Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?
Iklan Panadol yang popular kat TV.. Hehe..
Sakit kepala boleh menyerang sesiapa sahaja... Siapa ada kepala pasti pernah rasa sakit kepala...
Tapi kadang kita ni confius la.. Ni sakit kepala sebab apa...
OK.. Ini nak kongsikan sebab sakit kepala dan cara merawatnya...
Tahukah terdapat lebih 150 jenis sakit kepala yang berbeza karektor, punca dan rawatan. 4 jenis sakit kepala ini adalah antara yang paling biasa berlaku.
Bila perlu jumpa doktor untuk rawatan segera untuk masalah sakit kepala?
✔️ Sakit kepala secara mengejut dan sangat sakit
✔️ Kanak kanak sering mengadu sakit kepala
✔️ Sakit kepala dengan gangguan penglihatan, keliru, hilang keimbangan tubuh dan pertuturan.
Sakit kepala jenis ni pernah dialami kawan sekerja MF... Penglihatan jadi kabur.. Sehingga tak boleh nak memandu... Dia terus ke hospital.. Bila scan rupanya ada tumor... Alhamdulillah.. Bukan kanser... Selamat dibedah dan dibuang...
Jadi, jangan main-main kalau sakit kepala sampai ganggu penglibatan, pendengaran dan pertuturan.
✔️ Sakit kepala dengan rasa kebas dan lemah
✔️ Sakit kepala dengan demam, sawan atau pengsan
✔️ Sakit kepala dengan tengang di tengkuk dan ruam.
MF jarang sakit kepala... Alhamdulillah... Tapi sekali sakit.. Ada kala boleh kawal.. Kalau tak boleh kawal terus telan je Panadol dan rehat... Insha Allah... Reda.. Kadang tu sebab kurang air pun boleh buatkan kita sakit kepala..
Apa pun jangan Pandang Remeh... Dapatkan rawatan jika sakit bukan sakit biasa...
Semoga bermanfaat.
Kredit : Public Health Malaysia
kekadang kena yang SINUS, TENSION & CLUSTER.. bergantung pada keadaan dan situasi hehehe.
BalasPadamsakit kepala kerana urusan kerja di sek. kerenah anak2 murid lg. Adoii!!
BalasPadam