بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
8 Cara Hilangkan Stress dalam Islam, Perkongsian dari Ustaz Wadi Anuar | Stress dan tekanan hidup semua orang akan hadapi. Nak pula dengan akhir zaman sekarang ni kan. Macam-macam perangai orang kan kalau kita tengok di media sosial.
Setiap orang tak dapat lari dari diuji oleh Allah. Dan ujian Allah tu kadang menjadikan kita stress dan tertekan..
Tekanan dan stress ni perlu dirawat sebenarnya kerana dia punca banyak penyakit. Antaranya penyakit darah tinggi, migrain, boleh juga beri kesan pada sistem pencernaan seperti sembelit. Nauzubillah...
Jadi, MF nak kongsikan input penting yang MF dengar dari ceramah Ustaz Wadi Anuar cara untuk hilangkan stress.
Ada 8 cara hilangkan stress dalam Islam yang dikongsikan oleh Ustaz Wadi Anuar. Apa yang dikongsikan oleh Ustaz Wadi Anuar ialah apa yang beliau sendiri amal dan buat.
Jom baca 8 Cara Hilangkan Stress dalam Islam, Perkongsian dari Ustaz Wadi Anuar.
1. Surah al-Baqarah
Amalkan membaca surah al-Baqarah. Jika alami tekanan atau buatan orang, amalkan baca 3 kali sehari selama 3 hari. Amal dengan yakin dan doa moga Allah redakan tekanan yang kita hadapi.
2. Solat
Bagi lelaki, amalkan solat berjemaah selama 40 hari. Bagi perempuan pula, amalkan solat di awal waktu.
3. Baca Yassin
Amalkan baca Yassin setiap hari selama 40 hari pagi dan petang. Bacalah dengan doa moga Allah redakan tekanan yang kita hadapi.
4. Selawat
Amalkan selawat ke atas Nabi s.a.w sebanyak 1000 kali selama 40 hari. Apa-apa selawat boleh diamalkan sama ada selawat yang biasa baca ataupun selawat tafrijiah ke, selawat lazim ke, selawat badriah ke...
5. Sedekah
Amalkan memberi sedekah bila kita berada dalam tekanan. Sedekah ni bukan terhad kepada duit. Bantu orang susah je. Sedekahlah, bagi orang makan ke... Bila stress sedekahlah... Sedekahlah dengan ikhlas, dengan doa dibersihkan rezeki kita dan dapat selesaikan apa jua masalah kita.
6. Istighfar
Istighfarlah bila stress... Kalimah yang mudah, tapi rasa susah nak amalkan. Tak kisah nak istighfar macam mana... Tapi yang penting amalkan. Nabi s.a.w yang tiada dosa 70 kali sehari istighfar. Kita???
7. Taubat
Taubatlah. Bukan sebab kita buat dosa besar. Tapi sebab kita sedar kita hamba berdosa. Taubatlah dengan sebenar-benar taubat. Moga dapat meredakan stress kita.
8. Solat sunat dua rakaat
Menurut perkongsian dan amalan Ustaz Wadi Anuar, bila diuji dengan tekanan dan stress beliau akan berwuduk dan dirikan solat sunat dua rakaat, jika rasa tak reda dia akan terus ulang solat sunat dua rakaat tu sehingga rasa reda dan tenang.
Itulah perkongsian cara menghilangkan stress dalam Islam menurut Ustaz Wadi Anuar.
Ustaz Wadi Anuar juga berpesan, cara dan penawar stress ni kurang mujarab jika lakukan perkara-perkara yang menghalang mujarabnya penawar stress ni.
4 perkara yang menghalang mujarabnya penawar stress:
1. Tak solat
8 cara di atas memang penawar, dan kebanyakan tu adalah perkara sunat. Jadi nak pastikan penawar tu mujarab yang paling utama jangan tinggalkan solat. Kemudian boleh ditambah dengan salah satu atau semua lapan perkara di atas.
2. Suami murka
Bagi isteri yang hadapi stress, make sure perkara tu bukan atas sebab kemurkaan suami kita. Sebab syurga isteri ialah pada suami walaupun suami jahat.
3. Sakiti ibu ayah
Anak yang menyakiti hati ibu ayah, tak kiralah dari segi perkataan atau perbuatan tak mujarab jika amalkan cara-cara di atas untuk hilangkan stress.
4. Memutuskan silaturrahim
Memutuskan silaturrahim terutama dengan adik beradik. Termasuk juga dengan sesiapa pun. Cari gaduh dengan orang sehingga boleh memutuskan silaturrahim, menjadi penghalang mujarabnya amalan untuk hilangkan stress.
Itu sahajalah ringkasan hasil dari ceramah Ustaz Wadi Anuar dalam ceramahnya yang bertajuk "Manisnya Ujian".
Kalau tengok cara-cara di atas, antara cara nak hilangkan stress dalam Islam ialah dengan mengamalkan zikir seperti istighfar dan selawat.
Guna tasbih
Nak amalkan zikir ni secara istiqamah tu payah. Jadi, ustaz pesan guna tasbih. Tasbih tu pegang letak dalam poket... Seluk tangan dalam poket sambil gentel tasbih. Kenapa letak dalam poket, sebab tak nak nampak menunjuk sangat kan. Atau boleh juga guna tasbih digital.
Kalau nak cari tasbih yang cantik, biasalah bila cantik kita semangat lebih sikit kan... Rasa, "eh, tak guna rugi".
MF sarankan beli satu tasbih kristal siap nama kat shopee ni.. MF pernah beli dan memang sangat cantik. Harga pun tak mahal mana. Walaupun pre-order tapi cepat dia buat. Alhamdulillah, bukan nak promo ni, tapi barang baik kita kongsi ye tak...
Beli kat sini: https://shp.ee/yb8u8vz |
Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:
Info Motivasi
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Semoga bermanfaat.
Terima kasih kepada yang membaca 8 Cara Hilangkan Stress dalam Islam.
Tq for sharing
BalasPadamAlhamdulillah ... masih cuba memperbaiki kekurangan. Terima kasih sedikit sebanyak ilmu ini menyedarkan kiter
BalasPadamapa lagi yang masih belum buat.
Terima kasih atas perkongsian.
BalasPadamKalau stress, istighfar tu mujarab buat saya.
Semoga kita semua jaga kesihatan diri.
Stress tu penyakit, so kena bendung sebaik-baiknya.
Terima kasih utk perkongsiann...
BalasPadamSekarang ini memang kena sentiasa kawal emosi, time kerja, time dekat luar dan time dekat rumah sekelip masa boleh buat strees... kena amalkan cara-cara diatas nih...
BalasPadamTerima kasih perkongsian menarik ni. Bila kita berbalik padaNYA, insyaAllah akan baik² semuanya
BalasPadamterima kasih sharing info yg sgt bermanfaat.. best pula tegok tasbih2 ni. jadi lbih semangat
BalasPadamThanks ilmunya
BalasPadam