Minuman yang Menakjubkan untuk Cairkan Lemak Dalam Tempoh 4 Hari

Maria Firdz
2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Minuman yang Menakjubkan untuk Cairkan Lemak Dalam Tempoh 4 Hari | Lepas bersalin anak keempat, alhamdulillah... Dapat capai BMI badan normal. 

Tapi masalahnya... 

Badan takde lah gemuk... Cuma part-part tertentu dah ditimbuni lemak. 

Kalau orang lelaki... Biasanya perut lah kan.. 
Perempuan pula kat peha, pinggul, lengan dan perut biasanya akan ada lemak berlebihan. 

Tapi kena usaha juga untuk hapuskan lemak ni dengan senaman. 

Tapi dikatakan minuman ini bagus untuk cairkan lemak dalam badan... 

Boleh ke.. 

Kena cubalah kalau nak tau... 

Insha Allah.. Tak bahaya sebab semuanya guna bahan semula jadi. 

Untuk membuat minuman cairkan lemak dalam masa 4 hari ni, kita memerlukan bahan-bahan berikut:

8 ½ cawan air ditapis
1 sudu teh halia parut (atau satu sudu halia organik serbuk akar)
1/2 timun, dihiris nipis
1/2 lemon, dihiris nipis
12 daun pudina

Cara kurangkan lemak dalam badan
Minuman cairkan lemak
 Cara penyediaanya:

Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati. Keluarkan kepingan lemon, halia dan daun pudina sebelum menuangkan minuman tersebut ke dalam gelas. 

Minum je minuman ni... Jangan minum air manis... Kalau tak habis boleh sejukkan dalam peti sejuk.

Boleh minum minuman ini setiap hari dalam masa 4 minggu, kerana ia selamat dan sangat menghidratkan.

Bagaimana ia berfungsi dan mengapa ia begitu berkesan?


Semua bahan-bahan yang disenaraikan diatas mempunayai pelbagai manfaat kesihatan dan kesan pembersihan, tetapi apabila digabungkan, mereka mampu menghasilkan BOM yang sihat dimana ia membantu menyucikan badan dan membantu membuang lemak yang berlebihan.

Sekarang jom kita lihat satu persatu khasiat bahan yang telah kita gunakan tadi.

Timun:

timun adalah rendah kalori, bertindak sebagai diuretik, kaya dengan serat pemakanan dan membantu menjaga alkali badan. Timun adalah makanan yang sesuai untuk penurunan berat badan.

Halia

Dalam satu kajian yang dilakukan di Institut Pemakanan Manusia di Universiti Columbia menunjukkan, apabila seseorang individu minum minuman panas dengan halia, mereka berasa lebih kenyang dan mempunyai peluang kurang daripada makan berlebihan.

Lemon

Walaupun pada dasarnya lemon mengandungi asid, tetapi apabila diproses di dalam badan manusia hasilnya adalah dalam keadaam beralkali. Lemon mengandungi kedua-dua sitrik dan asid askorbik,asid-asid lemah mudah dimetabolismakan dalam badan membolehkan kandungan mineral lemon untuk membantu pengalkalian darah(ph optmal darah ialah:7.35 – 7.45). darah yang ber Ph rendah dari itu (berasid) sangat “subur” untuk sel-sel kanser dan bakteria jadi mengundang pelbagai jenis penyakit.

Pudina

Anda mungkin tidak terfikir bahawa pudina sebagi penahan selera makan. Tetapi sebenarnya ia memang penahan selera. Pudina bukan sahaja memberikan rasa segar malah dapat membendung rasa ketagihan untuk makan.

Air

Anda semua mesti sudah tahu manfaat kesihatan apabila minum air yang mengcukupi. Air menyokong kehidupan kita, menghidratkan badan, meringankan sendi dan otot semasa senaman,dan jika minum secara teratur ia dapat mengurangkan ketagihan makanan

Selamat mencuba.. 

Olahan dari sumber : Telegram Channel

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Allahu dah lama x minum air lemon... kena amal ni, lemak pun dh berlebih-lebih... thanks for sharing

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !