GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Hilangkan Lidas Nenas

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Hilangkan Lidas Nenas | Sejak dok Johor, senang betul nak dapatkan nenas. Maklumlah di Johor ada satu tempat yang memang pengelur nenas sehinggakan diberikan nama tempat iaitu Pekan Nenas.


MF sejak dah boleh makan nenas.. Huii.. Hari-hari nak makan je.. Tapi nenas ni ada jenis juga... Ada yang jenis tak lidas... Memang sebiji boleh habis.. Tapi kalau kena jenis lidas... Fuhh.. Perit nak telan. Sakit lidah dibuatnya.


Tapi katanya ada cara nak hilangkan lidas ni nenas. Iaitu masa nak potong tu...

Cara Hilangkan Lidas Nenas

Cara hilangkan lidas nenas. 

1. Basuh buah nenas.

2. Potong melintang bahagian tangkai nenas tu biar sampai 1/2 inci isi nenas. Agak-agak je la kan..

3. Kemudian pusing dan gosok bahagian yang kita potong melintang tu di bahagian buah yang kita dah potong tu. Macam kita potong kepala buah timun tu..

4. Buat beberapa kali sampai keluar lendir dan getahnya.

5. Dikatakan kalau nak lebih mujarab tambah garam pada bahagian yang kita pusing-pusing tu.

6. Kemudian barulah dibasuh lendir dan getah itu dan bolehlah dipotong kulit dan potong makan.

7. Kata orang lama, lepas potong lumur lagi dengan air garam.


Lendir yang keluar itulah sebenarnya rasa lidas itu timbul bila makan nenas.

Cara Hilangkan Lidas Nenas

MF ada buat juga la.. Tapi kurang la sikit. Tapi rendam dengan air garam dalam 15 ke 20 minit sebelum dimakan tu boleh juga kurangkan lidas.

Tapi kalau dah lidas kat lidah tu... Cara nak legakannya dengan kemam gula... Ambil je secalit gula.. Dan kemam sampai gula tu cair dalam mulut.


Nenas memang bagus sebenarnya... Ubat batuk dan Sakit Tekak yang mujarab. Kalau sakit tekak atau batuk tak berhenti... Makan aje nenas cicah dengan garam... Insha Allah... Dengan izin Allah... Boleh sembuh. 

4Ulasan

  1. saya suka makan nenas jugak. terima kasih kongsi tips ni :)

    https://aerillhassan.blogspot.com

    BalasPadam
  2. sepanjang usia akak tak pernah tahu petua ni hehehe...
    cuma sebagai anak peladang nenas, akak kenal lah nenas jenis yg lidas atau tidak, lagi2 zmn skrg nih dh ada macam2 jenis nenas yg dh tak lidas walaupun banyak mana kita mkn...

    masa akak kecik dulu, nenas jenis gandul, nenas mores mmg klu di mkn banyak akan lidas... utk hilangkan lidas selalu mkn dgn garam atau kicap, tp kalau di masak nenas2 tu hilang rasa lidasnya lah... tp sejak tahun 2005 hingga skrg dh banyak jenis nanas yg tak lidas klu mkn banyak mcm nenas josephine n nenas madu

    BalasPadam
  3. lidah saya pun tak tahan makan nenas, walaupun nenas sarawak yang manis tu. jadi takut nak makan sudahnya :D

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ