بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Kisah Suami Isteri Kaki Shopping Online | Shopping online dah jadi sebahagian besar dari hidup kita kan sekarang. Nak pula zaman pandemik yang masih belum ada tanda nak berakhir ni.
MF dan suami bukanlah kaki shopping online sebenarnya. Tapi kami jadi pembeli online tegar sejak pindah ke Johor. Masa dok kat KL, tak suka beli online sebab barang senang dapat kan. Dok kat bandar metropolitan kan. Jadi kenapa nak susah-susah beli online.
Tapi, 2016 kami pindah ke Johor, kawasan yang jauh dari bandar. Lebih kurang 30 ke 40 minit perjalanan untuk ke bandar, menjadikan kami pembeli online yang boleh dikatakan tegar juga lah.
Kalau dulu MF je macam selalu membeli, tapi sejak suami pun pandai layan shopee dan dia pun ada buka kedai kat Shopee tu yang makin menjadi-jadi.😂😂😂
Menjadi penjual di Shopee
Lepas dok di Johor, agak susah nak jual barang, jadi MF suruh suami jual barang jualan dia di Shopee...
Memula tak banyak dan akhirnya mencecah 4 angka juga sebulan hasil jualannya.
Tapi memang kena sabar banyaklah sebab jual barang bukan keperluan kan... Jadi, ada peminat tertentu je akan beli. Tapi, sehingga hari ni ada je pelanggan beli walaupun tak banyak. Alhamdulilah.
Jadi pembeli tegar di Shopee
Dah seronok menjual, mesti nak beli juga kan. Itulah yang berlaku pada kami suami isteri.
Akhirnya, suami isteri ini jadi kaki shopping online di Shopee.😂😂😂
Setiap hari ada saja barang yang nak dibeli...
Dari sebesar-besar barang hingga ke sekecil-kecil barang dibeli di Shopee.
Suami jadi kaki Shopee
Tahun 2021, suami MF lebih banyak melabur di Shopee 😂😂😂
Mengikut statistik yang Shopee bagi, memang MF jauh tertinggal lah...
Beza jauh betul.
So, teori yang mengatakan perempuan kaki shopping tu dah tak boleh pakai dah zaman sekarang ni.
Kenapa beli kat Shopee?
Shopee ni satu platform shopping online yang jauh ketinggalan satu masa dulu. MF ingat lagi tahun 2014, MF layan Lazada dan 11Street (sekarang dah tukar nama ke PrestoMall).
Zaman tu MF pernah la install apps Shopee ni kat phone, tapi kejap je. Tak suka apps dia sebab memberatkan phone.. maklumlah smartphone zaman tu 2GB je RAM dia.. 😂😂😂.. lepas Whatsapp je kot.
Lepas pindah Johor 2016 tu MF install semula...
Cuba cari dan explore apps Shopee. Dalam tempoh yang singkat tu Shopee banyak berubah. Dah banyak barang dan banyak pilihan. Dulu banyak barang dari China je...
So, bila dah seronok layan tu itulah yang buatkan Shopee tu melekat sampai sekarang.
Cuma bila sekarang ni ramai guna kan... Kelebihan-kelebihan dulu semakin kurang... Free Shipping voucher dan coins semakin terhad. Jadi, kena bersaing dan berebut untuk guna voucher tu. Tu yang menyebabkan tahun 2021 MF guna balik Lazada.
Apa pun masih guna lagi Shopee sebab situ juga sumber rezeki kami. 😉😉😉
So, kenapa beli kat Shopee?
Jawapannya:
- Sebab banyak pilihan barang dalam dan luar negara
- Harga yang murah
- Senang berurusan
- Patuh syariah - ini mungkin tak ramai tahu. Kat Shopee ada akad jual beli tau... Sesuatu barang yang kita beli penjual tak terima duit terus, sebaliknya dipegang oleh sistem Shopee. Sehinggalah pembeli menekan "Received Order" atau "Terima Pesanan" barulah duit bayaran tu masuk ke akaun Shopee penjual. Kat situ selamatnya beli kat Shopee ni.
Keselamatan semasa shopping online
Selamat ke beli online ni?
Setakat hari ni, Alhamdulilah selamat takde apa yang perlu dirisaukan sebab data bank pun dirahsiakan.
MF masih mengekalkan cara lama iaitu kena topup Shopee wallet secara manual. MF tak guna debit terus, sebab debit begitu buatkan MF rasa tak selamat.
Apa pun untuk keselamatan ketika shopping online ni, boleh baca kat link bawah ni... MF ada tulis di sini:
Kelebihan shopping online
Dulu tak suka shopping online ni... Sekarang dah terlebih suka. Sebenarnya nak kata suka sangat tak juga sebab kadang penat nak tunggu sampai tu.
Apa pun banyak kelebihan shopping online ni. Antaranya:
Mudah
sambil makan, baring, minum boleh membeli belah.
Cepat
Bukan bermaksud cepat sampai, tapi cepat lah kita pilih-pilih masuk cart, bayar dah siap membeli. Tapi kalau MF tak cepat juga sebab nak compare harga tu lambat juga... 😂😂😂 Cumanya tak perlu penat kaki lah cuma penat jari... 😁😁😁
Jimat
Beli online ni jimat banyak masa, tenaga dan kos lain, macam kos minyak, kos parking dan lain-lain. So, sangat jimat. Tambah kalau ada sale banyak potongan dan Cashback boleh dapat.
Sepanjang membeli online ni dah dua kali juga cashout Cashback yang MF dok kumpul. Alhamdulilah boleh guna time terdesak atau hujung bulan tunggu gaji.
Banyak pilihan
Online shopping ni banyak pilihan. Kita boleh bandingkan harga satu barang tapi dari banyak kedai dalam masa yang sama. Kalau kedai biasa, kena jalan-jalan survey banyak kedai.. penat kaki, habis duit minyak dan parking tapi online shopping ni cuma modal data internet dan juga jari yang runcing...😁😁😁
Ok lah.. itulah kelebihan beli online.
Setakat ni rasa senang betul ada online shopping ni.
Selain suami isteri jadi kaki shopping online, kami juga jadi kaki shopping food di FoodPanda 😅😅😅...
Benda dah senang sekarang.. buat apa nak susah kan...
Jadi, nikmati kehidupan seiring dengan perkembangannya...asalkan tak berlebihan dan patuh syariah ....
Disebabkan statistik 2021, suami yang mendahului carta, jadi itu satu peluang untuk MF lebih giat shopping online lepas ni... Dia tak boleh la bebel sebab dia lagi kaki shopping online berbanding bini dia... 😂😂😂
Sekian...
Wow! Tabik laki lagi kak shopping. Hahaa Yeay. tahun ni MF boleh usaha lebih gigih. Hahaha
BalasPadamTerbeli tanpa sengaja: fenomena biasa bila melayan shopee...hehehe...
BalasPadamBeli kt shopee lgi terjamin barangnya utk smpai
BalasPadambetul tu, shopee lagi best dripd apps lain
BalasPadamBanyak betul belanja tu..hahaha..betul2 kaki shopping online ni
BalasPadam