Bulan Mac, Sibuk Dengan Segala Macam Permohonan Online

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bulan Mac, Sibuk Dengan Segala Macam Permohonan Online | Bulan Mac, bulan yang sibuk... segala macam permohonan bermula bulan Mac...


Permohonan apa yang dibuka pada bulan Mac?

1. Permohonan dan pendaftaran PT3

Bulan ni cikgu-cikgu busy siapkan segala permohonan calon PT3... Dah mula kena isi dan semak permohonan. Ibu bapa juga patut tahu... terutama yang ada anak Tingkatan 3 tahun 2019 ni.

Kena alert dengan segala macam tarikh lepas ni...

Tempoh pendaftaran online untuk PT3 bermula 1 Mac 2019 hingga 31 Mac 2019.


2. Permohonan Pendafataran Tahun 1 2020 dan 2021

Permohonan Pendafataran Tahun 1 2020 dan 2021


Memandangkan anak MF yang kedua bakal bersekolah nanti, maka kena la semak balik permohonan yang lepas.

Dah pernah buka akaun masa permohonan kakak dia dulu, jadi mudah sikit untuk yang kedua ni. Dah tahu nak buat apa.

Permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2020 dan 2021 dibuka pada 1 Mac 2019 sehingga 30 April 2019. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)

Nak buat awal-awal supaya tak kelam kabut nanti. Sebab bulan April sibuk nak update cukai pula kat laman web e-filing.

Bagi yang nak mohon atau daftar Tahun 1 boleh layari laman web ini:


3. Permohonan Pra-Sekolah 2020

Permohonan Pra-Sekolah 2020

Ini pun untuk anak juga la ni... ALhamdulillah dah selamat dah buat permohonan... Dapat ke tidak lain cerita.

Tinggal nak submit borang kat sekolah secara manual la pula dengan dokumen lampiran yang lengkap.

Kalau ikut zaman si kakak dulu, tak tengok gaji pun ... semua permohonan Pra-Sekolah 6 tahun diterima masuk... Tak tahu la adik dia ni kan... Kalau ada rezeki, insha Allah... dapatlah...

Kenapa MF hantar ke Pra Sekolah? Boleh baca di entry ini:
Antara PASTI dan Pra-Sekolah

Tempoh mohon ke Pra-Sekolah ialah 1 Mac 2019 sehingga 30 April 2019, tapi kalau secara manual hingga 31 Mei 2019.


Klik sini untuk mohon: https://eprasekolah.moe.gov.my/

So, bila ada anak memang kena alert dengan usia dan tarikh lahir anak. Sebab jangan sampai tertinggal. Kalau tak, makin rumit prosedurnya nanti...

Dan sekarang ni pun segala macam dokumen dia nak untuk pengesahan, tak kira la anak tiga empat pun.... Dan jangan lupa... buku pink atau biru anak masa bayi dulu, sangat berguna untuk permohonan kemasukan ke sekolah ya...


Moga dipermudahkan urusan online-online ni... kena buat awal-awal... last minit nanti takut server problem ke, line internet slow ke.. hah.. tak ke susah kan... Jadi, buat aje awal-awal... dah settle bab anak ni, baru lega sikit... 

1 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. nice share..
    busy nau.. hehehe.. semoga dipermudahkan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama