post Ad

Below Post Ad