بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
10 TIPS ELAK MENJADI MANGSA SCAMMER | Zaman makin canggih, makin canggih juga orang nak menipu. Jika zaman dulu, pukau adalah jenis penipuan yang dikira paling canggih dah zaman P.Ramlee ... Tapi zaman sekarang dengan kecanggihan teknologi internet makin banyak orang menipu.
Penipu paling canggih zaman sekarang dinamakan Scammer... Apa pun, dari mengelak dari jadi mangsa penipuan scammer yang cerdik, kita kena cerdik juga untuk kenali scammer dan cara mengelak dari kena tipu.
10 TIPS ELAK MENJADI MANGSA SCAMMER
1. Jangan jawab panggilan daripada nombor telefon dari luar negara yang tidak dikenali, melainkan nombor tersebut adalah senarai kenalan anda.2. Jangan berikan sebarang maklumat peribadi anda seperti nombor akaun bank, password perbankan online, kod CVV pada kad bank anda atau pun nombor TAC anda kepada pihak yang tidak dikenali. Jika pihak tersebut meminta maklumat tentang kad debit/kredit dan perbankan online anda, lebih baik anda tamatkan sahaja panggilan tersebut.
3. Jika anda menerima panggilan daripada bank atau pihak penguatkuasa undang-undang mengenai sebarang masalah undang-undang melibatkan anda, catat butiran daripada pihak yang menghubungi anda dan maklumkan kepada mereka yang anda tidak dapat bercakap pada waktu tersebut dan akan menghubungi mereka semula. Bertenang dan jangan panik. Semak nombor telefon bank anda atau pihak penguatkuasa undang-undang di laman web rasmi mereka seterusnya hubungi mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Alternatif lain, anda boleh ke pejabat mereka untuk menyelesaikan urusan berkenaan.
4. Jangan memuat turun sebarang aplikasi jika anda diminta berbuat demikian kerana dikhuatiri mengandungi Malware atau Spyware yang mungkin dapat mendedahkan butiran peribadi anda.
5. Hubungi Penyedia Perkhidmatan anda jika anda menerima panggilan yang tidak dikenali berulang kali.
6. Gunakan aplikasi seperti "Truecaller" bagi mengenal pasti panggilan dan menyekat panggilan spam.
Selain itu, pengguna juga perlu mengambil beberapa langkah proaktif bagi melindungi data peribadi agar tidak terdedah dan menjadi sasaran sindiket penipuan, tanpa perlu menghentikan semua aktiviti dalam talian. Berikut merupakan beberapa tips daripada CFM:
1. Jangan beri nombor telefon peribadi anda untuk mendapatkan hadiah percuma atau baucar promosi. CFM menasihati pengguna agar membuat emel alternatif jika terdapat keperluan untuk mendaftar menggunakan alamat emel yang hanya mempunyai maklumat peribadi minimum untuk boleh dikenal pasti bagi mendapatkan hadiah percuma dan baucar promosi.
2. Berhati-hati apabila mendaftar untuk sebarang pertandingan dan cabutan bertuah. Baca terma pertandingan dengan teliti sama ada penganjur pertandingan akan berkongsi data anda kepada pihak lain.
3. Sentiasa waspada apabila mendaftar maklumat peribadi anda di mana-mana laman web. Beri nombor telefon anda jika ia benar-benar diperlukan.
4. Sebelum memuat turun sebarang aplikasi pada telefon pintar anda, baca polisi privasi dan dapatkan maklumat yang tepat. Buat semakan di Google bagi mendapatkan ulasan tentang aplikasi tersebut yang akan membantu anda untuk mengenal pasti sebarang aplikasi yang mencurigakan.
Kredit: Bernama
Zaman sekarang, kena berhati-hati. Facebook, telefon kita bukan selamat 100%.. Jangan terlalu mendedahkan maklumat peribadi seperti alamat rumah dan tarikh lahir di laman sosial. Bahkan dari email kita pun scammer ni boleh dapat kan segala data termasuk gambar kita... sebab bagi pengguna android kan guna akaun google... Jadi, jangan terlalu terbuka mendedahkan segala maklumat kepada umum di media sosial.
Semoga bermafaat.
p/s: Aplikasi tilik nasib kat Facebook tu tak selamat untuk guna dan main.. Jangan cuba-cuba untuk seronok sebab ada bahayanya.
mudah2an dgn info ini kita sentiasa beringat
BalasPadam