بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Puasa Qada' Ke Puasa Enam? | Alhamdulillah.. Makin ramai dan kesedaran masyarakat Islam di Malaysia nak buat puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal.
Bagi lelaki takde masalah sangat... Biasanya cukup la puasanya kecuali tinggal puasa sebab sakit dan sebagainya..
Tapi bagi wanita ni, biasanya tak cukup... Kecuali yang di rezeki kan Allah untuk puasa penuh.
Bagi yang puasa tak penuh ni... Ada hutang dengan Allah.
Tapi, sayang pula kalau tak dapat buat sunat Syawal kan... Sebab setahun sekali je..
Jadi, nak puasa qada ke puasa enam?
Boleh ke gabung je sekali... Satu niat je senang kan... Boleh ke?
Ni yang jadi persoalan...
Adakah puasa enam dan puasa ganti boleh disekalikan?
Hukum Puasa Qada’ Beserta Dengan Puasa Sunat Syawal
Dalam hal ini, para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat:.PERTAMA: SAH
Hukumnya sah dan terjadi kepada kedua-duanya, iaitu qada’ dan sunat. Inilah pendapat:- Imam Ibn Hajar al-Haitami
- Syeikh Muhammad Ramli. Lihat al-Nihayah(1/162) dan juga Fatawa al-Ramli (2/339)
- Imam al-Barizi. Lihat al-Ashfah wa al-Nazhair (1/161)
- Syeikhul Islam Syeikh Zakaria al-Ansari dalam Haasyiah al-Syarqawi ala al-Tahrir(1/427)
- Inilah juga pendapat kebanyakan ulama mutakhirin
KEDUA: TIDAK SAH
Tidak sah tetapi terhasil yang fardhu sahaja iaitu puasa qada’ tidak kepada puasa sunat Syawal. Inilah pendapat:- Imam al-Asnawi
- Syeikh Ibn al-Solah
- Abu Makhramah
- Lihat Bughiah al-Mustarsyidin (3/95-96)
Hujah mereka tidak boleh tasyrik atau sekutukan dua jenis ibadah dalam satu ibadah.
Tarjih
Imam Ibn Hajar menggunakan bahasa dengan katanya terhasil asal pahala tetapi bukan dalam bentuk sempurnanya jika ia berniat untuk kedua-duanya (niat qada Ramadan dan sunat Syawal). Lihat al-Tuhfah (3/390).
Semoga dengan penjelasan ini, akan memberi kefahaman kepada kita berkenaan dengan isu puasa qada’ dan puasa enam Syawal. Sekian.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Ikut kata mufti boleh... Tapi sebaiknya pisahkan...
Ini pula, MF kongsikan pendapat dan pandangan hukum dari Ustaz Dr. Zaharuddin:
Antara Sunat Syawal & Qadha Yang Mana Lebih Utama?
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)
Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya begini,
jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).
Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Kalau MF pun cenderung buat yang wajib dulu iaitu puasa Qada... Kemudian baru buat yang sunat...
Apa pun kalau tak sempat nak buat sunat... Niat lah puasa Qada' moga dengan keberkatan Syawal kita dapat pahala juga sebab puasa dalam bulan Syawal.
Yang penting puasa je... Pahala tu Allah punya kerja.. Tak payah pening-pening fikir.
Ok.. Jelas kan...
Jadi, jom puasa... Sama ada puasa ganti atau sunat Syawal... Lillahi Taala.
kalo CT prefer asing2 biarlah lebih selamat rasanya kan..
BalasPadambagi kita perempuan kena pandai buat anggaran bila miss p kita datang menjengah. kalau takut tak sempat biasanya mama setelkan yg sunat dulu
BalasPadam