بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Pengalaman Sebenar Penerima Vaksin Covid-19 | Vaksin salah satu usaha kita dalam mencegah sesuatu penyakit berjangkit. Vaksin bukan sesuatu yang baru dalam dunia perubatan, bahkan dari zaman kegemilangan Islam sudah pernah diciptakan vaksin.
Bagi vaksin yang lama, takde masalah masyarakat nak terima. Tapi vaksin yang baru pasti yang takut dan was-was kan.
Ibarat menjadi “tikus makmal” tak siapa yang sanggup.
Pandemic Covid-19 yang muncul pada hujung tahun 2019, masih berlarutan hingga kini.
Kita tak tahu bila pandemic ni akan reda... Bahkan kalau kita tengok negara kita bertambah parah.
Jadi, sepeti negara-negara lain juga, vaksin sebagai salah satu usaha untuk mencegah Covid-19. Tapi macam MF kata tadilah... sebab vaksin ni baru pasti ramai juga yang takut kan.
MF sendiri takut juga...
Tapi disebabkan dalam dok takut-takut tu selesai juga 2 dose vaksin telah MF ambil. Alhamdulilah...
Jadi, entry ni MF nak kongsi info, pengalaman dan ilmu yang berguna dan harapnya bermanfaat untuk beri kesedaran kepada pembaca entry ni tentang vaksin Covid-19.
Daftar Vaksin Covid-19
Bila diumumkan je vaksin tiba di Malaysia dan meminta pengguna mySejahtera mohon daftar, MF tak terlepas untuk daftar.
Masa daftar tak rasa apa pun.
Kemudian, pihak KPM minta pula data bagi guru-guru berisiko melalui pentadbir sekolah... Jadi, sekali lagi MF isi borang survey tu.
Alhamdulillah..
Dalam ramai-ramai guru, MF terpilih untuk terima vaksin awal...
Sama dengan frontliner lain juga... seperti tentera, polis dan bomba.
Dapat Vaksin Dose Pertama
MF dapat tahu nama MF naik untuk divaksin dari kawan sekerja MF. Dia yang WhatsApp bagitau... Tak lama lepas tu baru dapat list penuh dari Pengetua MF sendiri.
Bila dapat tu debarnya ya Tuhan... haha...
Dalam masa yang sama, ada pula kengkawan kat Facebook dok kongsikan hal kesan selepas vaksin. Lagilah berdebar kan.
Tapi MF cuba fikir positif...
Bila update hal ni kat status WhatsApp, ada beberapa kawan lama MF kongsikan pengalaman diorang.
Adik MF yang dah lengkap vaksin pun kongsikan pengalaman.
Dari situ lega dan yakin sikit lah...
So, tunggu je lah sampai hari untuk divaksin.
Persediaan sebelum divaksin
Sebelum menerima suntikan vaksin COVID-19 adalah mengemaskini maklumat diri kita di dalam aplikasi MySejahtera atau di laman web MOH Vaksin COVID-19.
Pastikan korang Update Aplikasi mySejahtera. Ni memang perkara yang diorang minta korang buat bila sampai je kat pusat vaksinasi.
Pastikan korang telah menjawab kesemua soalan penilaian di dalam aplikasi MySejahtera.
Sebelum menerima suntikan, petugas kesihatan akan memberikan penerangan tentang vaksin ini dan dan kita perlu menandatangani Borang Persetujuan Menerima Vaksin COVID-19 di hadapan petugas kesihatan.
Prosedur yang perlu dilakukan sebelum menerima vaksin pada hari temu janji adalah untuk mengenal pasti jika kita layak atau tidak untuk menerima vaksin.
Antara syarat tidak layak untuk menerima vaksin adalah:
- Mempunyai sejarah kemasukan hospital disebabkan alahan yang teruk
- Mempunyai sejarah reaksi alahan pada mana-mana vaksin yang pernah diterima sebelum ini
- Pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan kanser seperti kemoterapi dan radioterapi
- Pesakit yang menghidapi penyakit HIV
- Ibu yang sedang hamil atau merancang kehamilan
- Ibu yang sedang menyusukan anak
- Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus atau bakteria
- Individu yang mempunyai masalah sel darah putih yang rendah
Sebelum itu, pastikan datang pada pusat pemberian pada tarikh yang ditetapkan dan pastikan membawa kad pengenalan dan telefon bimbit yang mempunyai aplikasi MySejahtera. Warga emas dan orang kurang upaya digalakkan datang bersama pengiring.
So, pegawai yang bertugas kat pusat tu juga akan tanya kita pernah kena Covid ke tak, pernah ada kontak rapat ke tak... So, jawab je dengan jujur...
Kat sini je ada 3 saringan nak lepas sebelum masuk untuk vaksin. Tapi insha Allah tak lama sebab ramai yang bertugas... dan urusannya smooth and steady je...
Semasa Vaksin
Bila dah lepas saringan vaksin tu, tunggulah giliran untuk divaksin.
Nama akan dipanggil sorang demi sorang.
Kalau hari vaksin korang tak sihat, kena bagitau... Ada batuk ke, selesema ke, demam ke... Kalau kuarantin pun kena bagitau... Nanti akan dapat tarikh lain.
Pakaian semasa pergi vaksin
Vaksin akan disuntik dilengan dekat bahu, jadi bagi lelaki pakai baju lengan pendek dan longgar...
Bagi wanita pakailah pakaian yang sopan dan longgar di bahagian lengan.
Masa suntik tu tak lama dan tak sakit.
Lepas dah suntik, diorang akan update lagi kat mySejahtera dan diminta rehat selama 30 minit sebelum dibenarkan pulang.
30 minit tak lama pun... MF layan games kat phone... Ambil gambar kenangan sekeping dua... sembang dengan beberapa penerima vaksin lain kat situ... dah lepas 30 minit.
Selepas Menerima Suntikan Vaksin COVID-19
Antara persoalan yang mungkin muncul di fikirankan adalah apakah yang perlu dilakukan selepas menerima vaksin COVID-19?
Selepas menerima suntikan vaksin COVID-19, kena berehat di ruang pemerhatian selama 15 ke 30 minit. Ini untuk pantau kita supaya tidak mengalami kesan sampingan vaksin seperti:
- Sukar untuk bernafas
- Jantung berdegup laju
- Bahagian suntikan menjadi bengkak
- Bengkak pada muka, bibir atau tekak
- Pembentukan ruam di seluruh badan
- Rasa pening
Jika ada alami gejala-gejala disenaraikan di atas selepas menerima suntikan, bagitau petugas kesihatan dengan segera untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimana Cara Untuk Membezakan Seseorang Telah Menerima Vaksin?
Selepas menerima suntikan, kita akan diberikan kad vaksinasi. Simpan kad vaksinasi ini kerana ia adalah penting untuk mengesan yang kita telah menerima dos pertama vaksin COVID-19.
Kad ini diperlukan bila tiba masa untuk menerima dos kedua vaksin COVID-19. Dalam aplikasi mySejahtera kita pun ada maklumat vaksinasi kita sebenarnya.
Kad ni mempercepatkan prosedur untuk menerima vaksin dose kedua.
Takde dah nak isi borang bagai...
Masuk je pusat vaksinasi, bagi kad ni kat petugas, tunggu giliran vaksin selepas daftar. Tak sampai 30 minit pun prosedur vaksin kedua.
Kesan selepas Vaksin
Ini yang pasti ramai nak tahu kan.
Apa kesan selepas vaksin Covid-19?
Ya, MF tak nafikan memang ada kesan sampingan selepas vaksin Covid-19.
Kesan selepas Vaksin Dos Pertama
Pengalaman MF sendiri, untuk dos pertama MF tak alami kesan yang teruk.
Cuma selepas 24jam, MF alami bengkak yang menyakitkan selepas divaksin. Tapi masih boleh bertahan lah... Cuma lenguh dan bengkak je. Tapi tu kesan yang biasa. Kalau tak tahan boleh je telan Paracetamol. Tapi MF tak telan pun sebab masih boleh bertahan.
Selepas 24 jam, alhamdulillah... sakit dah reda dan bebas dah macam takde pape dah.
Kesan selepas vaksin Dos Kedua
Ramai kata, lepas dos kedua, lagi teruk kesannya.
Cuak juga lah... Tapi hadap je...
MF kena vaksin bulan puasa.
Masa sebelum vaksin ok je... dan hari kena vaksin pun ok je... MF boleh puasa.. Alhamdulillah...
Kesan selepas vaksin adalah esoknya...
Apa yang MF rasa?
Rasa panas... Demam tak demam, tapi rasa panas dalam.
Bahang sangat rasanya dan untuk redakan MF telan paracetamol je...
Lebih kurang 3 kali juga MF telan untuk redakan panas tu...
Memang hari tu MF tak puasa lah sebab memang demam pun... 37.6 darjah celcius. Tak tinggi, tapi MF telan je panadol supaya tak melarat.
Cara kurangkan kesan selepas divaksin
Cara MF nak kurangkan kesan vaksin ni, MF cuma makan Panadol je lah...
Lepas tu, kawan MF suggest minum air kelapa untuk redakan panas.
Mak MF pun dah divaksin, pun takde rasa apa-apa kesan. Mungkin sebab mak MF sendiri amalkan minum air barli setiap hari. Kita tak tau la kan.. tapi semuanya dengan izin Allah.
Cara lain, ialah kawal minda kita dari berfikiran yang bukan-bukan. Kalau sakit istighfar, zikir dan selawat... Jangan panik dan jangan nak fikir yang pelik-pelik.
Kawal emosi... Jangan stress dan banyakkan rehat selepas divaksin.
Takde pantang larang selepas vaksin... Nak makan apa pun makanlah cuma tak digalakkan makan ubat atau supplement takut ada side effect lain.
So, MF memang layan je mata.. rehat.. tidur... anak-anak pun hari tu suami banyak tengokkan dan sesekali bagi tablet nak elakkan diorang bising.
MF berhenti ambil supplement dan vitamin seminggu selepas vaksin... seminggu sebelum vaksin pun MF dah stop dulu makan apa-apa vitamin.
Bukan apa, untuk elakkan tindak balas negatif vaksin tu dengan badan kita. Kita bukan tau kan camne nanti...
Mengapa Ada Kesan Sampingan?
Di dalam bidang perubatan, setiap rawatan atau ubat mempunyai kesan sampingan tetapi tidak bermakna rawatan tersebut tidak selamat, sama seperti vaksin COVID-19.
Walaupun vaksin COVID-19 telah dilaporkan mempunyai beberapa kesan sampingan, ia selamat digunakan kerana kesan sampingan yang boleh berlaku tidak membahayakan nyawa seseorang.
Vaksin ini telah diluluskan oleh FDA atau Food & Drug Administration yang bertanggungjawab dalam mengawal proses dan keselamatan penciptaan vaksin ini untuk kegunaan manusia di seluruh dunia.
Vaksin ini juga melalui proses saringan keselamatan oleh organisasi di negara kita sendiri iaitu NPRA (National Pharmaceutical Regulatory Agency).
Vaksin ini didapati hanya mempunyai kesan sampingan yang bersifat ringan dan sementara. Menurut CDC, kesan sampingan vaksin COVID-19 biasanya berlaku dalam tempoh 7 hari selepas suntikan. Tapi tak sampai 7 hari pun... sehari dua je lepas vaksin. Itu bagi MF lah... Orang lain, lain juga kesannya.
Sekiranya ada alami kesan sampingan seperti kemerahan atau kesakitan di tempat disuntik semakin teruk dalam masa 24 jam, scan je QR code pada kad vaksinasi tu untuk bantuan perubatan.
Pihak CDC juga amat menyarankan untuk mendapatkan dos kedua vaksin walaupun ada mengalami kesan sampingan sewaktu dos pertama melainkan doktor atau petugas kesihatan menyatakan kita tidak layak untuk menerima dos kedua atas sebab-sebab tertentu.
dakah Perlu Mengamalkan Norma Baru Selepas Menerima Vaksin COVID-19?
Kemungkinan ini adalah persoalan yang sering diajukan oleh orang ramai.
Adakah dengan kehadiran vaksin ini, rakyat Malaysia boleh hidup seperti sebelum pandemik?
Masih terlalu awal untuk kita mengetahui sama ada vaksin ini dapat mencegah penyebaran virus COVID-19 walaupun terdapat vaksin yang boleh memberi pelindungan sehingga 95%.
Vaksin ketika ini adalah bertujuan untuk mengelakkan kemungkinan gejala jangkitan serius, kebolehjangkitan atau penyebaran virus ini selepas suntikan vaksin masih dalam pemerhatian.
Oleh itu, walaupun telah menerima vaksin COVID-19, anda masih perlu mematuhi SOP dan mengamalkan langkah pencegahan seperti memakai topeng muka, membasuh tangan dan menjaga penjarakan sosial.
Vaksin bukan ubat
Vaksin bukanlah ubat yang boleh merawat covid-19.
Tapi...
Vaksin sebagai pencegahan penyakit dengan IZIN ALLAH!.
Allah bagi kita sakit, kita WAJIB usaha untuk elak dan sembuhkan. Bukan tawakal semata-mata tanpa usaha.
Ramai yang takut vaksin selepas mendapat berita hal orang yang mendapat kesan negatif selepas vaksin.
Tapi...
Berapa peratus yang dapat kesan negatif berbanding yang tiada kesan langsung?
100 orang yang divaksin, tapi hanya 2 atau 3orang yang dapat kesan negatif, sedangkan yang 90 orang lebih tu elok je sihat. Kenapa kita nak kisahkan 2 3 orang tu sedangkan yang 90 orang tu lebih baik???
Usahlah percaya kepada propaganda dan teori vaksin.
Vaksin sebagai usaha kita sebagai manusia dan hamba, selebihnya kita tawakallah kepada Allah. Moga Allah lindung diri dan kita semua.
Wahh.. Padat dan beri gambaran yang betul2 orang nak tahu.. Good entri..
BalasPadamSemoga dipermudahkan urusan kita semua. Cuak juga nak amik 2nd dose hujng bulan ni.
BalasPadamAlhamdulillah dah selesai terima vaksin, sya masih menunggu giliran
BalasPadamalhamdulillah..kita daftar pun belum. betul vaksin tu nk serasi dgn bdn kdng memang akan demam..tu normal.
BalasPadamalhamdulillah. bagus ada share pengalaman macam gini. rasa lega sikit.
BalasPadamOM belum daftar lagi, jd takut nk ccucuk vaksin
BalasPadam