5 Cara Sambut Bulan Puasa

Maria Firdz
1

5 Cara Sambut Ramadhan


5 Cara Sambut ramadhan. 


1. Niat

Perbaiki niat. Memang kita niat setiap malam kerana Allah. Tapi mungkin tak sepenuh hati. Hanya sekadar baca niat untuk sahkan puasa tapi tidak dari hati yang dalam. 


2. Doa

Banyak kan doa moga sempat jumpa Ramadhan dan buat amalan kebaikan sepanjang Ramadhan. 


3. Al-Quran

Banyak kan baca al-Quran. AlQuran diamalkan sepanjang masa. Bukan bila masuk Ramadhan sahaja. Tak dapat sehari satu muka surat. Sehari satu ayat pun jadilah. Yang penting baca dan hayati.


4. Sedekah

Banyak kan sedekah mulai sekarang. Supaya tangan tak berat memberi di bulan Ramadan. Paling baik dapat beri makan orang yang berpuasa sangat banyak pahala nya.

Kalau yang berniaga makanan di bazar tu, niat lah nak bagi orang berpuasa makan. Masak dengan ikhlas bukan semata-mata nak kaut untung. Insha Allah makanan akan sedap dan pelanggan tak kan putus. 


5. Qiam

Inilah kesempatan yang sangat bernilai bulan puasa. Sebelum sahur, buatlah qiam seringkas mungkin kalau terbangun lewat. Kalau dapat bangun awal itu yang terbaik. 


Semoga ramadhan kali ini kita sambut gembira dan seronok seperti orang yang soleh dan beriman yang sentiasa menantikan dengan penuh kehambaan. 


Jauhi pembaziran, jaga lidah dan mata, kurangkan media sosial yang suka melagakan orang dan fitnah sana sini. Moga bulan Ramadhan dapat melatih diri menjadi hamba Allah yang sebenar. Insha Allah. 

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !