Senang dah nak bersenam di rumah dengan Air Tumble Mat ni

Maria Firdz
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Senang dah nak bersenam di rumah dengan Air Tumble Mat ni | Bersenam satu aktiviti sihat yang sangat digalakkan. Walaupun kita berada dirumah banyak aktiviti senam yang kita boleh buat di rumah. 

Senaman ringan, senam robik, zumba dan gimnastik antara senaman yang boleh kita lakukan di rumah. 

Senam robik, zumba dan gimnastik sememangnya dan sebaiknya dilakukan dirumah dalam ruang tak tertutup bagi wanita muslimah bagi menjaga batas aurat dari tatapan bukan mahram. 

MF sendiri lakukan senamrobik, zumba dan gimnastik di rumah untuk tingkatkan metabolisma badan disamping untuk kuruskan badan terutama part-part tertentu yang dah makin ‘kembang’... hahaha..

Sambil duduk dan tengok video tutorial di Youtube, MF boleh buat senaman ni tanpa risaukan mata-mata liar yang memandang kan. Buat kat rumah... apa ada hal... 

Mak buat zumba, anak pula bergimnastik. Dan kalau korang nak tahu, aksi gimnastik ni salah satu silibus dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani sekolah rendah. MF tahu ni pun sebab ada satu hari tu cikgu dia bagi tugasan macam gimnas buat... Iaitu berguling, dengan kepala ke bawah sambil tangan menahan... Macam dalam gambar kat bawah ni. 

Gimnastik di rumah



Jenuh la juga cari tempat sesuai nak buat aktiviti ni... Sebab kalau tempat sesuai boleh terkehel tengkok weyhh... 

Memula MF pelik... kenapa aktiviti sebegini ada dalam silibus sekolah... Tak ke bahaya kan... tapi lepas MF baca, rupanya aktiviti gimnastik ni bagus untuk kemahiran fizikal kanak-kanak. 

Aktiviti berguling ni dapat bantu anak-anak kuasai kemahiran permainan lain seperti bola sepak, bola baling, bola jaring. Dan aktiviti ni juga dapat kurangkan kecederaan otot semasa bermain permainan tersebut. 

Baru MF tahu, kenapa ada pemain bola sepak buat aktiviti gimnastik ni semasa training sebelum bermain bola sepak. 

Kelebihan aktiviti gimnastik

Kekuatan Otot


Mempertingkatkan kekuatan otot melalui aktiviti tumbling, melompat, melentur, dan menampung berat badan dengan menggunakan salah satu daripada anggota tubuh dalam pelbagai posisi membantu kanak-kanak membina tubuh yang kuat dan bertenaga. 
 

Tulang yang Sihat


Gimnastik melibatkan kemampuan menahan atau menampung berat badan membolehkan kanak-kanak atau ahli-ahli gimnastik membina tulang-tulang yang kuat dan sihat. 

Aktiviti ini memerlukan kanak-kanak bekerja melawan graviti, bermaksud seseorang kanak-kanak perlu menggunakan sebelah tangan, kaki, atau sebelah kaki untuk menahan ataupun menampung berat badan mereka sendiri.

Kelenturan Tubuh


Gimnastik turut membantu kanak-kanak memiliki kelenturan tubuh yang lebih baik. Secara ringkas, aspek ini melibatkan kemampuan atau keupayaan kanak-kanak menggerakkan otot-otot mereka dengan had maksimum. 

Dalam kehidupan seharian pula, gimnastik dapat mengurangkan tekanan, membantu meningkatkan koordinasi, meningkatkan kesedaran tubuh.

Banyak lagi kebaikan gimnastik. 

Tapi, nak buat aksi ni perlukan alat yang bagus dan berkualiti. Selain tilam atau alas senaman, sebaiknya bersenam atas alat senaman yang dipanggil Tumble Mat lebih selesa dan selamat. 


Tumble Mat ni ada banyak jenis, tapi MF suka yang jenis angin atau Air Tumble Mat lebih baik sebab praktikal dan senang nak guna. 

Tumble Mat


Gimnastic air tumble track ni kita guna untuk senam, untuk gimnastik atau nak buat aksi-aksi senam yang memerlukan kita berbaring, berguling dan semua aksi ni kita boleh buat di rumah je.

Tumble Mat ni selamat dan tak menyakitkan tulang belakang kita... Lagipun jenis angin ni, senang nak guna... fleksible dan mudah nak guna kat mana-mana pun. Dan seisi keluarga boleh guna.

Nak cari kat mana?



Gimnastic air tumble track



Alah... sekarang segalanya online je kan... Boleh je beli air tumble mat online... Banyak ada jual... pelbagai jenis ada... Dan satu lagi... pastikan beli jenama yang diyakini ye... bukan apa... kalau yang biasa-biasa ni takut tak berkualiti dan tak selamat. Dan satu lagi takut tak tahan lama... dah membazir je... Jadi, baik beli yang berjenama, berkualiti... Mahal sekali je... tapi alah memakai kan.. 

Memang seronok lah bersenam dan berginastik guna tumble mat ni... Nak guling, nak baring bersenam pun selesa je... Tak sakit belakang. Insha Allah... 

Senang dah nak bersenam kat rumah bila ada tumble mat ni... Tak payah nak pergi gym atau pusat ginastik... Kat rumah pun boleh buat dengan anak-anak... Aurat pun terpelihara kan... 

Korang pun patut ada satu tumble mat ni kat rumah... Baru mudah nak senam kan... 

P/s: Zumba dan senam dapat turunkan berat badan dengan cepat tanpa diet yang ketat.. Tak percaya boleh cuba... Berani cakap ni, sebab dah buat dah la... Cuma... cuma... cuma tak istiqomah ja... hahaha.. Dah turun 1kg, hentam makan berkilo-kilo... haha... 

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !