Lebih 2 bulan Njoi rosak. Ntah apa la masalah dia. Buat dan try la repair guna tutorial dalam website Njoi... Tak berjaya juga.
Malas nak panggil orang Njoi tengokkan... Jadi nya biar je.
Kami pun jarang sangat tengok TV... Anak-anak banyak layan tablet tak pun cartoon yang dah di download dan pasang pendrive kat TV. Jadi, biar je la.
Tapi bila tengok macam tak berfungsi TV kat ruang tamu... Anak-anak kadang berebut tablet... Suami cadangkan beli Android TV box.
Idea bernas... Tapi harganya boleh tahan mahal juga.
Sekali masa suami orang barang tapi kena return kat Lazada... Nak keluarkan tak boleh... Jadi, MF cadangkan beli Android TV box ni.
Dia pun setuju.. Mencari lah jenama dan harga yang sesuai.
Mulanya nak ambil yang mahal sikit. 4GB RAM.. Laju la sikit.. Sekali kedai tu pula cuti... Nak beli kat kedai lain di Lazada mahal pula dengan spec yang sama.
Jadi, cancel beli.. Pastu MF serah je la kat suami buat pilihan.. MF ikut je la...
Dia pun beli yang murah sikit.. Siap dapat keyboard wireless... Baru harga RM125.
Lepas beberapa hari barang sampai dan terus pasang...
Fuh... Puas dapat layan YouTube dan Netflix...
Takde lah anak gaduh nak tengok tablet dah..
Wireless keyboard... Dapat sekali dengan pakej. |
Walaupun 2GB je.. Tapi boleh la... Setakat buka YouTube dan beberapa aplikasi sedia ada.. Ok lah..
Rumah kami takde pasang unifi pun.. Just buat hotspot unifi mobile je... Cukup dah untuk tengok Netflix tanpa buffering.
OK la kan.. Janji ada... Takde lah sunyi lagi tv kat ruang tamu...
Puas hati lah beli walaupun murah.. Yang selalu layan movie memang berbaloi beli Android Tv Box...
Sekian...
Good idea juga guna Android box. Dah Tak perlu gaduh2 tengok tablet, skrin tv pun besar .
BalasPadam