GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

BOLEHKAH AYAH AMBIL DUIT RAYA ANAK?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

BOLEHKAH AYAH AMBIL DUIT RAYA ANAK? | Alhamdulillah.. Raya dah berlalu.. Ramai dah mula kerja seperti biasa kecuali cikgu sebab masih dalam cuti pertengahan tahun...

Pasti banyak pelaburan bila raya kan.... Dan kehidupan perlu diteruskan. Dan zaman sekarang ni kelangsungan hidup perlu ada duit.

Ada yang meneruskan kelangsungan hidup dengan duit raya anak. Katanya itulah pelaburan.

Korang pernah guna duit raya anak untuk belanja?

Tapi boleh ke guna duit raya anak? Kan itu hak anak kan... Orang sedekah untuk anak kita. Tapi kita pula guna... Boleh ke?

Ikuti penjelasan hukum guna duit raya anak dari Ustaz Rozaimi Ramle

BOLEHKAH AYAH AMBIL DUIT RAYA ANAK?
BOLEHKAH AYAH AMBIL DUIT RAYA ANAK?

BOLEHKAH AYAH AMBIL DUIT RAYA ANAK?

عَنْ عَائِشَةَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: أَنَّ رَجُلًا أَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يُخَاصِمُ أَبَاهُ فِي دَيْنٍ عَلَيْهِ، فقَالَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:  «أَنْتَ وَمَالُكَ لِأَبِيكَ»
Daripada 'Aisyah radiallahu 'anha, bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam mengadu tentang ayahnya yang berhutang kepadanya. Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Engkau dan harta engkau adalah milik ayah engkau.

[Sahih Ibnu Hibban, Kitab al-Birr wa al-Ihsan, Bab Haq al-Walidain, Dzikru Khabar Awham Man Lam Yuhkam Sina'ata al-Ilmi Anna Maal al-Ibn Yakuna Li al-Ab, hadis no: 410]

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، أَنَّ رَجُلاً، أَتَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي مَالاً وَوَلَدًا وَإِنَّ وَالِدِي يَجْتَاحُ مَالِي . قَالَ  " أَنْتَ وَمَالُكَ لِوَالِدِكَ إِنَّ أَوْلاَدَكُمْ مِنْ أَطْيَبِ كَسْبِكُمْ فَكُلُوا مِنْ كَسْبِ أَوْلاَدِكُمْ " .
Daripada 'Abdullah bin 'Amru bin al-As bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam lalu berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki harta dan anak. Sesungguhnya ayah ku mahu mengambil harta aku. Baginda menjawab: Engkau dan harta engkau adalah milik ayah engkau. Sesungguhnya anak-anak kalian adalah sebaik-baik usaha kalian. Makanlah daripada sebahagian harta anak-anak kalian.
[Sunan Abi Daud, Kitab al-Ijarah, Bab Fi Ar-Rajuli Ya'kulu Min Maali Waladihi, hadis no: 3530]

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، أَنَّ رَجُلاً، قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي مَالاً وَوَلَدًا وَإِنَّ أَبِي يُرِيدُ أَنْ يَجْتَاحَ مَالِي فَقَالَ  " أَنْتَ وَمَالُكَ لأَبِيكَ " .
Daripada Jabir bin 'Abdullah radiallahu 'anhu bahawa seorang lelaki berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki harta dan anak. Ayah aku mahu mengambil harta aku. Baginda menjawab: Engkau dan harta engkau milik ayah engkau.

[Sunan Ibnu Majah, Kitab al-Tijaraat, Bab Maal al-Rajul Min Maali Waladihi, hadis no: 2379]

Hukum Guna Duit Raya Anak

Huraian ulama:
Hadis ini Sahih dengan syawahid-syawahidnya.

Al-Imam Ibnu Hibban berkata selepas membawakan hadis ini:
قَالَ أَبُو حَاتِمٍ : مَعْنَاهُ أَنَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، زَجَرَ عَنْ مُعَامَلَتِهِ أَبَاهُ بِمَا يُعَامِلُ بِهِ الأَجْنَبِيِّينَ ، وَأَمَرِ بِبِرِّهِ وَالرِّفْقِ بِهِ فِي الْقَوْلِ وَالْفِعْلِ مَعًا ، إِلَى أَنْ يَصِلَ إِلَيْهِ مَالُهُ ، فقَالَ لَهُ : " أَنْتَ وَمَالُكَ لأَبِيكَ " ، لا أَنَّ مَالَ الابْنِ يَمْلِكُهُ الأَبُ فِي حَيَاتِهِ عَنْ غَيْرِ طِيبِ نَفْسٍ مِنَ الابْنِ بِهِ .
Ia bermaksud bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam menegur cara muamalahnya dengan ayahnya yang sama seperti muamalahnya dengan orang asing. Baginda menyuruh dia berbuat baik dan berlemah-lembut dengan ayahnya dalam perkataan dan perbuatan sehinggalah dalam memberikan harta kepadanya. Baginda menyatakan: 'Engkau dan harta engkau adalah milik ayah engkau' bukanlah bermaksud ayah mempunyai hak pemilikan ke atas harta si anak dalam kehidupannya.

Imam Al-Baihaqi dalam Al-Sunan Al-Kubra berkata:
مَنْ زَعَمَ أَنَّ مَالَ الْوَلَدِ لأَبِيهِ احْتَجَّ بِظَاهِرِ هَذَا الْحَدِيثِ وَمَنْ زَعَمَ أَنَّ لَهُ مِنْ مَالِهِ مَا يَكْفِيهِ إِذَا احْتَاجَ إِلَيْهِ فَإِذَا اسْتَغْنَى عَنْهُ لَمْ يَكُنْ لِلأَبِ مِنْ مَالِهِ شَىْءٌ احْتَجَّ بِالأَخْبَارِ الَّتِى وَرَدَتْ فِى تَحْرِيمِ مَالِ الْغَيْرِ وَأنَّهُ لَوْ مَاتَ وَلَهُ ابْنٌ لَمْ يَكُنْ لِلأَبِ مِنْ مَالِهِ إِلاَّ السُّدُسُ وَلَوْ كَانَ أَبُوهُ يَمْلِكُ مَالَ ابْنِهِ لَحَازَهُ كُلَّهُ.
Sesiapa yang menyangka bahawa harta si anak adalah milik si ayah, mereka berhujah dengan zahir hadis ini. Sesiapa yang berkata bahawa si ayah memiliki harta si anak apa yang cukup untuk keperluannya apabila dia memerlukan, dan apabila tidak memerlukan si ayah tiada hak sedikit pun kepada harta itu, mereka berhujah dengan nas-nas yang menunjukkan haramnya harta milik orang lain. Begitu juga jika si anak mati, si ayah hanyalah mendapat 1/6 daripada harta si anak. Seandainya harta si anak memang milik si ayah, pastilah selepas kematian anak si ayah memiliki kesemuanya.

Imam An-Nawawi menyatakan dalam Al-Majmu':
وقال الشافعي رضى الله عنه وأبو حنيفة ومالك: ليس للوالد أن يأخذ من مال ولده الا بقدر حاجته، لحديث (ان دماءكم وأموالكم عليكم حرام،
Imam Al-Syafie, Abu Hanifah dan Malik berkata: Tidak boleh seorang ayah mengambil harta anaknya kecuali pada kadar yang diperlukan. Ini berdasarkan hadis sesungguhnya darah kalian dan harta kalian haram.

3 Syarat Ambil Duit Raya Anak

Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin meletakkan 3 syarat membolehkan si ayah mengambil harta si anak:

1- Ia tidak menimbulkan mudharat kepada si anak.
2- Ia bukanlah sesuatu yang anak itu perlukan.
3- Ia tidak diambil untuk diberikan kepada anak lain yang tidak memerlukan harta tersebut. [http://islamqa.info/ar/9594]

Kesimpulan:

1- Si ayah boleh mengambil harta anak apabila dia memerlukan dan tidak menimbulkan mudharat kepada anak.

2- Oleh itu, boleh si ayah mengambil duit raya anak apabila dia memerlukan wang tersebut.

3- Harta anak bukanlah milik mutlak si ayah kerana jika ia milik mutlak pastilah ayah mendapat keseluruhan harta selepas si anak mati, dan bukan sekadar 1/6.

Wallahua'lam.
Kredit : Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

Jadi boleh ambil untuk keperluan. MF pun pernah guna... Tapi pulangkan semula bila kita ada duit. 


Kira macam pinjam dengan anak la.. dah guna pulangkan semula.. kecuali kalau guna untuk keperluan anak juga...

Tapi MF sendiri, guna duit anak adalah jalan terakhir jika takde duit... kalau ada barang sendiri yang boleh dijual untuk dapatkan duit, kami buat yang tu dulu.

5Ulasan

  1. akak pun pernah guna jugak,tapi rasa bersalah pulak sebab guna duit dia.ada duit pulangkan balik sebab dah start menabung,jadi kena lebihkan duit tabungan dia la..thanks sharing maria

    BalasPadam
  2. dulu abah selalu cakap duit raya tu akan buat duit tambang balik kg hahaha so tk kisah asalkan dapat balik

    BalasPadam
  3. masa raya ni la parents syok guna duit anak

    BalasPadam
  4. nice sharing.. baru tahu ni..

    https://aerillhassan.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Baru je settle masukan dt raya ank2 dlm TH td. Risau terguna..saya pun anggap guna dt ank2 pilihan yg terakhir

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ