GuidePedia

1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Stress Akan Mengundang 6 Penyakit Ni Kalau Tak Diurus Dengan Baik | Tekanan atau stress... Menyerang sesiapa sahaja...

Budak-budak pun boleh stress sebenarnya... Tanda dia stress, dia murung, memberontak tak pun menangis...

Kita yang dewasa ni lagi lah kerap alami stress...

Tapi hidup tanpa tekanan macam tak best pula sebab takde cabaran dalam hidup... Happy je memanjang..

Tapi kalau stress je pun memanjang boleh beri kesan juga... Terutama kepada kesihatan tubuh badan kita.

Stress boleh datang kan 6 penyakit ni kalau kita tak kawal dan uruskan dengan baik.

Stress Akan Mengundang 6 Penyakit Ni Kalau Tak Diurus Dengan Baik

Sumber : Google images 

1.SISTEM IMUN MENJADI LEMAH

Stress yang tidak dikawal boleh mengakibatkan sistem imun badan menjadi lemah.Ini akan menyebabkan badan mudah dijangkiti penyakit.

Telan lah berbotol vitamin C tapi tak dapat kawal stress, pun boleh datang kan penyakit... Kalau selalu sakit kepala, demam batuk berpanjangan tu.. Mungkin stress juga tu.. Carilah ketenangan dan kawal stress untuk kuatkan imun badan.


2.PENYAKIT JANTUNG (KARDIOVASKULAR)

Stress boleh menyebabkan terganggunya sisterm arteri di dalam badan kita. Ini berkait rapat dengan jantung, sekiranya tidak ditangani dengan baik, risiko untuk menghidapi denyutan jantung tidak normal, masalah darah beku, arteri mengeras, serangan jantung mengejut dan lain-lain penyakit pun akan meningkat.

Stress yang kronik boleh mengakibatkan arteri menjadi sempit, paras kolesterol meningkat ataupun stroke.

Penyakit ni semua orang takut. Jadi, kawal stress... Sebab berapa ramai sekarang ni mati mengejut akibat jantung.

Ada masalah, luahkan pada yang hak... Jangan pendam dan makan hati sengsorang...



3. MENGGANGGU SISTEM PENGHADAMAN

Stress yang kronik akan mengganggu sistem penghadaman kita. Akibat daripada ini, kita akan menghadapi simtom-simtom seperti makanan susah untuk dihadam, mual, perut berangin, cirit-birit atau sembelit. Sekiranya kita menghadapi simtom seperti ini, pastinya akan mengurangkan kualiti hidup kita dan keluarga.

Kalau badan asyik berangin sampai ke kepala.. Pening dan sebagainya tu, mungkin akibat stress yang berpanjangan serta tak terkawal.

4. MENGGANGGU ORGAN PEMBIAKAN 

Kurang subur (fertiliti rendah) juga boleh dikaitkan dengan stress, bagi lelaki pula adalah masalah lemah tenaga batin, dan bagi wanita akan mengalami masalah ketika hamil. Lebih bahaya lagi bagi wanita yang mengandung, anak yang akan dilahirkan berisiko tinggi menghadapi penyakit asthma dan ALERGI.

Jadi ibu kena kawal stress ketika mengandung... Biasalah masa mengandung emosi tak stabil kan.. Tapi kena juga usaha kawal supaya stabil dan tidak menjejaskan kandungan.

Kalau yang berusaha untuk mengandung pula, kena kawal stress supaya lebih meningkatkan kesuburan. Penting juga kawal emosi dan stress ni rupanya kan.


5. MENJEJASKAN SISTEM PERNAFASAN 

Antara kesan yang diakibatkan oleh stres yang tidak terkawal adalah sistem pernafasan akan terganggu. Ia juga boleh mengakibatkan asthma dan masalah paru-paru yang lain.

Semasa menghadapi stress, seseorang itu akan bernafas dengan cepat sehingga terasa seperti sesak nafas. Jika tidak diubati, keadaan ini akan mengakibatkan paru-paru mudah berjangkit dengan penyakit.

Sebab tu masa MF pernah masuk hospital akibat asma, doktor pesan jangan  stress... Tambah dekat nak periksa kan.. Jangan tertekan dan kawal stress...


6. PENYAKIT KULIT

Jerawat tumbuh di muka juga salah satu simtom yang akan dialami oleh seseorang yang mengalami stress.Bagi yang menghidapi penyakit kurap ,kurap akan menjadi lebih teruk.

Jadi, nak kulit cantik kena sentiasa happy... Kawal diri dan jangan biarkan stress menguasai diri..

Teruk rupanya kesan stress..

Jadi, jom kawal stress dan jangan biarkan stress kawal kita...

Stress juga ujian dari Allah... Untuk lihat kita beriman ke tidak..

Redha is the best and first way to avoid from stress..

Don't be stressed...
Always happy and positive thinking... 
Thanks for reading: Stress Akan Mengundang 6 Penyakit Ni Kalau Tak Diurus Dengan Baik

Catat Ulasan

  1. Tekanan hidup skrg ni mmg melampau sbb tu stress ni makin menjadi-jadi.... takut la huhu

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top