بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Mengaku Umat Nabi Muhammad s.a.w, Tapi Apa Sunnah Yang Kita Buat? | Hari ni kebanyakan dari kita bercuti... Tahu tak cuti apa?
Owh... cuti Maulud Nabi, tapi apa kesannya cuti ini dalam diri kita dan keluarga kita?
Sebaiknya, sebagai tanda nak ingat hari kelahiran Nabi ni, kita azamkan dalam diri untuk lakukan sunnah-sunnah Nabi dalam kehidupan seharian kita.
Mengaku Umat Nabi Muhammad s.a.w, Tapi Apa Sunnah Yang Kita Buat?
7 Sunnah yang dilakukan Rasullullah pada setiap hari sepanjang hidupnya menjadi Rasul:
1. Solat Berjamaah
Rasullullah akan solat berjemaah bersama para sahabat setiap kali solat waktu.2. Bersedekah
Selepas solat subuh berjemaah Rasulullah akan bersedekah sebaik keluar dari masjid.3. Solat Dhuha
Dirumah Rasullullah akan melakukan solat Dhuha, kerana terdapat keberkatannya yang amat besar dari segi ganjaran pahala.4. Solat Tahajud
Selepas solat isyak selalunya Rasullulah akan tidur sekejap dan bangun pada sepertiga malam untuk melalukan sembahyang Tahajud.5. Membaca Al-Quran
Selesai melakukan solat tahajud Rasullulah akan membaca Al-Quran sehingga fajar untuk melakukan solat subuh.6. Berzikir
Baginda senantiasa berzikir7. Sentiasa Berwuduk
Baginda Rasullulah sentiasa dalam keadaan berwuduk.Takde susah mana nak buat ni kan... tapi... kalau tak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. dan berazam untuk usahakan buat kesemuanya secara berperingkat... ayuh semua... jom perbaiki diri dengan mengamalkan sunnah Nabi s.a.w. Kata Umat Nabi Muhammad s.a.w. kan...
Kita sebagai umat Baginda setidak-tidaknya cuba sedaya upaya untuk mencontohi cara ibadah Baginda Rasullullah, supaya kita mendapat berkat dan diredhai oleh Allah SWT.
Selain tu, sunnah Nabi s.a.w juga sentiasa cakap perkara yang penting, jaga pemakanan, selalu jalan kaki... serta sentiasa senyum. Amalan ini, sunnah yang kita boleh amal untuk sihat dan cantik tanpa keluarkan modal. :)
Moga walau sedikit yang dilakukan tapi berterusan. Aamiin.
BalasPadamSaya setuju pasal senyum sebab Rasulullah seorang yang mudah senyum. Oleh itu marilah kita selalu senyum.
BalasPadam