Hampir Tertipu Dengan Scammer dari Shopee

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hampir Tertipu Dengan Scammer dari Shopee | Biasa dok baca dan dengar je kisah scammer yang memerangkap pelanggan dan penjual online untuk mudah dapat duit.

Tapi tak sangka pula, semalam kami laki bini alami pula sendiri...


Kisahnya...

Suami menjual barang terpakai Kat Shopee... Selain jual sticker cutting... Barangan Gadjet terpakai seperti wayar charger dan sebagai kami jual kat Shopee..

Tak sampai beberapa jam... Terus ada yang tanya kat chatting...

Lepas tu dia suruh WhatsApp... Suami pun WhatsApp lah... Tak syak apa-apa sebab nombor Malaysia.

Suami mulakan dengan salam.. Itu memang lumrah lah... Tapi sebaliknya dia speaking pula...


Tak reti bahasa Malaysia katanya... Tapi dia kata dia orang Malaysia... Cuma tinggal di luar negara.

Ok.. Takpe lagi...

Lepas tu suami breafing sikit pasal produk dia nak beli... Tapi dia macam tergesa-gesa nak bayar.. Terus minta nombor akaun...


Kami ni dah 6 tahun jual beli online.. Jadi, tak syak apa-apa lah kan..

Sebab memang ada setengah pelanggan jenis tak kisah.. Excited terus nak beli je...

Tak lama lepas tu... Dia kata WhatsApp kata dah bayar.


Seperti biasa.. Suami akan minta alamat dan sebelum pos kami akan check akaun dulu... Sama ada duit masuk ke tak..

Sekali takde pun duit masuk..

Bila maklum kat dia.. Dan minta bukti pembayaran dia kata ada kat email.


Cari kat inbox takde... Cuba semak kat folder SPAM. Ada... Sejak tu rasa semacam dah...

Lepas kami balas lagi... MF dan suami bergilir balas WhatsApp tuh..


Kami kata takpe kami tunggu la sampai duit masuk...

Tapi bila check balik email tu kata duit dia masuk kan RM530... sedangkan barang tu harga RM30 je..

Lepas tanya.. Dia kata polisi bank dia.. Bank akan cas lebih.. Lepas tu nanti kita kena pulangkan..

Suami kata.. Takpe la.. Nanti kami akan bank in kat sepupu dia tu...


Lepas kata gitu... Dia seakan bengang dah.. Sebab dia kata kami tak faham.. Mula dia rasa nak marah agaknya.

Dia kata duit tak kan masuk kat akaun kami... Sebab bank nak bukti pembayaran kami refund RM500 dulu dalam akaun dia..

Lepas kata gitu... Terus la suami kata... Awak ni scammer kan. Saya nak buat report..

Perghhh... Dia berani kau... Dia pun ugut kami.. Nak buat report juga sebab kami tipu dia.. Haha...

MF rasa something je.. Terus la print screen email dan tanya sahabat kat group AFB... The best sahabat alam maya I have...

Alhamdulillah... Sangat membantu dan melegakan... Ramai respon kata memang scammer tu...

Jadi, sahlah.. Betul scammer..

Dan memang tak puas hati... Sebab kami kata nak tunggu lepas dua jam.. Sebab ikut email tu kata lepas 2 jam duit masuk..

Tapi dah memang tipu.. Mana ada duit masuk..

Dia call berkali... Kami tak angkat...

Last sekali block terus..

Fuhh... Seram kalau fikirkan...

Punya lah licik dia nak ambil duit tu kan...

Memang kena berhati-hati....

Sebelum ni scammer dari RHB.. Secara rambang je dia akan call seolah dari bank..

Mula cuak juga.. Tapi lepas bagi tau kita takde akaun dengan RHB dia pun letak je.. 2 kali gak dapat panggilan gitu..

Itulah sekarang ni... Nombor phone kita ni tak selamat mana... Tak angkat serba salah.. Dah angkat menyesal pula.. Itulah..

Moga Allah lindung kita..

Hampir Tertipu Dengan Scammer dari Shopee

MF kongsi kan sikit modus operandi geng scammer ni... Kalau dari pembeli online.

1. Dia akan bagi tau dia asal Malaysia tapi tak dok di Malaysia dan dia nak pos barang tu ke dalam Malaysia.

2. Dia tak kan tanya bab barang. Dia cuma seolah teruja nak beli sehingga tak sabar nak bayar.

3. Dia akan bayar dengan cepat dan minta kita semak pembayaran di email bukan bank.

4. Dia akan kata terlebih bayar sebab overcharged Bank..

5. Dia akan mendesak jika kita tak refund balik.

6. Dia akan berani mengugut seolah kita salah. Sebab menipu dia.. Yang ni buatkan kita rasa takut dan tergugat. Tapi abaikan je.

7. Memang dia akan guna nombor dalam negara je... Sebab kalau nombor luar dia tau orang tak layan..


Itu antara pengalaman MF dan suami layan scammer...

Memang kena berhati-hati lebih lepas ni.. Tapi itulah dugaan dan cabaran online...

Risiko ada di mana-mana..

Moga Allah melindungi... 

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Sekarang ni macam-macam kes scammer kan. sekarang memang kena hati-hati kan.

    BalasPadam
  2. Aduhai..liciknya dia.. kalau orang tak pandai dah lama kena tipu..

    BalasPadam
  3. Haihh, macam-macam cara nak menipu... 2 bulan lepas, rakan-rakan opis saya pun terkena dengan panggilan scammer, katanya daripada RHB bank dan diorang mempunyai hutang tertunggak sebanyak RM5k dan bank dah buat report polis..Kalu nak settle, kena call nombor balai polis yang diberi dan akan bercakap dengan inspektor mana tah.. Yang kelakarnya memang gigih betul scammer nie call sebab setiap staf kat opis tue dapat panggilan dan dapat cerita yang sama.. hihihi kitorang yang memang dah tau kerja scammer terus aje letak phone sebab banyak kerja lain lagi nak kena buat..

    BalasPadam
  4. biasa kena dgn adik dia akan kata nak hanatr emas,handfone dan handbag tapi kena bayar duit 1500 untuk proses pos huhuu

    BalasPadam
  5. Allah.. Macam-macam cara orang nak menipu sekarang ini.. semoga kita semua dilindungi.. Aamiin..

    BalasPadam
  6. macam tu ek cara mereka nak menipu, scary bila difikirkan

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^