GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

[Throwback] Seksanya Keracunan Makanan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

[Throwback] Seksanya Keracunan Makanan | Kes Keracunan makanan masih belum reda... 

Antara yang serius berlaku tahun ni sebab melibatkan kematian... 

Kes Keracunan yang dikatakan sebab laksa di Kupang, Kedah. 

Kampung sebelah dengan kampung MF... Setiap kali balik kampung memang lalu tapi tak pernah beli. 

Dah lama gerai laksa tu bertapak.. Ini dugaan terbesar buat pemilik gerai tu. 

Apa pun.. Keracunan makanan tak boleh dibuat main... Memang kalau teruk sangat memang boleh menyebabkan kematian sebab hidrasi. 



MF sendiri pernah alami Keracunan makanan.. Aduhai.. Kalau ingat macam nyawa di hujung tanduk dah. 

Tapi Keracunan tu sebab makan ayam lama. 

Sendiri yang masak.. 

Ayam bahagian tulang-tulang tapi ada juga campur isi tu MF bekukan... Dalam 2 minggu macam tu baru masak.

Masak kicap masa tu. 

Yang makan masakan tu MF je.. Mujur juga suami dan anak tak nak makan... 

Lepas makan.. Biasa lagi.. Tapi mula petang dah mula ke tandas dah.. Memang seksa... 

Berulang alik ke tandas... Tapi MF tetap minum air sebab takut dehidrasi... 

Kemuncaknya bila malam.. Sedap orang tidur MF ke toilet lagi buat ke sekian kalinya. 

Tapi... Mujur masa tu... Keluar semua dengan muntah serentak.. 

Memang perut tak boleh hadam.. Mungkin virus yang ada dalam ayam dan virus dalam perut berperang kan.. Bila keluar semuanya... Alhamdulillah... Baru lega. 

Dan mungkin  juga tak teruk mana... 
Alhamdulillah... Memang seksa.. 

Sejak tu MF fobia nak makan ayam. Sekarang ni kalau beli ayam... MF frozen kan bahagian isi je.. Kalau tulang-tulang tu MF terus masak je.

Keracunan makanan biasanya disebabkan virus. Antaranya virus salmonella... 

Virus ni biasanya datang dari najis dan juga haiwan. Jadi selepas ke tandas basuh tangan sebersihnya sebelum makan. 

Sekarang ni virus makin banyak... Kita tak nampak jadi kena cegah.. Ke mana-mana bawa sanitizer je sekarang ni. Tambah ada anak kan... 

Kalau nak makan luar pun pilih kedai yang bersih... Nak beli kat pasar malam pun tengok dulu kebersihan gerai dan penjual. 

Tapi.. Moral of the story... Keracunan ni bukan boleh jadi kat luar je.. Dalam rumah pun boleh.. Jadi, asasnya jaga kebersihan itu yang utama... Mencegah lebih baik dari mengubati.. 


Sekian... 

3Ulasan

  1. sha pun dah taknak keracunan makanan, walaupun orang cakap badan sha besar mampu kalau muntah cirit tu tapi tak, sha nangis nangis masa kena haritu. letih rasa macam nak habis nyawa sampaikan minum air kosong pun muntah, perut sampai sakit sebab muntah T___T

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ