Senarai kerja rumah mengikut usia anak - Latih anak buat kerja rumah, agar besar tak jadi raja!

Maria Firdz
1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Senarai kerja rumah mengikut usia anak - Latih anak buat kerja rumah, agar besar tak jadi raja! | Semalam berdebat dengan pelajar MF... sambil-sambil layan diorang buat kerja, saja duduk sembang-sembang... 

Ada pelajar MF dok cakap pasal couple dan awek kat kelas. 

MF perli lah... MF kata, "Tak payah la sibuk nak bercouple, spender pun mak basuhkan lagi kan."

Ketawa dia... Pastu keluarlah isu, pasal buat kerja rumah... 

Mula la dia berdebat... eh, cikgu tak kan saya kena lipat baju, tu kan kerja perempuan. Orang perempuan la buat. 

MF tanya, "Habis orang lelaki buat apa je?"

Dia jawab, "Orang lelaki kerja cari duit la."

Dari jawapan dan perdebatan ni, dah agaknya, mesti dah terpasak dalam minda diorang pengurusan rumah tangga ni kena bagi kat perempuan je, orang lelaki kerja. 

Sebab apa, bila MF cerita kan yang suami MF kerja di rumah, jaga anak semua.. diorang kata dunia terbalik. 

Nampak tak... betapa celarunya. 

Jadi, sekarang ni sebagai ibu bapa, sedari awal kita yang kena didik anak betulkan keadaan ini. Kena ajar seawal usia, untuk buat kerja rumah dan rasa tanggungjawab dengan persekitaran rumah sendiri. 

Takdelah bila besar rasa, oh, ini kerja orang perempuan, ini kerja orang lelaki. 

So, yang ada anak lelaki atau perempuan, kena ajar awal. Ini antara pengelasan kerja rumah yang sesuai dilatih mengikut usia anak. 

Senarai kerja rumah mengikut usia anak - Latih anak buat kerja rumah, agar besar tak jadi raja!

Senarai kerja rumah mengikut usia anak - Latih anak buat kerja rumah, agar besar tak jadi raja!


4-6 Tahun 

Kerja rumah berkaitan rutin harian: 
• Simpan mainan dan buku 
• letak baju kotor dalam bakul dan bawa masuk kain kering 
• Kemas katil 
• Lipat baju 
• letak perkakas di sinki selepas makan 


7-12 Tahun 

Tugasan berkaitan rutin mereka dan beberapa kerja rumah: 
• Sapu dan mop lantai 
• Vakum lantai dan permaidani 
• Buang rumpai di laman 
• Bantu di dapur 
• Basuh pinggan mangkuk 
• Kemas meja makan
• Buang sampah 

>13 Tahun 

Kerja rumah dengan tanggungjawab lebih besar: 
• Cuci bilik air 
• Seterika baju 
• Basuh baju 
• Basuh kereta 
Siang ikan/ayam (kena ajar juga nih, ada je orang tak reti siang ikan dan ayam zaman sekarang.)
• Masak hidangan ringkas 
• Jaga adik kecil 
• Beli barangan rumah

Gunakan teknik carta ganjaran untuk latih anak buat kerja rumah. 

Melakukan kerja rumah penting untuk mereka mempelajari kepentingan kebersihan, pengurusan masa dan juga rasa hormat pada harta benda. 

Pendidikan ini bermula dari rumah. Kalau nak harap kat sekolah belajar, tak kan berjaya sebab anak-anak ni akan lihat dan lebih mudah diajar jika kita mula ajar sewal usia. Ini juga satu sosial skill yang susah kita nak tengok. 

Ajar lah anak dengan perkara yang baik. Jaga kebersihan di mana sahaja. Ada ibu bapa ajar anak buang sampah apabila dirumah saja. Tapi bila kat luar, ibu bapa sendiri buang ikut suka... 

Anak perempuan atau anak lelaki sama saja. Kena latih dan didik sedari awal. Ibarat kata pepatah, "Melentur buluh biarlah dari rebungnya."

Catat Ulasan

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Sebab kita mmg dilatih dari kecik mcmtu. dri pemerhatian smua. Ain bersyukur sgt sbb abah ain jenis yg buat kerja rumah. Sometimes sidai baju. Hopefully org start sedaq dah yg laki pun kena buat kerja rumah! sedangkan aslinya tu kerja depa uhuhu

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !