GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Aura Warna Diri Sendiri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Aura Warna Diri Sendiri | Aura diri... Apa itu aura? Mungkin pernah dengar tapi tak tau secara mendalam.

Apa itu Aura?

Aura Warna Diri Sendiri

Aura dan getaran adalah dikaitkan dengan gelombang elektromagnetik pada frekuensi tertentu yang berlegar di sekitar tubuh manusia. Ia juga dikaitkan perlanggaran atom, elektron dan elemen di sekitar tubuh yang menghasilkan tenaga. Kesan kekuatan gelombang ini boleh dilihat dengan pandangan fizikal ke atas mereka yang mempunyai banyak aura dan getaran positif. 

Tubuh badan kita sebenarnya telah direka oleh Allah dengan begitu teliti dan penuh kehebatan. Seorang manusia yang sihat, akan mempunyai lingkaran tenaga atau energy fluks yang penuh atau bulat. Badan kita umpama sebatang rod magnet. Lebih tepat lagi tulang belakang manusia merupakan rod magnet tersebut. Dibahagian paling atas sekali terletaknya ubun-ubun atau lebih tepat lagi kita namakannya kelenjar pineal. Ia merupakan kutub utara dan hujung tulang sulbi iaitu tulang yang terakhir dalam struktur tulang belakang manusia merupakan kutub selatannya. 

Mungkin ada antara kita yang tidak tahu atau kurang perasan bahawa tulang belakang manusia bermula daripada kelenjar pineal di atas kepala sehingga ke tulang sulbi di bahagian hujung tulang belakang. Oleh yang demikian tenaga mengalir daripada kutub utara iaitu kelenjar pineal hingga ke kutub selatan iaitu di hujung tulang sulbi dan seterusnya membentuk lingkaran atau medan magnet.

Sumber: http://reiki-malaysia.com/aura/

Aura ni satu ilmu metafizik... Ilmu ni menurut ulama secara umumnya harus dipelajari.

Ilmu ni adalah ilmu ghaib yang kita sukar nak capai melalui akal... Tapi banyak melalui kajian yang dijalankan oleh pakar tertentu.

Cabang ilmu ni banyak dan salah satunya melalui tarikh lahir.

Ada ulamak kontemporari mengharamkan apa sahaja ilmu yang berkaitan dengan tarikh lahir.. Tapi ada yang mengharuskan.

MF tak nak bahaskan tu...sebab ada khilaf bab hukum ni...

Cuma yang MF nak kongsi kan dan MF sendiri pegang ialah ilmu ni ialah rahsia Allah sebab tarikh kita lahir ni adalah rahsia Allah...

Sebab kalau kita renung dan pengalaman MF sendiri yang pernah melahirkan... Takde satupun anak MF lahir ikut tarikh lahir atau due date yang tepat... Itu maknanya, Allah sahaja yang tahu tarikh lahir kita. Dan pastinya tarikh lahir kita ada rahsia dan yang tersembunyi hanya Allah yang tahu.

Atas sebab itu, ilmu tarikh lahir ni dikaji dan terus dikaji untuk buktikan sesuatu.

Apa pun... Nama pun kajian kan.. Jadi tak semestinya 100 peratus tepat kepada seseorang itu... Mungkin 80% atau 90% sahaja yang betul atau mungkin kebetulan.

Selain, personaliti melalui tarikh lahir... Satu lagi cabang ilmu yang kita boleh tahu ialah aura Warna Diri kita...

Aura Warna Diri Sendiri

Aura Warna ni kira macam warna yang sesuai dengan aura diri kita...

Warna  yang sesuai dengan aura diri kita, akan melahirkan tenaga atau mempengaruhi mood kita.

Ok, ini hanya kajian ya... Tak semestinya betul dan jangan percaya bulat-bulat.

Macam mana nak tau aura Warna kita.

Caranya dengan dapatkan nombor asas diri kita melalui kiraan tarikh lahir kita.

Cara Kira Nombor Asas Diri

Aura Warna Diri Sendiri

Jadi, bila dah dapat.. Boleh rujuk jadual di bawah untuk tahu, warna yang sesuai, paling sesuai dan warna yang patut kita elakkan...


Aura Warna Diri Sendiri
Aura Warna Diri Sendiri


Peringatan :
Ini hanya kajian dan jangan percaya 100%. Mungkin betul atau hanya kebetulan. Sebaiknya kita berbalik kepada Allah kerana hanya Allah yang tahu rahsia diri kita ni. Dan kita kena yakin dengan qada dan qadar Allah dalam setiap sesuatu.

P/s:
Untuk diri MF sendiri... Warna aura MF ialah Merah  dan Purple... Bila dapatkan feedback dan suami MF sendiri... Dia akui (mungkin kebetulan) memang MF lebih menyerlah dengan warna merah dan lebih bersemangat. Dan mood MF boleh menurun bila pakai baju warna kuning dan hijau.

Walaupun MF suka warna hijau, tapi warna tu tak sesuai dengan MF... kebetulan... Yang pastinya ianya dalam rahsia Allah... Memang ada baju hijau tapi MF jarang pakai warna tu... Dari segi mood juga tak 100% betul sebab ianya bergantung dengan situasi dan amalan kita... Amalan zikir, solat dan selewat kita boleh juga mempengaruhi aura warna dan mood kita walaupun warna tu tak sesuai jika ikut jadual di atas.

aura warna
Sumber: http://muftiwp.gov.my

Jadi, jangan percaya 100% ya... Ini hanya perkongsian biasa untuk pengetahuan tapi bukan untuk iktikad atau amalan. 

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ