GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Jom Masak Mee Goreng Favourite Dalam Tempoh Berkurung Ini

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Mee Goreng means fried noodles in English language dan mee goreng mamak merupakan salah satu hidangan mi goreng paling popular di Malaysia yang disukai ramai. Sekali dah makan mesti akan teringat-ingat. Antara mee goreng mamak yang paling best sudah tentulah mee goreng mamak versi asli yang sering dijual di kedai India Muslim bersama variasi makanan mereka yang lain.

Kenapa di sebut sebagai mee goreng mamak? Jawapannya disebabkan ianya dari orang India di Malaysia yang beragama Islam, dan mereka ini dipanggil Mamak sebagai panggilan tempatan. Di Malaysia, hidangan mee goreng mamak boleh dijumpai dengan begitu mudah! Ada yang menjualnya di restoran, di pasar malam, di warung tepi jalan dan banyak lagi. 

Jom Masak Mee Goreng Favourite Dalam Tempoh Berkurung Ini


Saat dalam tempoh berkurung ini, tak dinafikan asyik makan saja sepanjang masa. Benarlah apa yang pernah di baca, rasa bosan itu boleh membuatkan selera makan bertambah hingga boleh menyebabkan peningkatan berat badan. Lagi-lagi untuk para ibu yang sudah punya anak ini. Berat badan dengan mudah boleh naik bagai sedang di pam-pam tanpa henti. 

Walaubagaimanapun, kita masih boleh kawal apa yang di makan. Sesekali hendak nikmati makanan kegemaran apalah salahnya. Sebagai contoh mee goreng mamak ini. Bila boleh masak sendiri di rumah terasa lebih nikmat bila boleh menikmatinya bersama keluarga dan insan kesayangan. 

Tempoh berkurung ini jika dilihat pada sudut positif, kita boleh menggunakannya sebagai usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT dan keluarga. Bila terasa bosan boleh lakukan pelbagai aktiviti yang sesuai seperti memasak, berkebun, mengemas rumah dan sebagainya. 

Tak tahu nak masak apa? Apa kata cuba masak mee goreng mamak ini. Bagi yang tidak tahu apakah bahan dan cara-cara untuk memasaknya, di sini akan dikongsikan resepi mee goreng mamak untuk kita cuba bersama. 

Resepi Mee Goreng Mamak Versi Homemade Yang Mudah Dalam Tempoh Berkurung


Bahan – bahan yang diperlukan : 
Mee Kuning 450 g (5 orang makan) 
Lada kering * 
Bawang merah * 
Bawang putih *

Nota: Bahan yang bertanda asterisk (*) haruslah dikisar bersama

Sayur sawi 
Taugeh 
Fish cake dan fish ball 
Sotong atau udang T
Telur 2 biji 
Kicap (6 sudu besar) 
Sos seafood adabi (2 sudu besar) 
Sos cili (2 sudu besar) 
Perencah Maggi Kari (setengah paket) 
Garam (secukup rasa)

Cara – cara untuk memasak : 

1 . Tumis lada kering yang telah dikisar hingga garing. Masukkan sos seafood Adabi, sos cili, kicap, perencah maggi kari dan sedikit air. 

2 . Masukkan sotong atau udang atau kedua – duanya sekali dan fishcake atau fishball. 

3 . Akhir sekali, masukkan mee kuning yang sudah dibasuh. Gaul sebati sehingga masak. 

Siap! Sedia untuk dihidang dan ngap! Mudah betul untuk masak mee goreng mamak ini. 

Jom Masak Mee Goreng Favourite Dalam Tempoh Berkurung Ini



Nak Masak Tapi Barang Dapur Dah Habis? Boleh Gunakan Servis Grocery Delivery Dari Foodpanda! 


Pasti ramai sudah tahu tentang Foodpanda kerana mereka amat terkenal sebagai salah satu jenama penghantaran makanan di Malaysia. Tapi, tahukah anda yang Foodpanda ini juga turut menawarkan perkhidmatan grocery delivery untuk seluruh Malaysia. Servis pesanan dan penghantaran barangan runcit dari Foodpanda ini dikenali sebagai Pandamart. 

Melalui Panda Mart dari Foodpanda, dengan mudah kita boleh membeli pelbagai barangan keperluan dapur seperti susu untuk anak, bahan pencuci dan sebagainya. Pendek kata, kedai Foodpanda ini memudahkan kita bagi mendapatkan hampir kesemua jenis barangan runcit penting melalui aplikasi Foodpanda tersebut. 

 
Jom Masak Mee Goreng Favourite Dalam Tempoh Berkurung Ini


Pembelian dalam talian begini sememangnya sangat mudah dan sangat membantu di sepanjang tempoh berkurung ini. Pilih apa sahaja dari bahan makanan hingga minuman dan rider dari Pandamart akan menghantarnya sehingga ke depan pintu kediaman. 

Setakat nak masak mee goreng mamak, barangan yang habis boleh dipesan secara online melalui Foodpanda. Jangan sesekali jadikan alasan barangan habis untuk keluar ke sana ke mari kerana hakikatnya kita masih ada cara lain bagi mendapatkan keperluan tersebut tanpa perlu memberi risiko terhadap diri sendiri. 

Jom Masak Mee Goreng Favourite Dalam Tempoh Berkurung Ini


Foodpanda juga turut menggunakan konsep social distancing dalam jarak yang sepatutnya. Ini bagi menjaga jarak supaya penularan Covid-19 tidak menjadi lebih serius.

Walau dalam apa jua ketika, sememangnya kita perlu sentiasa alert walaupun untuk sesuatu perkara yang agak kecil. Demi memutuskan rangkaian Covid-19 ini, kita hendaklah sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga jarak walaupun hanya untuk ambil makanan yang dihantar di depan pintu rumah sendiri. 


8Ulasan

  1. Sedapnya la.Lama juga tak masak mee goreng ni.

    BalasPadam
  2. Nampak sedap mee goreng tu ha...pagi ni pun SA buat mee goreng..tapi tak amik gambar...malas..hahaha

    BalasPadam
  3. sedapnya..dh lama tak makan mee goreng mamak ni. nanti la pergi beli mee nak buat

    BalasPadam
  4. Sedapnya mee goreng.. lama tak buat sebab biasa buat kuey tiaw..

    BalasPadam
  5. Ya Allah temptingnyaaaa. Sedapppp nampaknya tuuu.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ