div id='header-inner'>

Apa Itu Produk Sampah?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Apa Itu Produk Sampah? | Sekarang ni para doktor sedang kempen amalkan pemakanan sihat dan gaya hidup seimbang. Elakkan ambil supplements jika tak perlu. Jauhi produk sampah.

Ini mungkin sebab terlalu banyak lambakan produk kesihatan dan kecantikan di pasaran dan media sosial.

Kempen ni memang mendapat tentangan pelbagai pihak lah.. Terutama founder Produk dan juga penjual dan pengedar.

Dulu MF pun tak tau apa itu produk sampah... Tapi lepas baca satu artikel ni.. Baru MF tau apa itu produk sampah yang dimaksudkan oleh para doktor.

Apa itu produk sampah?


Sesetengah produk kecantikan dan kesihatan ada label NOT dan MAL dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tapi faham ke kita dengan label ini...

Maksud Label NOT KKM


NOT - satu label yang menyatakan produk itu berNOTIFIKASI dengan KKM, bukan berdaftar. Pengusaha produk hanya perlu mengisi borang dan mengisytiharkan produk mereka tiada bahan merbahaya, lalu mereka dapat NOT. Tiada ujian makmal.

Kita tak tahu kesan sampingan, dan kita tak tahu keberkesanan. Kalau pengusaha jahat, bila dah dapat NOT, mereka campur dengan bahan terlarang.

Itu yang banyak NOT kena tarik balik. NOT ini biasanya untuk produk kosmetik, yang mana tidak dimakan dan tiada tuntutan kesihatan.

Maksud Label MAL KKM


MAL - satu label untuk produk kesihatan. Untuk mendapatkan MAL, kena lalui ujian makmal dengan makmal yang berkelulusan KKM.

Produk yang ada MAL diuji tiada logam berat, tiada kuman dan tiada bahan terlarang. Namun, kesan sampingan masih boleh berlaku, tiada ujian keberkesanan dan juga produk berMAL masih boleh dicampur cemar.

Paling biasa berlaku produk berMAL ini mempunyai tuntutan melampau atau overclaim. Konon sembuh kencing manis, sembuh kanser dan sebagainya. Ini menipu lagi merapu. Kecuali kalau ubatan hospital yang ada ujian klinikal, ubat-ubat ini ada nombor MAL juga.

Jadi, dari penjelasan di atas, senang kita nak bagi contoh produk sampah.

Apa itu Produk Sampah


Contoh produk sampah

1. Semburan bawah lidah menyembuhkan kencing manis
2. Krim sapuan lutut menyembuhkan ACL
3. Produk tambah ketinggian
4. Jus buahan sunnah menyembuhkan kanser
5. Teh 3 herba menyembuhkan kencing manis
6. Teh detox untuk kuruskan badan
7. Jamu masuk kemaluan untuk perapat
8. Spray kemaluan untuk perapat
9. Pembersih kemaluan untuk perapat
10. Produk suplemen untuk dapatkan zuriat

Cukup lah 10, banyak lagi contoh sampah-sampah yang dijual atas nama kesihatan.

Bukan semua produk suplemen adalah sampah. Jika penjualannya ikut peraturan, tidak ada tuntutan melampau, tidak membahayakan pengguna, maka guna lah dengan indikasi dan cara yang betul.

Cara Memilih Suplemen

Cara pilih suplemen

Kesimpulannya, produk sampah boleh didefinisikan sebagai produk tidak berdaftar ATAU produk yang bertuntutan melampau ATAU produk yang membahayakan pengguna.

Anda jual produk, pastikan tiada 3 perkara di atas, kami tak akan kacau.

Kredit : Facebook Dr Amirul Amzar

Jadi, nak makan supplements doktor tak larang... Tapi pastikan produk tu tak over claim sangat...

Tapi kalau korang rasa dah amalkan pemakanan sihat... Ada zat, protein, karbohidrat dalam sepinggan nasi, cukuplah.. Tak perlu tambah dengan supplements lagi kot.

Kadang kita ni tak larat sikit mula rasa nak makan supplements itu ini...

Tapi sebenarnya, mungkin badan kita tak cukup air.. Tak cukup vitamin.. Tak cukup tidur dan rehat, stress itu punca badan tak larat. Jika cukup semua tu.. Badan kita ok..

Bukan apa.. Makan supplements macam-macam ni kesian juga kat buah pinggang... MF ni konon fikir nak cari juga vitamins... Tapi tak tau la yang mana... Tapi setakat hari ni.. Ok je kalau tak makan pun...

 Amalkan makanan yang biasa je setiap hari.. Jangan stress, dan cukup rehat... Dan pastinya 8 gelas air setiap hari...

Tapi memang dah tak ambil supplements lain.. Kalau vitamins tu masih dalam pertimbangan... Tengoklah jika perlu...

Apa pun.. Buat penjual.. Kalau jual jangan overclaim macam produk ni...

Boxer Ubati penyakit usus
 Bukan dari segi undang-undang je salah.. Dari segi hukum agama pun dah jauh terpesong sangat dah...

Agaknya, dah nak kiamat nanti orang buat baju anti dosa tak pun baju kalis api neraka agaknya... 😏😏😏

Catat Komen

1 Ulasan

  1. mcm2 sekarang ni produk merapu..
    bab perapat2 tu, terbaca sorang doktor ni bgtau, perapat tak perlu,
    buat senaman kegel jer dah cukup... tak bazir duit.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)