GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Wanita Pergi Melancong Tanpa Mahram

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hukum Wanita Pergi Melancong Tanpa Mahram | Bermusafir dan berhijrah sesuatu yang digalakkan dalam Islam. Kerana banyak kebaikannya antaranya dapat mendekatkan diri kita kepada Allah melalui pengalaman dan merasai kebesaran Allah melalui penciptaan alam semesta.

Bermusafir atau melancong hukumnya harus. Tapi dengan zaman moden sekarang apa lelaki buat, wanita nak buat sama. Jadi, ramai wanita juga suka melancong zaman sekarang.

Bagi lelaki tiada masalah untuk melancong kerana lelaki ni secara fizikalnya kuat dan dari sudut lain sukar menjadi fitnah. Tetapi wanita ni lain. Allah jadikan wanita ni lembut, sopan dan auratnya pun banyak sebab wanita ni cantic dan mudah jadi fitnah.

Jadi, apa hukum wanita bermusafir atau melancong? Tambah-tambah melancong tanpa mahram atau tanpa teman pula.

Hukum Wanita Pergi  Melancong Tanpa Mahram

Hukum Wanita Musafir Tanpa Mahram

Haram

Hadith sahih telah melarangnya, seperti yang disabda oleh Nabi Muhammad SAW, Maksudnya:

"Jangan seorang wanita bermusafir melainkan bersama dengan mahram. Dan jangan bersendirian seorang lelaki dengan seorang wanita melainkan bersama wanita itu mahramnya.” Tiba-tiba seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku akan keluar untuk berperang, dan isteri-ku pula hendak pergi menunaikan haji.” Lalu Rasulullah S.A.W. menjawab: “Pergilah kamu bersama isteri-mu (menunaikan haji).” (Muttafaqun alaihi).

Dalam sepotong hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang lain, nabi Muhammad SAW dilaporkan bersabda, maksudnya:

Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk keluar tiga hari ke atas melainkan bersama-samanya bapanya atau saudara kandung lelakinya atau suaminya atau anak lelakinya atau mana-mana mahramnya. (di dalam riwayat lain, ada dinyatakan satu hari satu malam, dan dua hari dua malam)

Kedua-dua hadith di atas ialah sebahagian daripada beberapa hadith yang melarang wanita daripada keluar berjalan tanpa mahram.

Ulamak menyatakan pengharaman itu adalah mutlaq tanpa penentuan berjalan jauh atau pendek, sekejap atau panjang, berseorangan atau secara berkumpulan dengan wanita tanpa mahram yang lain. Dalam kebanyakan kitab-kitab fiqh muktabar lama, jumhur ulamak menyatakan hukum HARAM.

Huh! Macam ketat sangat kan dalil ni. Dan ini jadi dilema orang perempuan sebab kadang wanita ni travel dengan sebab belajar jauh dan seumpamanya.

Tapi, jangan kalut rebut… ada lagi penjelasan lain.

Harus

Ada juga pandangan yang menyatakan sekiranya terjamin keselamatan dan fitnah kepada si perempuan sepanjang perjalanannya, maka ianya dibenarkan. Itupun sekiranya perjalanan itu merupakan perjalanan yang perlu sahaja, bukan perjalanan tanpa tujuan.

Majlis Fatwa Al-Azhar Mesir berpegang kepada pendapat ini. Menurut mereka, sebahagian ulamak mazhab Maliki dan yang Shafi’e membolehkan perempuan untuk bermusafir tanpa mahram sekiranya ada keperluan dan jalan yang akan ditempuhinya serta tempat yang akan didatanginya terjamin keselamatannya.

Ini berdasarkan kepada sepotong hadith sahih Bukhari yang diriwayatkan oleh ‘Adiy bin Hatim:

Jika kamu panjang umur, nescaya kamu akan melihat wanita berjalan beresndirian dari Hirah (sebuah kawasan di Iraq) hingga melakukan tawaf di Ka’bah (Makkah). Dia tidak takut sesuatu pun melainkan Allah (dalam perjalanan itu)
Walaupun hadith ini lebih merujuk kepada hadith ramalan akhir zaman, akan tetapi sebahagian ulamak mengeluarkan hukum yang menyatakan kebenaran kepada wanita untuk bermusafir tanpa mahram.

Syarat musafir tanpa mahram

Syaratnya ialah, ada keperluan yang hampir sama hukumnya seperti haji, atau sekurang-kurangnya keperluan mendesak untuk berjalan tanpa mahram, dan terjamin keselamatan semasa di dalam perjalanan dan di destinasi permusafirannya.

Contohnya musafir kerana belajar. Biasanya institut pengajian tinggi sama ada di peringkat sekolah atau universiti letaknya jauh dari rumah. Kadang-kadang memerlukan pelajar wanita keluar bermusafir tanpa mahram untuk pergi ke kelas, tempat pengajian, kursus-kursus dan seumpamanya. 

Sekiranya pelajar wanita itu menaiki pengangkutan awam, maka ianya dibenarkan sebab kita tau syarikat pengangkutan awam tu mempunyai jaminan keselamatan kepada penumpangnya.

Kalau perlu menaiki kenderaan atau berjalan kaki, dibenarkan juga dengan syarat memang diketahui umum bahawa perjalanan ke destinasinya itu adalah selamat daripada kekacauan dan fitnah, dan pelajar wanita itu juga bersungguh-sungguh mematuhi undang-undang keselamatan ketika dalam perjalanan, dan memaklumkan perjalanan mereka kepada mahram mereka.

Perkara ni samalah Fatwa Negeri Johor.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor bertarikh 11 Jun 2001 memutuskan keharusan seorang wanita berziarah tanpa ditemani mahram.

Keputusan jawatankuasa itu menggariskan keharusan wanita bermusafir untuk berziarah selepas dipastikan terjamin keselamatannya, sudah mendapat keizinan suami atau mahram (jika ada), bersama dalam keadaan menghimpunkan ramai penumpang seperti kapal terbang, kereta api atau bas.
Perjalanan wanita itu juga hendaklah tidak menimbulkan fitnah, keraguan serta lain-lain syarat lagi.

Oleh itu, fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor itu adalah contoh hukum bagi wanita bermusafir tanpa mahram diharuskan selari dengan kehendak dan keperluan serta pemakaian adat umat Islam pada masa kini.

Ok, jelas hukum diatas. Tapi persoalannya, jika melancong atau travel sahaja tanpa keperluan mendesak, boleh ke pergi sendiri? Saja-saja melancong je… Boleh ke pergi tanpa teman.

OK, ini jawapannya:

Hukum Wanita Pergi  Melancong Tanpa Mahram

Hukum Wanita Pergi  Melancong Tanpa Mahram

Sekiranya tiada keperluan, maka wanita perlu mengelakkan diri daripada berjalan tanpa mahram supaya tidak terjebak dengan larangan di atas.

Pandangan Majlis Fatwa al-Azhar ini turut disokong oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dan ditulis di dalam Ensiklopedia Feqh Islam.

Syarat wanita yang ingin keluar melancong

Sebahagian mereka meletakkan syarat, iaitu perlu wanita tadi bergerak keluar bersama-sama dengan kumpulan wanita yang lain yang mana secara adatnya akan terjamin daripada kekacauan dan fitnah.


Kesimpulan

Jelas dengan hukum di atas. Hukumnya harus wanita bermusafir dengan tujuan tertentu dengan syarat terjamin keselamatan dan jauh dari fitnah.

Namun, untuk melancong, Wajib ada teman dan mesti bergerak dengan kaum wanita lain. Maknanya tak boleh lah pergi sorang-sorang tanpa teman. Mesti berteman.

Hukum ni jelas dalam Islam. Bukan apa, kadang wanita sekarang terlalu berani sampai kan segalanya nak buat sendiri. Takut juga pengaruh drama.. Bergaduh dengan laki, bawa diri seorang diri ke luar negara. Mana tahu kan…

Sedangkan hidup kita ni penuh hukum yang perlu kita patuhi sebagai seorang hamba…

Hukum ini adalah sebagai memberikan perlindungan dan penghormatan kepada wanita, dan bukannya satu diskriminasi gender atau meletakkan wanita di taraf yang rendah. 

Kesan fitnah ke atas wanita adalah berbeza dengan kesan fitnah ke atas lelaki, justeru banyak undang-undang perlindungan dikenakan ke atas wanita berbanding lelaki.



Apa pun pesan MF kepada wanita yang suka travel, jaga adab, akhlak dan paling utama jaga AURAT kerana itu antara point utama untuk jadikan travel kita dikira ibadah oleh Allah... 


Sekian, semoga bermanfaat.

4Ulasan

  1. Thanks for ur sharing kak…mmg ada sstgh org tu suka nau pandang slack dekat org pompuan yg travel tanpa maharam ni

    BalasPadam
  2. Terima kasihperkongsian, Sebelum ini saya travel dengan Geng Travel Syukur Alhamdulillah suami saya izinkan saya pergi dengan syarat2 tertentu.. yg telah suami senaraikan terlebih dahulu hehehe

    BalasPadam
  3. Yes. Boleh je wanita melancong tp dlm kumpulan kecil la.mcm 3 ke 4 org ke dalam satu kereta...

    BalasPadam
  4. mmg sy disagree wanita travel solo sbb byk risikonya. Alhamdulillah, pengalaman sbg travel agen saya travel seorang diri dengan izin suami tapi destinasi mmg dah fixed dan diketahui aktiviti

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ