GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Dosa Free Postage Dalam Iklan Bisnes Online

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dosa Free Postage Dalam Iklan Bisnes Online | Tetiba MF kembalikan isu bisnes online.

Sekarang rancak sangat perniagaan online ni... Dari umur budak sekolah rendah, hingga mak cik-makcik dah tahu pasal bisnes online.


Disebabkan kepesatan teknologi dan gaya hidup moden, bisnes dan jual beli nampak sesuatu yang biasa hingga orang tak pedulikan bab hukum hakam.


Memang banyak sangat MF nak tulis pasal ni... Banyak isu yang timbul... Tapi ramai orang Islam tak cakna sebab kelabu mata dengan duit dan kekayaan dunia.

Dosa Free Postage Dalam Iklan Bisnes Online

Dosa Free Postage Dalam Iklan Bisnes Online 

Kenapa Dosa Free Postage?

Salah ke, buat iklan free postage...

Sebenarnya hal ini hanya peniaga online je tahu... Dosa ke tak..


Sebagai peniaga, MF tahu sedikit selok belok berniaga..

Tahu lah kira untung rugi jualan sesuatu barang.

Sebenarnya... Kalau kita nak berikan kos penghantaran percuma itu tak melibatkan kos barang.

Contoh...

Harga barang kita jual RM100, setelah ditolak dengan modal kita ada untung dalam RM40 dari harga kos dan modal. Sebagai peniaga, kita nak bersedekah... So kita kira free postage je la tanpa menganggu kos barang.

Tapi ianya boleh jadi dosa Free Postage jika ianya terjadi begini...

Harga barang yang diiklankan  RM108 dengan ayat
"RM108 FREE POSTAGE"
tapi harga sebenar jualan ialah RM100 (yang ni penjual je la tahu, pembeli tak tau)

Yang salahnya ialah free postage tu...

Ubahlah free postage tu kepada ayat

"Termasuk harga pos" atau pun "termasuk kos pos".

Nampak macam sama... Tapi tak serupa..

Mungkin akan ada yang kata... Alah... Biasalah itu kan ayat marketing... Pembeli yang tak faham ayat marketing atau selok belok perniagaan akan tertipu dengan ayat "free postage".

Yes... Ayat berniaga tetap ada hukum yang diambil kira.


Sama juga lah.. Harga barang dengan free gift... Tapi sebenarnya... Kos free gift tu termasuk dalam harga barang tu.. Ini selalu la terjadi kat kedai online popular kat siaran televisyen kita... Tapi tak semua barang lah...

Dosa Free Postage Dalam Iklan Bisnes Online

Berlaku jujur dalam berniaga 

Berlaku jujurlah dalam berniaga... Tak salah.. Bahkan banyak manfaatnya.

Kita berniaga bukan semata-mata nak kaya tapi berkat itu yang lebih utama.

Kaya tapi rezeki kita dapat tak berkat.. Tak kan ke mana pun... Bahkan menjadikan kita jauh daripada Allah... Menjadikan hati kita mati dan sombong.. Nauzubillah...


Jadi, buat peniaga online... Selidik lah teknik dan marketing yang haruskah oleh hukum hakam Islam.
Mungkin kita jual nampak halal, tapi terselit rezeki yang haram atau syubhah... Dan akhirnya rezeki tu kita bagi keluarga kita makan pula yang jadi darah daging kita.


Banyak kan belajar ilmu Muammalat Islam... Ikut panduan Islam... Insha Allah... Kaya dunia dan di akhirat.. Insha Allah... 

8Ulasan

  1. Terima kasih atas perkongsian ini sangat bermanafaat.
    Islam itu mudah tapi jangan dipermudah-mudahkan.
    Sama jugaklah dengan hukum bermain duit kutu tradisional tu dulu Mrs. A tak tahu pun kena akad kepada setiap seorang yang turut serta tu Allahu takut sendiri. Syukurlah sekarang dah tahu walaupun nampak remeh tapi wajib lafazkan akad tu untuk menghalalkan.

    BalasPadam
  2. betul tu.. Alhamdulillah yg ejulz amalkan sebelum ni betul. Harga termasuk pos .....

    BalasPadam
  3. Perkongsian yang bagus.. Hanya penjual sahaja yang tahu Free postage tu dosa atau tak.. TQ Sis..

    BalasPadam
  4. Kadangkala memang terjadi macam ni. Sebenarnya kalau orang seronok nak beli produk kita tu letak harga termasuk kos penghantaran pun org tetap seronok nak beli.. bila jujur makin murah rezekinya nanti.

    BalasPadam
  5. Okay saya faham apa yang dimaksudkan haram sebab macam menipu customer disitu kan! terima kasih reminder

    BalasPadam
  6. Betul tu.. tu strategi yang patut tak leh pakai .. tukar jela istilah.. dan yang betul… memang kelabu mata.. tp kadang perasan juga.. nape mahal dari lain .. kira2 balik.. sama dengan je.. hahaha

    BalasPadam
  7. perkongsian menarik. betul apa kak maria kata, bagitau dengan betul cust tak marah kalau dia serius nak beli

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ