Bulan puasa, orang perempuan lah paling suka dan berlumba nak buat amal. Alhamdulillah. Tapi mereka ni istimewa sebab ada satu minggu yang akan pasti kurang puasanya berbanding lelaki. Sedih kan... Tak boleh puasa, tak boleh tadarus dan tak boleh tarawih... Tapi... Tapi... Jangan sedih... Sebab ada pahala lain Allah akan beri kalau kita buat kebajikan yang lain. Antaranya. Siapkan makan untuk orang berbuka puasa. Bagi anak remaja, masak atau beli juadah di bazar dan sedekah kepada orang yang berpuasa.. Insha Allah banyak pahalanya. Menuntut ilmu. Bersedekah Mengulang atau menambah hafalan al-Quran. Walaupun haid boleh saja baca ayat hafazan yang mana kita ingat. Baca dan ulang untuk kuatkan ingatan dan hafalan. Membaca al-Mathurat dan perbanyakkan zikir. Hmm.. Zikir paling mudah nak buat... Cuma kena praktis buat. Bila dah Lazimi zikir.. Insha Allah akan jadi kebiasaan di bibir.. Tambah pahala walaupun ketika ABC. Jadi, Wanita Jangan Sedih walaupun ABC. Allah tahu kemampuan kita. Dan Allah tu Maha Penyayang untuk kita. Jadi, buatlah amalan lain walaupun tak sama dengan orang berpuasa. Insha Allah pahalanya Allah beri juga. Sebab Allah tu Maha Pemurah dan Penyayang. Insha Allah. |
Wanita Jangan Sedih Tak Puasa Sebab ABC
5/03/2021 08:13:00 PTG
3
Tags
Betul. Alhamdulillah atas peringatan .ABC tuh keistimewaan Allah bagi pada wanita
BalasPadamgood sharing. Tq dear...
BalasPadamterima kasih atas perkongsian... wanita ABC pun boleh dapat pahala itu kelebihnya... Alhamdulillah
BalasPadam