Baca ayat ini jika terkena fitnah! | Fitnah Itu sakit... Sakit sangat.. Orang yang pernah rasa tahu...
Sakit tu buatkan kita sedih kecewa dan pelbagai perasaan Dukacita.
Tapi, jangan risau.. Al-Quran ada ubatnya... Al-Quran tu kan penawar...
Bacalah ayat ini... Berulang kali... Untuk pujuk diri, kembali bersemangat bila diri difitnah...
Tafsir Surat Yasin Ayat 76
فَلَا يَحْزُنْكَ قَوْلُهُمْ
Maka janganlah mendukacitakan kamu perkataan-perkataan hina mereka kepada kamu;
Allah memujuk Nabi Muhammad: jangan kamu bersedih dengan kata-kata mereka itu. Allah nak pujuk hati Nabi dan para pendakwah kerana Nabi Muhammad seorang yang sensitif. Dia tahu apakah yang akan terjadi kepada kaumnya andai mereka menolak ajakan tauhid itu.
Dia sayangkan kaumnya. Oleh itu dia amat bersedih. Kerana itu Allah pujuk Nabi untuk meneruskan apa yang baginda sedang buat. Jangan pedulikan apa kata mereka. Kerana apa yang Nabi sedang buat adalah perkara yang benar.
Dalam ayat ini, Allah bercakap terus kepada Nabi Muhammad. Ini adalah sebagai menunjukkan kasih sayang Allah kepada Nabi.
إِنَّا نَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ
Sesungguhnya Kami mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati mereka;
Contohnya, ada yang tak senang hati dengan dakwah yang kita bawa kepada mereka tapi mereka cakap dalam hati sahaja.
وَمَا يُعْلِنُونَ
dan apa yang mereka lantangkan dengan suara mereka;
Ini adalah jenis yang menzahirkan perasaan tidak gemar mereka secara berdepan semasa jumpa dengan orang yang memberi dakwah. Ada yang cakap berdepan, ada yang cakap di belakang. Semuanya Allah tahu belaka. Tak akan dapat sesiapa pun boleh sembunyikan walau apa pun dari Allah SWT.
Allah biarkan sahaja perbuatan mereka mengeji Nabi dan pembawa risalah itu. Mereka itu sebenarnya menambahkan dosa mereka sahaja. Semua kelakuan mereka akan dibalas di akhirat kelak.
Allah menerangkan dalam ayat ini bahawa Allah bukan tidak tahu perbuatan mereka itu. Allah catit semua sekali perbuatan mereka, samada mereka zahirkan atau tidak. Maksudnya, Allah akan balas perbuatan mereka itu bila tiba masanya.
Kredit: kasyah.com
mashaALLAH.. sangat sesuai dgn situasi skrg ni.. terima kasihh kak :D
BalasPadam