Breaking News

Mei 01, 2019

Motivasi dari Kisah Benar Yang Difilemkan | Manjhi : The Mountain Man

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Motivasi dari Kisah Benar Yang Difilemkan | Manjhi : The Mountain Man | Ini Dashrati Manjhi. Beliau merupakan seorang pekerja lombong arang batu yang miskin. Beliau bersama isteri beliau Falguni tinggal di satu perkampungan terpencil di pelusuk Gehlour India.

Perkampungan ini terpisah dari bandar dan penempatan lain kerana mereka terletak di sebalik sebuah banjaran gunung yang sangat besar. (Rujuk gambar di ruang comment)

Setiap hari isteri beliau akan mendaki Gunung untuk menghantar makanan pada beliau. Tapi satu hari, masa dalam perjalanan untuk menghantar makanan, isteri beliau Falguni terjatuh dari atas gunung dan tergolek melalui tebing gunung tersebut.

Dashrath hanya mampu melihat sahaja isteri beliau dari jauh. Beliau turun dengan cemas pada isteri beliau, ribakan kepalanya, beliau menjerit sekuat hati tetapi malangnya tiada siapa yang dapat menolong.


Hospital terdekat ialah 55 KM dari tempat beliau kerana mereka terpaksa melalui jalan yang berliku, pusing gunung dan pendakian yang jauh merentasi Gunung tersebut untuk sampai ke sebelah sana.

Berapa panjang banjaran tersebut yang menyebabkan penduduk terpaksa pusing keliling untuk seberang banjaran. Anak panah kecil menunjukkan di mana Manjhi membelah banjaran tersebut selama 22 tahun. 

Pada hari tersebut, seorang suami, meriba isteri nya yang berlumuran darah, dan melihat setiap detik terakhir yang amat memeritkan. Isteri beliau meninggal dalam pangkuan beliau.

Mulai saat itu, beliau bersumpah tiada orang lain akan alami apa yang beliau sudah alami, hanya kerana perkampungan mereka di halang oleh sebuah gunung. Tiada lagi penduduk kampung yang akan mati kerana tiada medical attention.

Beliau menjual 3 ekor kambing beliau. Itu sahaja satu-satu nya harta yang beliau ada. Kemudian beliau membeli peralatan seperti tukul, pahat, cangkul dan sebagainya.

Beliau mula memotong batu demi batu di gunung tersebut. Hari demi hari. Beliau akan naik ke gunung dan memotong satu batu demi satu batu.

Orang kampung mula memanggil beliau sebagai orang gila. Menghina, mencaci dan cuba untuk discourage beliau. Mereka katakan apa yang beliau buat adalah sia-sia.

Namun, setiap cacian, makian, dan penghinaan beliau ambil sebagai pembakar semangat dan penguat azam beliau. Dashrathi Manjhi akan mula memotong batu dari awal pagi hingga lewat malam. Bukan sehari, bukan dua hari. Tapi setiap hari, siang dan malam selama 22 Tahun.

Ye, 22 TAHUN tuan puan. Tanpa mengeluh, tanpa kenal erti penat.

Eventually lama kelamaan orang yang dulu menghina beliau mula datang membawa makanan, peralatan, malah datang membantu beliau.

Harini, jarak perjalanan dari kampung ke bandar dan Hospital hanya 15 KM. Beliau telah berjaya kurangkan jarak dengan membelah Gunung hanya menggunakan dua tangan beliau selama 22 Tahun.

Harini seluruh perkampungan beliau dan kampung terdekat, ratusan manusia, menggunakan jalan yang beliau bina seorang diri.

Cerita beliau kini telah di Filemkan dan di tayangkan di seluruh dunia. Beliau meninggal dunia pada 2007 yang lalu, pada usia 78Tahun.


Kisah Dashrathi Manjhi mengajar kita:

1. PERSETANKAN APA KATA ORANG! :

-Beliau di hina, di caci, di maki, di label gila selama bertahun-tahun. Namun tidak sekali kali beliau mengalah dan menyerah. Kerana beliau sangat jelas dengan impian yang nak capai.

Anda juga begitu. As long as you know what you are doing, just keep moving forward! Ignore the nay sayers!

Lama kelamaan orang akan faham. Seperti Dashrathi, orang yang sama menghina beliau kita mengangkat beliau sebagi wira, sebagai penyelamat mereka.

2. APA YANG TERJADI TIDAK PENTING, APA YANG ANDA BUAT ITU YANG PENTING! :

- Beliau boleh saja memilih untuk sedih, depress, rasa useless, dan sebagainya. sebaliknya beliau memilih untuk bangkit, take action, buat sesuatu yang mengubah keadaan!

Bila anda hadapi kekeciwaan, kekalahan dan kegagalan dalam hidup, INGAT!

“Apa yang terjadi pada anda tidak penting! Apa yang anda buat dengan apa yang jadi. Itu yang PENTING!”.

3. HARI YANG PALING MENYAKITKAN SELALUNYA ADALAH HARI YANG MERUBAH HIDUP ANDA :

- Saya percaya tanpa peristiwa yang amat memeritkan itu, mustahil beliau dapat keluarkan kuasa luarbiasa beliau itu yang tersimpan rapi dalam diri.

Setiap dari anda juga mempunyai kuasa yang luarbiasa. Kadang-kadang kita memerlukan sesuatu yang menyakitkan untuk keluarkan nya.

4. ANDA BOLEH CAPAI APA SAJA :

- Anda boleh capai apa saja dalam hidup, selagi anda sanggup jadi seperti Dashrathi Manjhi. Focus, consistent, dalam masa yang sangat lama. Sangat-sangat lama.

Dulu beliau hanya seorang, orang miskin yang tiada apa-apa, tidak di kenal siapa-siapa. Kini beliau di kenali seluruh Dunia.

5. HERO TIDAK WAJIB TERBANG:

- Kita di besarkan dengan watak superhero’s yang mempunyai kuasa superpower. Boleh terbang, boleh bergerak laju dan sebagainya.

Seperti Dashrathi, setiap dari anda adalah Superhero. Keluarkan kuasa anda!

Saya sangat terkesan dengan kisah beliau, hinggakan saya menangis kali pertama saya membaca tentang beliau. Ternyata manusia mampu membelah gunung kerana Cinta.

Soalan saya, apakah anda sudah bersedia untuk keluarkan Dashrathi Manjhi dari diri anda?

#Share. Sebarkan supaya lebih ramai terkesan dengan kisah beliau.

Kredit  -Afnan Rosli-

3 ulasan:

  1. Kagum.. 1 word utk keazaman dia memecahkan gunung selama 22 tahun. This is true superhero.

    BalasPadam
  2. Kagum.. 1 word utk keazaman dia memecahkan batu2 kat tu gunung selama 22 tahun. This is true superhero.

    BalasPadam
  3. ada tengok filem Manjhi : The Mountain Man tu, mmg terbaik, byk pengajaran dari kisah beliau ni..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^