div id='header-inner'>

39 Cadangan Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Sempena Perintah Pergerakan Covid-19

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

39 Cadangan Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Sempena Perintah Pergerakan Covid-19 | Alhamdulillah, dah 3 hari berlalu yang berjaya kita harungi perintah pergerakan yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia kerana untuk mencegah merebaknya penyakit Covid-19.

18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 selama 14 hari, kita kena hadkan pergerakan. Hanya di dalam rumah, dan keluar rumah bila perlu dan mustahak sahaja.

Macam mana rasa 3 hari kena kurung?

Bosan kan... sebab biasa boleh juga riadah, tapi kali ni nak ke kedai RM2 pun rasa risau.

Kalau kita bosan, anak-anak apatah lagi kan.

Tapi sebenarnya, waktu inilah waktu terbaik untuk cipta kemesraan antara keluarga. Jika sebelum ni sibuk dengan kerja... inilah peluangnya merapatkan kembali silaturahim yang renggang.

Ok, kalau boring, bosan... di sini ada 39 cadangan aktiviti yang kita boleh lakukan sepanjang perintah pergerakan Covid-19.

Jom kita lihat senarainya:

39 Cadangan Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Sempena Perintah Pergerakan Covid-19

39 Cadangan Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Sempena Perintah Pergerakan Covid-19

Aktiviti Santai

1. Sukan Indoor
2. Senaman ringan
3. Mencuba masakan baharu
4. Dekorasi rumah gaya baharu
5. Gotong royong
6. Basuh kereta bersama
7. Bermain di halaman rumah
8. Jom cabut rumput
9. Jom lipat kain

Aktiviti Ibadah

10. Solat Berjemaah di rumah
11. Tadarus Al-Quran
12. Puasa Sunat (Isnin dan khamis)
13. 1 Hari 1 Hadith
14. Bercerita sirah nabi (Israk Mikraj)
15. Menghafal Al-Quran ayat-ayat lazim
16. Doa, zikir dan membaca AlMathurat
17. Tazkirah di rumah
18. Azan di rumah

Aktiviti Ilmu

19. Membaca buku
20. "Kelas Tambahan" di rumah
21. Semak prestasi sekolah anak
22. Menyiapkan "assignment", proposal,tesis, kertas projek atau kerja-kerja akademik tertangguh.
23. Usrah di rumah (Halaqah ilmu)
24. Ikuti kuliah ilmu di youtube

Aktiviti Pejabat

25. Membalas pesanan emel
26. Menyiapkan kertas kerja, surat, memo
27. Menyemak kertas, proposal, surat
28. Mesyuarat atau perbincangan atas talian melalui aplikasi "Zoom"
29. Menulis artikel, jurnal, teks ucapan
30. Menambah kemahiran melalui pembelajaran atas talian
31. Mengemaskini HRMIS

Aktiviti Munajat

32. Banyakkan "Istighfar"
33. Bertaubat kepada Allah
34. Bermuhasabah kembali kepada Allah
35. Beriltizam menjadi muslim yang bertaqwa
36. Menjauhi perbuatan maksiat
37. Nasihat menasihati sesama muslim
38. Semak sebelum sebar di media sosial
39. Berdoa kepada Allah:

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk. (Hadith Riwayat Abu Daud)


Banyak sebenarnya kan...

Daripada aktiviti ini kita boleh buat checklist... Yang mana kita dah buat, mana yang belum.

Aktiviti yang belum tu, jom kita buat dalam tempoh perintah pergerakan Covid-19 ni...
Insha Allah... disebalik musibah ada hikmahnya. 

Catat Komen

1 Ulasan

  1. Betul sis, bila fikir balik, ada baiknya duduk rumah. Banyak benda kita boleh buat.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)