div id='header-inner'>

ZIKIR YANG MEMBUKA PINTU-PINTU LANGIT

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


ZIKIR YANG MEMBUKA PINTU-PINTU LANGIT 


Terdapat satu zikir atau bacaan yang dapat membuka pintu-pintu langit. Bacalah hadis berikut:

عن عبد الله بن عمر قال: ينما نحن نصلي مع رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ إذ قال رجلٌ مَن القومُ : اللهُ أكبرُ كبيرًا . والحمدُ لله كثيرًا . وسبحان اللهِ بكرةً وأصيلًا . فقال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ " من القائلُ كلمةَ كذا وكذا ؟ " قال رجلٌ من القومِ : أنا . يا رسولَ اللهِ ! قال " عجِبتُ لها . فُتِحَتْ لها أبوابُ السماءِ " . قال ابنُ عمرَ : فما تركتُهنَّ منذُ سمعتُ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ يقول ذلك . .
الراوي: عبدالله بن عمر المحدث: مسلم - المصدر: صحيح مسلم - الصفحة أو الرقم: 601 
خلاصة حكم المحدث: صحيح

Maksudnya: Abdullah bin Umar berkata, "Ketika kami melaksanakan solat bersama Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, lalu ada seseorang yang menyebut,"Allahu Akbaru Kabira (Allah maha besar dengan sebenar-benar kebesaran), Walhamdulillahi Kathira (dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya), Wa Subhanallahi Bukratan wa Asila (dan maha suci Allah di waktu pagi dan petang)." Lalu Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda, "Siapakah yang menyebut perkatan itu?" Lalu orang itu berkata, "Saya wahai Rasulullah." Baginda bersabda, "Aku terpegun dengannya kerana pintu-pintu langit dibuka dengannya." Abdullah bin Umar berkata, "Aku pun tidak pernah meninggalkan kalimat-kalimat itu sejak mendengar sabda Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam itu." (Hadis riwayat al-Imam Muslim, No. 601)

Pesan DFO:

Zikir ini dibaca sebagai doa istiftah selepas takbiratul ihram dan sebelum membaca al-Fatihah.

Ayuhlah! Mari kita bersegera menghafal zikir yang dapat membuka pintu-pintu langit. Hanya tiga rangkap sahaja: "Allahu Akbaru Kabira, Wal hamdulillahi Kathira, Wa Subhanallahi Bukratan wa Asila."

Semasa menyebut zikir ini, hayatilah juga maksudnya iaitu: "Allah maha besar dengan sebenar-benar kebesaran, dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya, serta maha suci Allah di waktu pagi dan petang."

Kredit : Dr Fadlan via Telegram Channel

Kenapa nak pintu langit terbuka?
Supaya doa kita mudah sampai kepada Allah...
Moga Allah cepat makbulkan doa kita...

Selain itu, ada juga riwayat mengatakan ada 3 waktu dimana pintu langit dibuka.

3 Waktu Pintu Langit Dibuka

1. Pembukaan pintu langit adalah sebelum Zuhur

Berdasarkan sabda Rasullullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya buka-buka pintu langit dibuka sehingga tergelincir matahari dan tidaklah tertutup sebelum solat zuhur, maka aku ingin masa itu yang naik bagiKu adalah kebaikan" (HR. At-Tahrib, sahih)

2. Pintu langit juga dibuka ketika melakukan Qabliah zuhur

Solat Qabliah zuhur adalah solat doa doa sebelum zuhur tanpa ucapan   di antara rakaat-rakaatnya. Berdasarkan Rosullullah SAW yang bermaksud: "Empat rakaat sebelum zuhur tanpa salam diantara rakaat-rakaatnya, maka terbukalah pintu-pintu langit." (Sahih al Jami)

Ketika menunggu dua doa, kemudian pintu terbuka Rasullullah SAW berkata itu bermaksud: "Bersoraklah kamu, inilah Tuhan kamu. Sungguh Allah SWT telah membuka satu pintu dari pintu-pintu langit dan membanggakan kalian di hadapan para malaikat dengan mengatakan: 'Kalian lihatlah hamba-hamba-Ku, mereka telah menyelesaikan suatu kewajipan dan menanti kewajiban yang lain. "(Ash Shaihah, Sunan Ibnu Majah)

3. Satu lagi masa apabila pintu langit dibuka pada tengah malam

Berdasarkan perkataan Rasullullah SAW yang bermaksud: "Pintu langit dibuka pada tengah malam dan ada suara yang memanggil: 'Adakah ada orang untuk berdoa? Kemudian orang itu diberikan '. 'ada sesiapa yang bertanya?' maka orang itu diberi '. Dan ada sesiapa yang berada dalam kesusahan ?, maka orang itu dibersihkan ".) Sahuh al Jami '376)

 ZIKIR YANG MEMBUKA PINTU-PINTU LANGIT
 ZIKIR YANG MEMBUKA PINTU-PINTU LANGIT 

Tapi paling mudah, berdasarkan hadis.. amalkan zikir di atas.. Yang biasa kita baca dalam solat iaitu doa ifitah... mudah dan semua orang ingat. Jadi, jom rebut peluang untuk Allah dengar dan kabulkan doa permintaan kita.

Catat Komen

2 Ulasan

  1. Jom lah kita sama sama berzikir

    BalasPadam
  2. Allahu... tak lengkap lagi sunat qabliah saya dan solat malam... terima kasih nice sharimh mf...

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)