GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Koleksi Soalan Percubaan SPM Negeri 2018

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Koleksi Soalan Percubaan SPM Negeri 2018 |  Ada lagi sebulan baki masa untuk pecutan akhir peperiksaan sebenar SPM. Debarnya la hai... macam nak pergi perang. Itulah cikgu kan... Anak murid nak periksa cikgu yang debar lebih.

Usaha yang berbaki sebulan ni dihabiskan dengan ulangkaji dan buat soalan-soalan percubaan dari negeri-negeri lain.

Jika dulu, susah nak dapatkan soalan percubaan negeri lain, Alhamdulillah... dengan teknologi Telegram, sekarang mudah nak dapatkan soalan tu.

Walaupun MF tak ajar Tingkatan 5 tahun ni, tapi soalan-soalan ni berguna untuk yang akan datang.

Koleksi Soalan Percubaan SPM Negeri 2018
sumber: google images

Koleksi Soalan Percubaan SPM Negeri 2018

Bagi cikgu-cikgu yang nak dapatkan soalan percubaan dari negeri lain boleh Join Channel Percuma di Telegram ni...


Kat Channel tu, banyak soalan pelbagai subjek ada... dari banyak negeri... Kalau subjek teras tu banyak juga orang share, subjek elektif tengok juga la...

Dan satu pesanan ikhlas... dari admin channel ni:

FRIENDLY REMINDER 
Kepada rakan2 dan guru-guru yang menggunakan bot& channel ini sekalian. Mohon JANGAN mengambil keuntungan dengan menjual koleksi2 kertas soalan percubaan 2018 ini kepada rakan² atau murid² anda. ILMU ITU PERCUMA TAK BERKATA KALAU AMBIL UNTUNG! 
Ada juga beberapa websites yang download segala kertas yang saya share dalam bot&channel  ini, dan uploadkannya, TANPA KEIZINAN SAYA dalam websites. 
Ini menjejaskan para guru dan kawan yang bantu saya. Mereka tidak mahu kertas-kertas sebegini diuploadkan dlm internet dan dijual di pasaran. Saya tahu bahawa admin website boleh mendapat keuntungan untuk setiap download daripada link bit.ly dan segala iklan yang pop up semasa melayari laman web tersebut. 
 Kalau nak upload bahan saya, tolonglah mendapat kebenaran dulu, saya gembira kerana web2 terkenal itu dpt membantu banyak pelajar, tetapi, sertakan source link file tersebut. Lebih senang you upload, lebih senang kerja cetakkan company besar.  
UNTUK WEBSITE-WEBSITE YANG BERBUAT SEDEMIKIAN, SILA MESEJ  @armymedic  atau  @Grea7ha 
dan uploadkan link
https://t.me/SpmTrials2018Bot
Dan  https://t.me/koleksitrialspm18
dengan SEGERA!  
SAYA TIDAK MAHU LAGI MELIHAT WEBSITE ATAU GURU TUISYEN YANG MENGAMBIL BAHAN-BAHAN BOT INI DAN MENDAPAT KEUNTUNGAN DARIPADANYA!

Koleksi Soalan Percubaan SPM Negeri 2018

Jadi, MF kongsikan link aje... untuk sama-sama dapat manfaat... mungkin ibu bapa nak beri soalan untuk anak... anak murid sendiri yang mencari soalan... dan para guru yang sedang cari soalan trial negeri lain... Tapi jangan pula nak ambil keuntungan atas kesenangan dan kemudahan yang orang lain dah sediakan... Tak berkat rezeki nanti...

Moga membantu para calon SPM membuat persediaan SPM yang bakal tiba nanti...

Semoga bermanfaat. 

0Ulasan