GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Dosa Sebanyak Buih di Lautan dapat Dihapuskan Dengan Amalan Zikir Ini!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dosa Sebanyak Buih di Lautan dapat Dihapuskan Dengan Amalan Zikir Ini!  | Tahukah kita apakah zikir yang boleh menghilangkan dosa-dosa kita walaupun sebanyak buih-buih dilautan?


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

Dari Abu Hurairah dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


"Barangsiapa bertasbih (Subhanallah) kepada Allah selepas solat sebanyak 33 kali, dan bertahmid (Alhamdulillah) kepada Allah 33 kali, dan bertakbir (Allahuakbar) kepada Allah 33 kali, hingga semuanya berjumlah 99, -dan baginda menambahkan- dan kesempurnaan 100 adalah membaca;


لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maka kesalahan-kesalahannya akan diampunkan walau sebanyak buih di lautan." [HR Muslim (597)]

Jom amalkan zikir yang telah di ajar oleh Rasulullah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam itulah sebaik-baiknya. Wallahualam.

Kredit: Page Jalan-jalan Cari Ilmu

Amalan Zikir ini wajiblah disertai dengan melengkapkan amalan fardu yang lain...

Kalau solat, puasa, tutup aurat pun tidak buat... Amal lah zikir ni banyak mana pun... Tak kan berkurang dosa kita sebab kita buat dosa besar...

Dosa besar, nak dihapuskannya dengan Taubat Nasuha dan berubah tak ulang lagi dosa tersebut. 

2Ulasan

  1. Jaga yang asas...maniskan dan tambah yang lainnya..insyaAllah.

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsiaan... zikir yg senang nak buat lps solat.... semoga dpt diamalkan tuk dri saya yg leka ni

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ