Resepi Ayam Goreng Berempah Paling Mudah

Maria Firdz
3
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Ayam Goreng Berempah Paling Mudah | Ayam goreng, menu kegemaran semua... Asal ayam goreng hanya letak garam dan kunyit. Tapi sekarang, orang dah pelbagaikan rasa ayam tu dengan pelbagaikan resepi nya.

Antara resepi ayam goreng dengan rasa yang lain ialah ayam goreng berempah. Ayam goreng yang disalut dengan rempah ratus sebelum digoreng, menjadikan ayam goreng tu rasa lain dan wangi. Menaikkan aroma dan selera juga.

Ayam goreng berempah ni banyak versi dan resepi.. Tapi MF nak kongsikan resepi yang paling simple dengan menggunakan rempah yang basic dan minima.


Resepi Ayam Goreng Berempah Paling Mudah

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat ayam goreng berempah ialah:

Bahan-bahannya

Ayam yang siap dibasuh bersih

Bahan kisar
Bawang putih
Bawang besar
Halia
Serai
Jintan manis
Jintan putih
Biji ketumbar

Bahan untuk diperap
Serbuk kari daging
Serbuk kunyit
Garam
Daun kari

Resepi, ayam goreng berempah, ayam goreng sedap

Caranya

Gaulkan kesemua bahan yang siap dikisar dengan bahan untuk di perap dengan ayam. Gaul sebati dan perap. Tutup dengan bekas kedap udara dan biarkan paling kurang 1 jam. Lagi lama lagi bagus.

Kemudian, goreng dalam minyak sederhana panas. Jangan terlalu panas nanti masak luar sahaja, dalam tak masak.

Ni resepi yang paling mudah dan tak guna bahan yang banyak.

Nak lebih rasa ummppp... Lebihkan bawang putih dan juga serai... Pasti lagi sedap bau dan baik aroma nya...

Ayam goreng berempah sedap dimakan begitu saja ataupun makan dengan nasi lemak pun sedap kan...

Selamat mencuba. 

Catat Ulasan

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !