بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Cara Solat Sunat Hari Raya | Alhamdulillah... dah nak raya kita... Tahun ni sekali lagi kita raya dalam musim pandemic Covid-19.
Di sebabkan kita dalam zon Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi sudah pasti nak pergi solat sunat hari raya pun terhad juga.
Nak tak nak, kita solatlah dengan ahli keluarga kita di rumah.
Walaupun sunat je hukumnya, tapi bukan kita buat selalu... Setahun sekali je.
Solat sunat hari raya ni, mudah je nak buat...
Tak ambil masa yang lama pun...
Jom, MF kongsikan cara nak buat solat sunat hari raya.
Waktu Solat Sunat Hari Raya
Selepas setengah jam terbit matahari sehingga tergelincir matahari (hampir zohor).
Disunatkan melambatkan solat sunat Aidilfitri dan disegerakan solat sunat Aidiladha.
Sebab...
Solat Aidiladha tu lepas solat nak buat korban... Jadi kena buat solat dengan kadar segera.
Kalau AidilFitri ni, kadang jam 9 pagi pun takbir raya lagi kan... Sebab tak kalut nak pergi mana pun.
Bilangan rakaat
2 rakaat sahaja untuk solat sunat hari raya.
Bilangan takbir
7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat kedua tidak termasuk takbiratul ihram.
Bilangan tasbih
6 kali pada rakaat pertama dan 4 kali pada rakaat kedua.
Cara solat sunat hari raya
1. Takbiratul ihram berserta niat.
Niat solat sunat hari raya Aidilfitri
Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri (Jemaah)
صَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ اِمَامًا / مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Bahasa rumi: Usalli sunnatan li’aidil fitri rak’ataini imaman / makmuman lilla’hi ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku (sembahyang / solat) sunat Aidil Fitri dua rakaat sebagai imam / makmum kerana Allah Ta’ala
Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri (Sendirian)
صَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Bahasa rumi: Usalli sunnatan li’aidil fitri rak’ataini lilla’hi ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku (sembahyang / solat) sunat Aidil Fitri dua rakaat kerana Allah Ta’ala
2. Rakaat pertama
- Selepas takbiratul ihram, baca doa iftitah.
- Kemudian, bertakbir dengan mengangkat tangan sebanyak 7 kali dan membaca tasbih sebanyak 6 kali, dimualakan dengan takbir kemudian disusuli dengan tasbih secara berselang seli.
Lafaz Tasbih:
Selepas itu baca al-Fatihah, surah dan rukuk, iktidal, sujud.
3. Rakaat kedua
- Bangun untuk rakaat kedua, terus takbir 5 kali dan diselang seli dengan tasbih 4 kali.
- Kemudian, baca al-Fatihah, surah dan laksanakan solat seperti biasa sehingga memberi salam.
Sehabis solat, baca doa dan terus diikuti dengan khutbah hari raya.
Tak susah tatacara solat sunat hari raya.. sama solat sunat yang lain, cuma yang membezakan ada takbir dan tasbih sebelum bacaan al-Fatihah.
Insha Allah... mudah saja.. kita boleh buat bersama ahli keluarga di rumah.
Khutbah raya, boleh rujuk website jabatan agama Islam negeri masing-masing... Boleh download dan print.. atau baca terus melalui smartphone...
Insha Allah... semoga bermanfaat.
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ