GuidePedia

2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Sotong Bakar Paling Mudah | Ini adalah menu untuk Ramadhan pertama tahun ni.

Menu yang simple je... Tapi cukuplah untuk juadah berbuka buat kami laki bini...


Sotong bakar mudah je nak buat. Tapi resepi MF ni tak makan dengan sambal tapi makan dengan ayaq asam tomato.

Resepi Sotong Bakar mudah

Resepi sotong bakar paling mudah

1. Sotong diperap dengan beberapa bahan seperti:
Bawang putih, bawang merah, halia, cili padi, kicap dan juga cili kisar (untuk rasa pedas, tapi nak ganti dengan Black papper atau serbuk cili pun boleh), garam dan gula sebagai perasa.

2. Kemudian bakar atas pan ataupun pemanggang ajaib. Memula tu memang macam berair sebab air sotong tu keluar.. Nanti air tu kering dan sotong akan masak.

3. Dah masak sotong, bolehlah siapkan air asam tomato. Sebagai pelengkap hidangan.

Nak buat air asam tomato tak susah.
Buah tomato di potong atau racik halus. Lepas tu gaul lah dengan belacan, cili padi, bawang merah diracik dan garam serta gula sebagai perasa. Tambah la air  masak sikit bagi hancur belacan tu dan ada kuah sikit kan.


Itu saja lah resepi untuk Ramadhan pertama tahun ni...

Untuk pencuci mulut MF cuma buat Sagu Gula Melaka. Resepinya pernah MF kongsikan di entry ini:




Thanks for reading: Resepi Sotong Bakar Paling Mudah

Catat Ulasan

  1. sedap nampak sotong bakar tuh, kalau dpt buat pakai sotong yg lg besar msti sedap kenyal2 kn

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top