GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

20 Resepi Daging Mudah Tapi Sedap

  • بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

20 Resepi Daging Mudah Tapi Sedap | Musim korban, pasti ramai akan dapat daging korban kan... Sana sini sedekah daging, sampai pening nak masak apa dah... 

Jangan risau, di sini MF nak kongsikan 20 resepi berasaskan daging yang confirm sedap. Nak buat pun takdelah susah mana... Asalkan ada bahannya. 

Jom kita tengok.. 

20 Resepi Daging Mudah Tapi Sedap

1. DAGING BLACK PEPPER

Untuk 4 - 5 org makan


 DAGING MASAK HALIA

Bahan-bahannya:

  • 500gm daging batang pinang
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam - ditumbuk kasar, lebihkan untuk lebih pedas
  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1 biji lada merah
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung jagung yang dibancuh dengan 2 sudu besar air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1 sudu besar gula
  • minyak utk menggoreng

Cara-caranya:

  1. Potong daging nipis-nipis dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yang banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua-dua lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir-butir lada.
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yang banyak dan menggunakan api yang kuat supaya daging itu tak perlu digoreng dengan lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Garam letak sedikit kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram.
  5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.

2. DAGING MASAK HALIA


 DAGING MASAK HALIA

Bahan-Bahannya: 

  • daging yang di rebus lembut dan di potong nipis-nipis (1 mangkuk)
  • 4-5 biji bawang putih (potong kecil)
  • 4 inci halia (hiris kecil memanjang) - macam batang mancis
  • 1 1/2 biji bawang besar (hiris kasar)
  • 1/3 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2-3 sudu teh kicap manis
  • sedikit sos tiram
  • sedikit minyak bijan
  • sedikit sos sotong thai
  • 3/4 cawan -1 cawan air
  • tepung jagung 1/2 sudu makan (bancuh tepung jagung nie dengan air di atas)2 pokok daun bawang potong kasar
  • kacang panjang (3-4 batang- potong panjang-panjang)
  • cili padi (3-5 biji)

Cara memasaknya:

  1. tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan daging dan gaul sebati.
  2. masukkan semua bahan kecuali bawang besar, daun bawang, cili padi, kacang panjang
  3. sebatikan kuahnya, kemudian masukkan bawang besar. rasakan garamnya.
  4. akhir sekali masukkan kacang panjang. Then, daun bawang, Terus matikan api.
  5. masak dengan api besar, dan masak dengan cepat

3. DAGING MASAK MERAH

Hidangan untuk 4 orang

DAGING MASAK MERAH

Bahan-Bahan:

  • 200 gram daging
  • pewarna merah
  • 1 senduk minyak masak
  • 1 inci halia, hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit
  • 3 batang kacang panjang, potong 2 inci
  • 4 biji jagung muda, potong memanjang
  • 1/4 cawan cili kisar
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 helai daun limau purut
  • sedikit tepung jagung
  • Carrot, potong memanjang

Caranya :
  1. Rebus daging di dalam air yang diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk.
  2. Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis. Simpan air rebusan daging untuk kuah.
  3. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing, tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
  5. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  6. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika.
  7. Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang dicarik kasar. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung. Angkat dan hidang.


4. Resepi Daging Kaprau


Resepi Daging Kaprau

Bahan-bahannya:

  • Daging yang telah diperap dengan Pes Tomyam Adabi selama setengah jam
  • Bawang besar yang dipotong 8 (asingkan separuh-separuh)
  • Cili api yang ditumbuk
  • Sesudu sos cili thai dan sesudu kicap manis
  • Daun limau purut (dihiris kasar)
  • Sedikit gula

Cara-cara membuatnya:

1. Tumis separuh bahagian bawang besar dan cili api sehingga garing.
2. Kemudian, masukkan daging yang telah diperap, masakkan sampai daging kecut dan air daging pun dah kering
3. Lepas tuh, masukkan sos cili thai, kicap manis dan daun limau purut, kacau rata
4. Masukkan sedikit gula.... Dah siap


5. DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM 


DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM

Bahan-Bahan Daging:

1) 1 kg daging lembu
2) 50 gm bawang besar - dikisar halus
3) 20 gm bawang putih - dikisar halus
4) 10 gm serbuk kari
5) 10 gm halia - dikisar halus
6) Garam - secukup rasa
7) Serbuk perasa - secukup rasa

Cara Membuatnya:

1) Kisar hingga halus bawang putih, bawang merah, serbuk kari dan halia.
2) Gaulkan sebati dengan daging dan masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa
3) Perapkan daging selama 2 jam
4) Setelah itu, daging hendaklah dibakar selama 30 minit dengan suhu 180C atau sehingga masak
5) Setelah masak, boleh dipotong nipis mengikut citarasa masing-masing

Bahan Air Asam Jawa:

1) Air asam jawa
2) 1 biji bawang besar - dipotong kecil
3) 2 biji lada merah - dipotong kecil
4) 2 biji lada hijau - dipotong kecil
5) 1 biji tomato - dipotong kecil
6) 10 biji cili padi - dipotong kecil
7) 10 gm belacan - dibakar / digoreng
8) Garam - secukup rasa
9) Gula - secukup rasa
10) Limau nipis

Cara Membuatnya:

1. Kesemua bahan yang dipotong kecil dicampurkan ke dalam air asam jawa.
2. Masukkan garam, gula, belacan dan air perahan limau nipis secukup rasa.
3. Semua bahan digaul rata.
4. Setelah itu, bolehlah dihidangkan sebagai pencicah kepada daging bakar tadi.


6. DAGING TUMIS PEDAS


DAGING TUMIS PEDAS

  • 1 kg daging (rebus sampai empuk )
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Setengah sudu biji ketumbar
  • Cili api
  • Kunyit hidup
  • (Tumbuk kesemua bahan2 di atas, manakala daging dihiris nipis )

Cara-caranya


  1. Tumis bahan2 yang telah ditumbuk sehingga naik bau,
  2. Masukan daging dan kacau bersama bahan2 tumis sehingga sebati. 
  3. Masukan sedikit air beserta garam, gula dan sedikit perasa dan tumis sehingga pecah minyak. 
  4. Masukan hirisan bawang besar dan cili merah / hijau sehingga layu. Sedia dihidang,

7. DAGING GORENG HITAM MANIS


DAGING GORENG HITAM MANIS

BAHAN-BAHAN:


  • 500gm daging pejal | dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar |dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih | dihiris halus
  • 5cm halia muda
  • 3 biji cili merah | dihiris
  • 2 biji tomato | dipotong
  • 1 sudu makan lada hitam | ditumbuk kasar
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 100ml air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

1 Perapkan daging bersama halia dan bawang putih selama 30 minit.
2 Kemudian pijarkan minyak dan goreng daging sehingga empuk.
3 Setelah itu masukkan lada hitam, kicap manis, sos tiram, bawang besar dan cili merah. Gaul mesra dan sebati.
4 Seterusnya masukkan air secukupnya dan tomato. Biarkan seketika.
5 Akhir sekali, perasakan. Sedia dihidang panas.


8. DAGING MASAK KURMA



DAGING MASAK KURMA


Bahan-Bahan:

1) 400gm daging - dipotong
2) 5 ulas bawang merah - dihiris
3) 3 ulas bawang putih - dihiris
4) 1/2 in halia - dihiris
5) 2 sudu besar rempah kurma
6) 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
7) 1 1/2 cawan air
8) 2/3 cawan santan fresh
9) 3 biji ubi kentang
10) 1 biji tomato
11) 3 - 5 biji cii hijau
12) Garam dan gula secukup rasa
13) Minyak

Cara Memasak:

1) Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dihiris.
2) Goreng hingga terbit bau.
3) Masukkan rempah kurma dan serbuk kunyit yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau.
4) Biarkan pecah minyak dan masukkan daging. Kacau rata.
5) Masak seketika, kemudian masukkan air.
6) Biarkan ia merenih sehingga mendidih dan masukkan ubi kentang.
7) Bila daging menjadi empuk dan kuah menjadi sedikit pekat, masukkan santan, garam dan sedikit gula. Kacau.
8) Masak lagi lebih kurang 5 minit dan masukkan tomato (dipotong 6 atau 8) dan cili hijau hiasan yang dibelah dua.
9) Masak sehingga kepekatan kuah yang dikehendak dan bolehlah dihidangkan.


9. DAGING GORENG KUNYIT KELANTAN


DAGING GORENG KUNYIT KELANTAN

Rujukkan : Ena Abdullah

Bahan-bahannya


  • 600 gm daging
  • 2 - 3 inci kunyit hidup ~ tumbuk
  • 1-2 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 inci halia ~ hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris nipis
  • 2 ulas bawang besar
  • Kacang panjang atau kacang buncis ~ ita letak kacang peas
  • Cili merah ~ hiris nipis
  • Minyak secukupnya
  • Garam

Cara memasak


  1. Daging dihiris nipis. Gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
  2. Kemudian masukkan daging, halia, bawang putih dan kunyit hidup yang ditumbuk ke dalam kuali dalam dan masukkan sedikit air sehingga paras daging. Rebus sehingga daging lembut sepenuhnya. Tambah air jika air kering. Bila daging dah lembut biar sehingga air kering dan jangan tambah air lagi. (Peringkat ni boleh sediakan awal-awal)
  3. Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali (ikut la ada setengah orang suka letak minyak lebih sedikit) dan buka api. Goreng daging seketika dengan minyak tu. Masukkan garam jika perlu.
  4. Akhir sekali masukkan sayur kacang, bawang besar dan cili potong. Biar sehingga layu dan siap!


10. SINGGANG DAGING

Resepi Oleh : Chef Hanieliza
Rujukkan : 1 Hari 1 Resepi
Terbitan : PTS Millennia Sudun. Bhd

SINGGANG DAGING

Bahan-bahannya 


  • 500 gm daging
  • 3 keping asam gelugur
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 4 inc lengkuas ~ hiris
  • 3 inc kunyit hidup ~ di hiris
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 10 biji cili padi ~ belah 2
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya

Cara memasak 


  1. Daging di hiris nipis dan cuci bersih
  2. Ketumbar dan jintan manis di tumbuk kasar
  3. Masukkan semua bahan kecuali garam dan cili padi ke dalam periuk
  4. Rebus hingga daging empuk
  5. Masukkan cili padi dan perasakan dengan garam
  6. Hidangkan dengan nasi putih dan sambal belacan


11. Daging Panggang bersama Kentang Lenyek Cendawan


Daging Panggang bersama Kentang Lenyek Cendawan

Bahan-bahannya 

DAGING PANGGANG

  • 200g daging batang pinang
  • 1 sudu kecil oregano kering
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk lada
  • 2 sudu kecil minyak zaitun (virgin olive oil)
  • secubit garam
  • Tali untuk ikat daging (yang sesuai digunakan dalam oven)
SOS

  • 1/2 biji bawang holland
  • 1 biji bawang putih
  • 2 batang daun rosemary
  • Jus Daging (jus dari daging after panggang)
  • 200ml air panas + 1 kiub pati ayam
  • 1/2 tin tomato cincang
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung + sedikit air

KENTANG CENDAWAN

  • 1/4 biji bawang holland -didadu
  • 6 batang cendawan butang -didadu
  • 2 biji bawang putih -didadu
  • 1 sudu kecil serbuk oregano
  • 3 biji kentang -didadu
  • 1 kuib pati ayam - dihancurkan
  • serbuk lada hitam -secukup rasa
  • 2 sudu besar salad dressng (apa2 yang suka)
  • sedikit minyak

Cara-caranya 

daging panggang
1. Ikatkan daging. Perapkan daging dengan olive oil, lada hitam, oregano, serbuk lada, garam selama 1 jam.
2. Panaskan oven 180c.
3. Didalam frying pan / kuali panggang, panggangkan ayam seketika sehingga luaran daging kekuningan. Buat side by side. Kemudian, Letakkan didalam oven selama 15 minit.
(Kalau ikot cara ni, daging pada keadaan medium rare. Aku kurang minat. So, after aku potong daging, aku masak dalam pan jap.)

sos
1. Didalam saucepan, masukkan sedikit minyak. Kemudian, masukkan bawang holland dan putih. Masak sehingga keperangan. Kemudian, masukkan daun rosemary sehingga naik bau.
2. Masukkan jus daging, air pati ayam dan tomato cincang. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung. Masak sehingga kuah agak pekat. Tapiskan.

kentang cendawan
1. Masukkan kentang didalam periuk dan biarkan sehingga kentang lembut.
2. Sementara kentang lembut, Didalam kuali, masukkan sedikit minyak. Tumiskan bawang holland dan putih kemudian masukkan cendawan. Gaul sehingga masak.
3. Lenyekkan kentang dan letakkan serbuk pati ayam, tumisan cendawan, oregano, serbuk lada hitam dan salad dressing. Gaul guna spatula kayu sehingga sebati.

Siap! Bolehlah dihidang..


12. DAGING MASAK LEMAK CILI API


DAGING MASAK LEMAK CILI API

Bahan-Bahan :


  • 1/2 kg daging - dihiris nipis,basuh dan toskan
  • 1 liter air
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 keping asam gelugor/asam keping
  • 1 helai daun kunyit - dicarikkan
  • garam secukupnya
  • 2 biji ubi kentang - dibelah 4
  • Bahan Dikisar :
  • 20 tangkai cili api - ikut kepedasan masing2
  • 3 cm halia
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 cm kunyit hidup

Cara-cara Menyediakan:

1. Masukkan daging yang telah dihiris nipis ke dalam periuk yang berisi air bersama serai yang telah dititik dan rebuskan sehingga daging menjadi empuk.
2. Masukkan santan, asam keping, garam,ubi kentang dan daun kunyit yang telah dicarikkan.
3. Masak sehingga kuah menjadi mendidih dan pekat.
4. Siap untuk dihidang.

13. DAGING GORENG NANAS


DAGING GORENG NANAS

Bahan-bahan ( 4~5 org ):

✔500g daging dihiris
✔200g nanas (kalau guna nanas dalam tin anggaran 1/2 tin) dihiris
✔1bj cili benggala (atau cili merah) dihiris
✔2 sudu besar sos tomato
✔2 sudu besar sos tiram
✔1 sudu besar rempah kari daging
✔1 sudu kecil lada hitam (dikisar)
✔1 kuntum bunga lawang dan 2 batang cengkih

Bahan untuk ditumbuk:
✔3ulas bawang putih dan 1 cm halia
✔minyak masak dan garam

Cara-cara:


  1. panaskn minyak utk menumis. Tumiskn bhn ditumbuk, cengkih dan bunga lawang hingga naik bau.
  2. masukkn rempah dan goreng sampai garing. Kemudian masukkn daging dan masak hingga daging empuk.
  3. masukkn sos tomato, sos tiram, garam dan lada hitam. Kacau lagi sampai rata.
  4. Akhir sekali, masukkn nanas, cili benggala dan masak lagi selama lebih kurang 3 minit. Sedia utk dihidang. 

14. DENDENG DAGING


DENDENG DAGING

BAHAN-BAHAN:

Bahan A
1 kilo daging lembu dipotong sederhana besar

bahan B
4 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit kulit kayu manis
3 biji bunga lawang

Bahan C
3/4 cup kicap lemak manis
gula
garam
7 helai daun limau purut diramas2
3 batang serai dititik
2 sudu cili kisar bergantung kepedasan yang anda suka..dendeng ni tak pedas sangat
1/2 sudu kecik pes asam jawa
.
bahan D
air rebusan daging

CARA-CARA PENYEDIAAN:

Bahan B di mayang halus kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang
panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga keemasan angkat dan toskan minyak ...bawang goreng ni..lagi banyak lagi sedap

Bahan A direbus sehingga daging lembut...tp jangan empuk sangat nanti masa nak tumbuk daging tu relai/hancur pulak
*air rebusan jangan dibuang
*daging yang direbus tadi dipotong nipis dan tumbuk (rujuk gambar) guna lesung batu buat sampai habis (rujuk gambar)
*goreng daging yang telah ditumbuk ni seketika jgn lama sangat sekejap je guna minyakgoreng bawang tadi angkat dan toskan

skrang guna kuali yang sama cuma letakkan dalam 3 sudu besar minyak masak tumis cili merah kisar , daun limau purut, serai ... tumis hingga pecah minyak..tambah sedikit garam dan gula..garam ni agak2 la ye jgn banyak sangat nanti masin plak bila sejuk..
*kemudian taruk kicap manis tadi dan pes asam jawa..
dan taruk bahan D dalam 5 senduk..
*taruk bahan A iaitu daging goreng tadi..kacau dan tutup dengan penutup biar air tersebut agak2 kering
*kemudian taruk bahan B pula.. kacau lagi..kalau nampak kering sangat tambah air rebusan daging sikit...rasa kalau tawar tambah garam... siap..selamat mencuba


15. Rendang Tok


Rendang Tok

Bahan-bahan

•1 kg daging - dipotong sebesar 3 inci atau ikut suka
•2 cawan santan pekat - 1 biji kelapa
•1/2 cawan kerisik
•1/2 biji kelapa utk kepingan - dihiris nipis (tak pakai pun tak apa)
•100gm gula kabung atau 3 sudu besar gula merah
•1 batang kulit kayu manis
•Garam secukup rasa

Bahan-bahan kisar:-

•2 sudu besar ketumbar
•1 sudu besar/teh lada hitam
•1 sudu teh serbuk kunyit
•1 sudu besar/teh jintan putih
•1 sudu besar/teh jintan manis
•3 biji buah keras
•3 kuntum bunga lawang
•25 biji cili kering
•5 batang serai
•5 cm halia
•20 biji bawang kecil

Cara-caranya 

1.Kelapa kepingan: buang kulit dan hiris kelapa nipis2
2.Gaul daging dengan bahan2 yang dikisar
3.Masukkan daging yang telah digaul dengan bahan2 kisar tadi ke dalam kuali.
4.Tuangkan santan dan masukkan kerisik, kelapa kepingan, kulit kayu manis dan gula kabung dalam kuali.
5.Panaskan kuali di atas dapur dengan api sederhana.
6.Kacau selalu agar tidak melekat. Apabila masakan hampir kering, masukkan garam secukup rasa.
7.Perlahankan api dan kacau hingga kering.


16. SERUNDING DAGING


SERUNDING DAGING

BAHAN-BAHAN:

500 gm daging- direbus dan disiat halus
100 gm serbuk kari
50 gm jintan manis
50 gm jintan putih
50 gm serbuk ketumbar
100 gm cili kering yang telah dikisar
200 ml santan
250 ml minyak masak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
.
BAHAN-BAHAN KISAR
3 cm lengkuas
3 cm halia
100 gm bawang merah
60 gm bawang putih
5 batang serai
60 gm kunyit hidup
.

CARA MEMASAKNYA:

1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga garing.
2. Kemudian masukkan cili kering, serbuk kari, jintan manis, jintan putih dan ketumbar.
3. Setelah garing, masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih.
4. Kemudian masukkan daging yang telah disiat-siat tadi bersama dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masak sehingga kering menggunakan api yang perlahan dan sedia untuk dihidang


17. DAGING MASAK TOMYAM


DAGING MASAK TOMYAM

Bahan-bahan:

Daging dihiris
1/2 biji bawang besar-dadu kecil
2 ulas bawang putih-cincang
1 biji tomato-dadu kecil
cili padi-hiris
1 cili merah-potong2
2SUDU BESAR Perencah Tomyam
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar fish sauce
1 sudu besar gula
1 sudu teh brown sugar

Cara-cara Penyediaan:

Daging gaulkan bersama bawang putih, kedua2 jenis gula, sos ikan n perap sekejap.
Panaskan minyak, tumis bawang besar. masukkan daging tadi n kacau n biar hingga masak n lembut.. masukkan semua bahan perencah n perasa. gaul rata.

17. SEMUR DAGING


SEMUR DAGING

Bahan-Bahan:

500 gm daging stew (dipotong kecil-kecil)
600 ml air
2 helai daun pandan (disimpulkan)
5 labu sedang bawang besar (dihiris)
3 camca kicap cair
2 camca mentega/marjerin
Cuka atau air limau nipis secukup rasa Bahan Gilin:
½ camca lada sulah
3 batang lada merah
2.5 cm lengkuas
2.5 cm belacan (dibakar)
½ camca buah pala parut
2 camca garam

Cara-caranya 

Gaulkan bahan giling pada daging & perapkan selama 1-2 jam.Jerang hingga mendidih & masukkan daging. Biarkan ia terus mendidih selama 5 minit lagi. Masukkan bahan selebihnya kecuali cuka. Kecilakan api & didikan perlahan-lahan hingga dagingnya lembut.Masukkan cuka & sesuaikan rasanya. Angkat dari api. Buangkan daun pandan,hidangkan panas-panas dengan nasi putih, sayur-sayuran & sambal.


18. Daging Cincang Goreng


Daging Cincang Goreng

Bahan-bahan:

250gm.daging cincang(jenama Ramly)
1 labu bawang bombay-hiris nipis
2 biji lada merah/hijau-hiris nipis
3 sudu besar cili merah kisar
2 sudu bear bawang merah kisar
2 sudu teh bawang putih kisar
sedikit sos tiram,sos cili,sos plum
garam/gula secukup rasa

Cara membuatnya:

Dalam mangkuk masukkan bawang dan cili kisar,semua sos dan biarkan sebentar.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali,masukkan daging cincang perap tadi dan goreng.
Bila daging hampir masak tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan lada dan bawang bombay .Balik-balikkan daging hingga bergaul rata.
Bolehlah di angkat dan hidangkan.


19. ASAM PEDAS DAGING TETEL


 ASAM PEDAS DAGING TETEL

Bahan-bahannya:

600g daging tetel - direbus hingga empuk

2 batang serai - dititik
1 kuntum bunga lawang
2 sudu teh halba campur
6 sudu makan cili kering kisar
1 sudu teh serbuk kari daging
3 helai daun limau purut
Air asam jawa secukupnya
garam dan serbuk perasa
minyak untuk menumis

Bahan tumbuk lumat:
1 inci lengkuas
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis

Cara Masak:


Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bunga lawang, serai, bahan tumbuk, halba campur dan cili kisar hingga wangi dan terbit minyak.
Masukkan daging dan air rebusannya sekali.
Masukkan daun limau purut. Kacau rata.
Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Biarkan sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
Sedia untuk dihidangkan.


20. Daging goreng sambal 

Resepi dan cara-cara memasak boleh dapatkan di link ini :

RESEPI DAGING MASAK SAMBAL


Ada banyak lagi resepi daging, tapi MF rasa ini antara yang sedap dan senang nak masak. Guna bahan yang sedia ada di dapur je... dan juga rempah ratus yang ada serta mudah didapati di kedai.

Ada beberapa resepi di atas MF dah mencuba dan memang sedap... Antaranya Dendeng Daging, Daging goreng kunyit, dan juga Rendang Tok. Memang sedap.

Jadi, selamat mencuba...


Kredit Resepi dan Gambar: Facebook

0Ulasan