Penjelasan : Golongan LGBT Layak Terima Zakat Selangor

Maria Firdz
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Penjelasan : Golongan LGBT Layak Terima Zakat Selangor | Kecoh betul isu ni kat media sosial semalam...

Ini gara-gara berita dari TV3, yang buat tajuk hangat berita.. "10 Golongan Songsang Layak Terima Zakat".

Ramai lah melatah bila isu ni timbul... Dan semestinya yang kurang usul periksa dan tabayyun.. Cari gali ilmu akan terus share dan mengecam.. Itu memang sikap orang kita kan... 😔


Sebelum nak melenting... Baik baca dulu berita yang sahih...

Cari dulu apa itu golongan Asnaf al-Riqab... Cari dulu penjelasan ulama silam dan ulama kontemporari dalam isu ni... Jangan melenting dulu...

Lepas timbul isu ni barulah keluar penjelasan dari berita sebenar...

 Penjelasan : Golongan LGBT Layak Terima Zakat Selangor

ZAKAT ITU BUKANLAH DIBERI SECARA TERUS KEPADA GOLONGAN LGBT

Mari bertenang dan hadam perlahan-lahan..

Apa itu Asnaf Al-Riqab?

Dari segi bahasa ialah golongan Hamba.

Tahun 2012, Mufti negeri Selangor dah bersidang pun dan keluarkan fatwa tentang golongan Asnaf ni. Tapi kita mana cakna kan... Bila timbul isu baru tahu rupanya dah ada fatwa... 6 tahun yang lalu dah..

Majlis Fatwa Selangor telah memperluas peruntukan terhadap beberapa kategori lagi yang membolehkan peruntukan wang diberi kepada Badan NGO atau Rumah Pemulihan Akhlak bagi menyantuni dan membantu mereka kembali ke jalan Allah dan membebaskan dari belenggu dan gejala permasalahan.

Antara permasalahan yang boleh Badan NGO tuntut ialah seperti:

(A)Terbelenggu dengan dadah:
i. Penagih dadah.
ii. Bekas penagih dadah.

(B) Terbelenggu dengan masalah jenayah syariah:
i. Minum arak.
ii. Zina.
iii. Judi.
iv. Khalwat
v. Buang anak
vi. Mengandung luar nikah.
vii. Mempersendakan Al-Quran dan Hadis.
viii. Sumbang mahram.
ix. Persetubuhan haram.
x. Muncikari (ibu ayam).
xi. Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam.
xii. Dan lain-lain yang berkaitan Enakmen Jenayah Syariah (Negeri
Selangor) 1995.

(C) Terbelenggu dengan amalan salah Islam:
i. Tidak solat.
ii. Tidak puasa.
iii. Buang anak.
iv. Usaha ingin bunuh diri.
v. Hidup bersama pelacur.

(D) Terbelenggu dengan gaya hidup sonsang:
i. Pelacur.
ii. Lesbian.
iii. Mak Nyah (Transexual).
iv. Gay.
v. Homoseksual.
vi. Gigolo.

#Sekali lagi #ditegaskan peruntukan #Zakat #AlRiqab diberi kepada #BadanNGO dan #PusatPemulihan yang berdakwah menyantuni golongan ini seperti golongan LGBT atau pekerja seks dan yang berkaitan senarai di atas kembali ke Jalan Allah bagi membantu mereka keluar dari belenggu dan permasalah di atas, Insyallah. WALLAHU A’LAM

Sumber rujukan fatwa Selangor 20 Jun 2012

 Penjelasan dan rujukan dari ahli Terminal Insani.

Penjelasan Mufti Selangor sendiri melalui BERNAMA,

SHAH ALAM, 5 Sept — Golongan yang terbelenggu dengan gaya hidup songsang seperti lesbian, gay, mak nyah dan pelacur merupakan antara penerima bantuan zakat Al-Riqab di Selangor, kata Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid.

Beliau berkata Fatwa Jenis Penerima Asnaf Al Riqab Negeri Selangor itu telah diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 14 Mei 2012, atas dasar kebajikan dan kasih sayang dalam Islam supaya golongan ini tidak terpinggir serta merasa seolah-olah didiskriminasi.

“Di dalam fatwa tersebut telah dinyatakan senarai jenis penerima agihan asnaf Al Riqab yang layak menerima bantuan zakat berkenaan melalui perantaraan mana-mana institusi, pusat, NGO (badan bukan kerajaan) lslam dan individu perseorangan, yang dibenarkan oleh undang-undang dan hukum syara’.

“Pihak-pihak ini berfungsi melaksanakan tugas-tugas membebas, mengurus, melindungi, merawat dan memulih asnaf Al Riqab supaya dapat menjalani kehidupan sempurna secara lslam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu, antara golongan yang turut tersenarai sebagai penerima asnaf Al Riqab adalah homoseksual, gigolo, biseksual, pengkid, tomboy dan mereka yang bersedudukan dengan orang bukan Islam.

Mohd Tamyes menegaskan golongan lesbian, gay, biseksual, dan transgender atau lebih dikenali sebagai LGBT dianggap sebagai satu penyakit mental dan amat membimbangkan kerana telah melawan fitrah.

Beliau berkata berdasarkan kepada Al-Quran dan Hadith-hadith Rasulullah S.A.W, hukum yang berkaitan dengan LGBT adalah jelas haram serta bertentangan dengan ajaran lslam.

“Melihat kepada impak negatif gejala ini dalam masyarakat, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah mengambil inisiatif proaktif dengan memutuskan beberapa panduan hukum yang jelas bagi merungkai persoalan hukum berkaitan isu-isu LGBT.

“Antaranya hukum perkahwinan mak nyah dengan lelaki, hukum menukar jantina mak nyah dan hukum wanita menyerupai lelaki (pengkid).

“Menjadi harapan kami agar masyarakat lebih peka serta perlu lebih penuh keimanan dalam memahami dan melaksanakan hukum-hukum yang telah diputuskan oleh para ulama berautoriti dalam negara kita ini,” katanya. — Bernama

JADI, KAT MANA KATA GOLONGAN NI TERIMA ZAKAT???

Bukan golongan songsang ni yang terima zakat, tapi badan NGO yang membantu memulihkan golongan songsang ini... Yang nak berubah..

Harap jelas dengan isu ni...

Sebenarnya kalau fikir logik.. Tak kan lah diorang ni terima zakat kan... Bukan ada keistimewaan apa pun.. Bahkan lagi kaya..

Cuma... Kita ni cepat sangat melatah... Berita pun saja timbulkan isu.. Tambah kan zaman orang malas baca isi.. Baca tajuk je dah buat kesimpulan sendiri...

Blogger macam MF selalu kena macam ni.. Baca tajuk je, lepas tu kena kecam.. Sedangkan kita dah letak sumber rujukan... 🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️


Sedih kan... Tapi nak buat camne.. Itulah realiti akhir zaman.. Fitnah berleluasa sangat dah.. Sampai tak tau mana betul dan salah..

Harap... Kita jenis orang yang relax ye bila ada isu... Cari sumber yang sahih, selidik dan periksa... Jangan cetusan fitnah dan kontroversi. Tak de faedahnya... Kot jenuh nak jawab di akhirat sana...

Sama-sama kita beringat ye.. 

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !